Heboh di media sosial TikTok berhubung sebuah video memaparkan Roslan Shah yang sedang merawat masalah gangguan sihirnya ketika berada di Madinah. Namun begitu, Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan dilihat sedang dirawat secara langsung di aplikasi TikTok oleh wakil dari Pusat Rawatan Al Idrus.
Menerusi video tersebut, pelakon Johan As’ari berada di sampingnya seakan menjadi individu yang bertanggungjawab untuk menyampaikan doa-doa yang dibaca oleh wakil dari pusat rawatan tersebut. Johan dilihat membaca semula doa-doa yang disampaikan oleh wakil tersebut sambil memegang tubuh badan Cik Lan. Selepas dibaca doa tersebut, Cik Lan terbatuk-batuk dan muntah seakan mengeluarkan segala benda yang tidak baik dalam badannya. Di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar segalanya dipermudahkan dan keadaan Cik Lan kembali sihat seperti sedia kala. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai Cik Lan yang secara tiba-tiba pengsan ketika menjadi tetamu jemputan di program live Wanita Hari Ini. -CARI Sumber: XTRA
|
Kurex replied at 24-2-2023 08:16 AM
Berbogel ke, pengsan masa live pun dah, terlentok pun dah. Tetap tak menjadi
freekey replied at 24-2-2023 11:51 AM
kheennn?
tapi dia pernah berbogel jugak ke chuols??
ADVERTISEMENT