CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Fad Bocey Bengang Maid Lari Tinggalkan Anak-Anak, Puncanya Ditegur Fasal Basuh Pinggan

22-2-2023 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9282| Komen: 86

Isteri Fad Bocey iaitu Syaheera meluahkan rasa berang apabila pembantu rumah melarikan diri dan meninggalkan anak-anak di rumah mereka sekitar pukul 2.30 petang, Rabu.

Menurut Syaheera atau Nur Syahirah A. Rahman, pembantu rumahnya itu bertindak sedemikian dipercayai berpunca tegurannya mengenai kerja di dapur.



Foto: IG

"Isunya pagi tadi saya tegur fasal basuh pinggan. Memang jenis yang tak boleh ditegur. Sanggup tinggalkan anak. Memang melampau!

"Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu (melarikan diri) ketika saya keluar uruskan kerja lain," katanya.



Syaheera berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Dia juga memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan pembantu wanita tersebut melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka.

Wanita berkenaan sempat menukar pakaian sebelum nekad untuk melarikan diri.

Dalam pada itu, Syaheera berkata pihak polis sedang melakukan rondaan bagi mengesan wanita berkenaan.




Dia juga memohon jasa baik orang ramai menghubunginya jika terlihat wanita berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam.


"Kalau ada yang ternampak, tolong pegang kejap dan maklumkan kepada saya. Pihak polis juga sedang melakukan rondaan.



"Kalau saya jumpa memang akan serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Tindakannya biadab," luahnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-2-2023 08:27 PM
Lari dari majikan kira kes pulis jugak ke?
Quote sleepandream 22-2-2023 08:54 PM
ummah yindon ke?
bagus nye bebelas kamera cctv dalam dgn luar rumah heols yach
Quote bunga78 22-2-2023 09:28 PM
Macam majikan puaka je
Quote cm_vungtau 22-2-2023 09:31 PM
Bayar puluh ribu bukan untuk maid. Duit tu dapat kat agent.
Quote mehmet 22-2-2023 09:47 PM
Dapurnya marhein. Gaya vogue the vass.
Quote weezerfan 22-2-2023 09:55 PM
Bini si pad ni mmg annoying.selayaknyalah maid dia lari
Quote navyna 22-2-2023 09:59 PM
Maid sorang buat keje dgn household 6org sgt memenatkan ye. Maybe lari bkn sbb x blh ditegur semata, tapi dh lama menahan sabar dgn keje yg byk. Tau je la kalo rumah ramai budak ye
Quote Rogue98 22-2-2023 10:08 PM
Majikan from hell kut ni. Kadang2 maid pun mmg dah plan nak lari lepas beberapa bulan kerja. Area Setia Alam tu mcm susah nak dapat public transport. Sure dah ada yg menunggu...tu yang tak jumpa.
Quote susukambingbest 22-2-2023 10:21 PM
bunga78 replied at 22-2-2023 09:28 PM
Macam majikan puaka je

Tgok gaya tulisannya pun dah tau puaka
Quote Katanya 22-2-2023 10:25 PM
Aku semenjak dia usung kek bday bocey depan Dayah, aku yakan ajelah citer dia. Yalahhhhhhhhh
Quote izat123 22-2-2023 10:28 PM
Bayar puluh k tu bukan bayar maid tu tapi agent. Ada ya orang kaya aku kenal bayar agent belas ribu nak bawa masuk maid, maid dia bayar 1200 je sebulan suruh jaga anak buat kerja rumah semua. Maid indo zaman sekarang pun ramai dah pandai diorang duduk sebulan dua sini bila dah pandai bergaul tahu lah diorang underpaid ke tak kalau setakat 1200-1500 tu.
Quote jihah_kudat 22-2-2023 11:55 PM
weezerfan replied at 22-2-2023 01:55 PM
Bini si pad ni mmg annoying.selayaknyalah maid dia lari

aku ingat aku sorang je rasa dia annoying
so tak heran la kan kalo maid beliau lari
Quote Nizleen86 23-2-2023 12:06 AM
Dari dulu tengok dia ni pun tau dah mulut mcm mana. Gaya je up sikit sbb laki dah kaya.
Quote clarizsa 23-2-2023 12:16 AM
Kaya retis .. cam berlagak je bini retis tu
Jangan kalau anak sakit ke sndri sakit ke tiba2 jadi cam x berduit sambil minta derma la plak kan
Banyak sgt dh terjadi
Meluat tengok
Quote whimsicalmusic 23-2-2023 12:29 AM
why jd kes polis? dia ade curi apa2 ke? or sbb langgar kontrak? mcm over plak pgl polis bagai
Quote slyfynx 23-2-2023 12:39 AM
Jap, nape lak polis kene giat untuk cr maid ko.
Bukan die curi ape2 kan?
Quote Didi_dido 23-2-2023 01:59 AM
Sorang maid jaga 6 orang. Semua dia buat. Sapa je yg tahan. Pastu ckp sloww.
Quote MistrezHermanaz 23-2-2023 02:10 AM
Dia ni yg duk berkakak adik dgn jihan Muse.. Ingatkan adik beradik betul.. Mulut boleh tahan dia ni
Quote Lily_Elizabeth_ 23-2-2023 02:50 AM
Ramai sangat kena jaga maid tak larat woooo.

Larik.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085686 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top