Pencetus Ummah (PU) Abu selamat menimang cahaya mata ketiga bersama isteri, Ain Afini pada 9 Februari lalu. Menerusi perkongsian Ain di Instagram, dia menceritakan detik bagaimana anaknya itu dilahirkan.
Menurutnya, dia terpaksa bersalin lebih awal kerana jantung bayi mula lemah dan alat perancang kehamilan, IUCD (Intra-uterine Contraceptive Device) ada bersama dalam kandungannya. “Sepatutnya dijangka bersalin 6 Mac 2023 tapi mungkin pengalaman sebelum ini anak-anak lain semua bersalin awal jadi mindset tu dah well prepared akan bersalin awal. “Saya kena admit sebab jantung bayi slow tapi bukaan baru 2cm. Pagi 9 Februari tu kena induce. Lepas induce dia punya contraction tu start sakit terus setiap 1 hingga 2 minit, dapat ubat tahan sakit baru lah saya boleh bertenang sikit. “Masuk labour room pukul 12 dan bersalin pukul 3.10 petang! Alhamdulillah everything sangat smooth dan bersalin tenang tanpa jahitan,” katanya.
Namun, dia terpaksa melalui pengalaman ngeri apabila doktor terpaksa mengeluarkan IUCD itu secara semula jadi dan dalam keadaannya sedar selepas bersalin. “Ingatkan dah selesai semua tapi doktor bagitahu IUCD tak keluar sekali dengan baby atau uri. Another doktor masuk and kena undergo proses lain which is kena ‘korek’ cari mana IUCD tu. “Sebelah doc ada mesin scan tu, sambil scan sambil cari and dibuat dalam keadaan sedar atau tak bius. Ni pengalaman umi, orang lain umi tak tahu. “Sakit tak? Masa tu sakit pun macam dah tak terfikir apa sebab dah letih. Lepas 15 minit macam tu doc baru jumpa IUCD melekat kat daging. “Doc kata kena keluarkan juga sebab kalau tak ada possibility kena jangkitan kuman atau kesan lain. Dah keluar tu kan rasa legaaaa!,” kongsinya. Pada masa sama, Ain mengakui serik untuk menggunakan alat perancangan yang sama. “Doktor tanya lepasni nak pakai IUCD lagi tak? Not sure, macam dah serik heheh takut lahhh. Orang lain umi tak tahu macam mana IUCD tu keluar sekali ke tak. “Pengalaman sungguh lah. Nanti Khadijah (bayinya) dah besar nak kena cerita benda ni,” ujarnya. Untuk rekod, Ain dan Abu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, 5, dan Muhammad Aryan Afi, 4 tahun. -CARI Sumber: XTRA
|
yondu replied at 22-2-2023 05:38 PM
camne eh laki da curang buat hal, siap kena cerai lepastu boleh baik balik. tak faham la perempuan c ...
labusayong replied at 23-2-2023 11:09 AM
mak i pon kes rare pakai iucd masih lekat arwah adik i. cuma sampai ke sudah tak jumpa iucd nya mana
rosedemon replied at 23-2-2023 08:51 AM
hebat iucd ado pon ttap ngndung
lasagna replied at 25-2-2023 08:53 PM
ehh jappp iols kurang paham, bkn ke pemakaian iucd ni utk prevent mengandung? sbb adik iols ada paka ...
dagusengett replied at 26-2-2023 11:33 PM
Implan jelah senang
Tapi bersedia la nak serasi hormon
jihyomelly replied at 25-2-2023 11:12 PM
iols pakai iucd 5 thn (2002-2007)..kena check on time takut ilang..lps bukak terus ngandung no 2..an ...
malaysiaku123 replied at 27-2-2023 12:12 AM
Kemain Abu update igs ni smlm…pastu cek ig ain dh xda
ADVERTISEMENT