CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Tahu Bertugas, Datanglah Awal Elak Pintu Masuk Parlimen Sesak - Speaker

22-2-2023 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1463| Komen: 8

Pegawai kerajaan ditugaskan menghadiri persidangan Dewan Rakyat disaran tiba awal bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan panjang di pintu masuk bangunan Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, pemeriksaan di pintu masuk bangunan Parlimen yang mengambil masa sehingga mengakibatkan kesesakan adalah bagi menjamin keselamatan demi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.



Datuk Johari Abdul. - Foto Bernama

"Pegawai kerajaan datanglah awal, kalau tahu bertugas, minta pegawai datang 8.15 pagi.... masalah kedua, kalau satu kereta ada empat orang, petugas keselamatan akan periksa seorang (demi seorang).

"Ini juga keselamatan, kalaulah (dijauhkan Tuhan) ada orang yang nakal, habis satu dewan ini hilang... kita semua... saya tidak mahu risiko itu terjadi, maka saya nak memastikan keselamatan Ahli Parlimen menjadi keutamaan.


"Namun saya akan melihat perkara ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) membangkitkan mengenai Peraturan Mesyuarat 1 (e) membabitkan kemudahan laluan bagi Ahli Parlimen melalui usul dibawa Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata laluan lancar juga perlu diberikan kepada pegawai kerajaan yang terpaksa menunggu sehingga 40 minit bagi melepasi pemeriksaan.

"Kalau 30 minit itu normal tapi ada yang sampai 40 minit saya nampak proses ini di mana pegawai terpaksa beratur panjang dan membazir masa termasuk yang berpangkat antaranya ketua pengarah dan timbalan ketua setiausaha.

"Pengawal Parlimen perlu permudahkan proses, pakailah teknologi antaranya pengenalan digital, borang dalam talian bagi melancarkan prosesnya," katanya.

Sementara itu, Johari mengingatkan Ahli Parlimen tidak membangkitkan isu baharu ketika menteri menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Beliau berkata, selain itu menteri boleh menjawab persoalan yang dibangkitkan melalui perbahasan secara bertulis sekiranya Ahli Parlimen yang membangkitkan perkara itu tidak berada di dalam dewan ketika menteri menggulung.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 22-2-2023 04:19 PM
Sebab tak penah jadi apa, mmg 30-40minit tu lama. Kalau penah jadi, sejam pun ok bagi check.
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 04:20 PM
disiplin ke laut
Quote sailormars 22-2-2023 10:06 PM
saya setuju dgn speaker...
Quote Adrif 22-2-2023 11:48 PM
tardiness ni antara dangerous trait yang perlu dielakkan

kalau kerap berlaku, selalunya tiada kompromi dah

terutama yang memegang jawatan tinggi

it tell a lot about someone personality
Quote Highflyer19 23-2-2023 08:07 AM
Betul lah kata speaker tu...puak tu mmng suka komplen
Quote helicornia 23-2-2023 09:02 AM
dulu senang je masuk parlimen. tinggal pengenalan diri amik pass. selesai
tk tau plak sekarang ada pemeriksaan segala
lama tk masuk parlimen sejak covid
Quote yenil95 23-2-2023 09:11 AM
Bagus speaker ni.
Quote venom1 23-2-2023 09:14 AM
patut ada keutamaan buat laluan khas untuk VVIP. Masih kena periksa tapi tak perlulah menunggu sampai 30 minit. Green lane omputih kata

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.055912 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top