CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beto Menangis Tonton Filem Lakonannya

23-2-2023 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3108| Komen: 28

Beto Kusyairy tidak mampu menahan air mata selepas menonton filem lakonannya, Imaginur yang menyentuh kisah antara anak dengan bapa.

"Ada beberapa babak dalam filem itu yang membuatkan saya terkenangkan beberapa detik bersama orang tersayang, terutama arwah bapa mentua saya.


"Isteri saya pun turut mengalirkan air mata walaupun dia sudah tiga kali menonton. Mungkin dia masih berada dalam fasa kesedihan itu," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Malam Gala Filem Imaginur.


IG

Gandingan Beto dengan pelakon veteran, Mior Hashim Manap turut meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja buat penonton, tetapi juga Beto sendiri.

"Babak ketika watak Zuhal (lakonannya) menangis bersama ayahnya (Mior) sangat mudah. Kami tak merancang pun untuk menangis.

"Tapi, saat dia memeluk saya, memang terus air mata mengalir sebab ada rasa yang dia berikan tanpa perlu saya paksa.


"Begitu juga dengan babak ketika Zuhal memandikan ayahnya. Babak menangis itu membuatkan saya teringatkan ayah saya," katanya.


BETO dan Diana dalam filem Imaginur - IG

Beto yang meraikan ulang tahun kelahirannya ke-43 menyeru peminat memberi sokongan dengan menonton filem Imaginur yang mengangkat sebuah kisah percintaan dengan elemen romantik 'sci-fi'.

Difahamkan, penggambaran filem itu dilakukan Februari 2020, namun terpaksa dihentikan seketika kerana penularan Covid-19 dan disambung semula pada hujung tahun yang sama. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 23-2-2023 12:16 PM
Iols dah tengok. Takde lah sedih mana nya. Tapi not bad lah filem nya
Quote LadyCarefree 23-2-2023 12:19 PM
another filem sampah?
Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 12:19 PM
syok sendiri kah???
Quote dudaberhias 23-2-2023 12:46 PM
macam menarik... tapi heshe nangis sebab tengok filem sendiri ke sebab filem bakalan flop?? banyak faktor boleh menyebabkan kita menangis...
Quote She-Ra 23-2-2023 12:48 PM
akuHavocczz replied at 23-2-2023 12:16 PM
Iols dah tengok. Takde lah sedih mana nya. Tapi not bad lah filem nya

filem pasal apakah? kekeluargaan? peperangan? errrrrr
Quote akuHavocczz 23-2-2023 12:51 PM
She-Ra replied at 23-2-2023 12:48 PM
filem pasal apakah? kekeluargaan? peperangan? errrrrr

Kekeluargaan. Percintaan.
Quote She-Ra 23-2-2023 02:08 PM

tang percintaan tu yg maleh
tp takpe... demi beto, ku pegi tonton ptg kang
Quote sr10 23-2-2023 02:29 PM
paduuuuu marketing. ni sorang lagi terpaling..........
Quote KBW2 23-2-2023 02:45 PM
dia ni punyalah overrated.
Quote prizadane 26-2-2023 03:04 PM
Iols dah tengok filem ni. Tak sampah. Best. Ke sebab iols memang suka filem filem Nik Amir? Layan.. rasa nak repeat lagi. Paling iols suka lakonan Diana Danielle
Quote ReginaGeorge 26-2-2023 03:47 PM
Syok sendiri ke tu
Quote sharlenetexas 26-2-2023 04:07 PM
Sinopsis?


Quote awekjepun 26-2-2023 05:02 PM
akuHavocczz replied at 23-2-2023 12:16 PM
Iols dah tengok. Takde lah sedih mana nya. Tapi not bad lah filem nya

Nur tu betul wujud ke?
Quote minahmanja 26-2-2023 05:55 PM
beto ni mmg betul2 berlakon bagus ke or overrated.?
Quote wolfheart 26-2-2023 05:58 PM
Dua² hero heroin dah best. I memang suka.
Quote sharlenetexas 26-2-2023 08:16 PM
Ada yg komen filem ni best.


Quote MizzNaza 26-2-2023 08:57 PM
ok lah, takdelah tahap wow sangat. dia macam rasa ada benda yang tak siap je
Quote LemakPetai 26-2-2023 08:57 PM
Mimi Lana pun puji filem ni di ig dia. Best la kot
Quote Orix 26-2-2023 08:58 PM
adeh nyesal pulak x tgok cite ni semalam lepas bc review... harap2 mggu depan ada lg cite ni kt cinema

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.140477 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top