CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Pramugari Sekarang Jual Ayam Di Pasar Basah, Make-Up Tetap Tak Tanggal

22-2-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7516| Komen: 60

Hampir 13 tahun bersama Malaysia Airlines (MAS) sebagai pramugari sebelum diberhentikan.

Nurhafaniza Yusuf atau Niza mengakui hidupnya seolah-olah berada di penghujung jalan apabila kerjayanya tamat dari syarikat penerbangan nasional itu.


Niza bersama 6,000 lagi kakitangan MAS menerima nasib yang serupa pada tahun 2016 susulan pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan tersebut.


Foto: IG

Namun begitu, Niza yang bersemangat kental tidak mudah putus harapan dan memberanikan diri menceburi perniagaan warisan ibunya iaitu penjualan ayam proses.

"Saya percaya setiap apa yang berlaku tu mesti ada hikmahnya, masa kejadian tu pun mak saya sakit, strok ringan. Jadi saya buat keputusan untuk pulang ke kampung halaman.

"Mak saya berniaga ayam proses dah 30 tahun lebih di Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Selepas saya diberhentikan dari MAS, saya ambil alih perniagaan mak.



Foto: mStar

"Dulu mak risau sangat siapa nak ambil alih perniagaan bila dia dah tak larat, sebab adik-beradik saya ada tiga orang dan semua ada kerjaya masing-masing.

"Seperti yang saya cakap, kita lihat dari sudut positif, ini adalah peluang saya untuk sambung legasi mak. Apa untung yang saya dapat semua saya akan kongsikan dengan mak," kata Niza.

Meskipun kini memikul tugas untuk memproses ayam di pasar basah, nostalgia berkerjaya di awan biru tetap disimpan rapi dalam memori Niza.


Foto: mStar

"Bila jadi pramugari ni saya dapat jumpa ramai very-important-person (VIP) dan artis. Selain itu, perlu diingat apabila kita terikat dengan pakaian seragam, disiplin kita juga kena jaga.

"Jujur saya cakap banyak pengajaran yang saya peroleh masa jadi pramugari. Dan ilmu-ilmu ini masih bermanfaat walaupun saya dah 'cuci tangan' dan kini berada di dunia luar.

"Contohnya kita punya budi, adab, manners dan percakapan. Semua ini kita boleh belajar sendiri dalam tempoh berkhidmat sebagai pramugari.

"Sampai sekarang saya masih apply perkara ini dalam perniagaan saya di pasar. Cara nak bercakap dengan pelanggan, eye contact, body language dan penampilan diri yang kemas," kata Niza yang berkhidmat bersama MAS sejak 2004.


Foto: mStar

Menurut Niza, walaupun tanggungjawabnya di pasar sering dianggap renyah dan tidak selesa, mekap ringan dan gincu tetap menjadi satu kemestian untuk dirinya.

"Benda ni (mekap) dah jadi sebahagian daripada diri saya sebagai bekas pramugari, saya akan sentiasa pastikan diri saya presentable.

"Bukan sahaja untuk orang lain, tapi agar kita lebih menghargai diri kita," ujar Niza yang merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan.


Foto: mStar

Niza berkata 'penghijrahan' hidupnya daripada seorang pramugari kepada penjual ayam menerima reaksi yang baik orang sekeliling.

"Mereka pun faham yang hidup harus diteruskan. Kawan-kawan dan ahli keluarga semua faham. Mereka sebelum ni pun dah kerap nampak saya dekat pasar. Suami pun selalu ada dengan saya tolong.

"Saya kalau ada masa lapang memang akan selalu turun tolong mak berniaga ayam. Benda ni tak ada la shocking untuk mereka," kata Niza yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata.

Niza sempat berkongsi kelebihan menjadi pramugari, termasuklah perjalanannya ke serata dunia yang dapat membuka pandangan dan meluaskan pengalaman.


Foto: mStar

"Kebanyakan negara yang route MAS buat semua saya dah pergi. London, Amsterdam, Paris, Zurich, Buenos Aires, Cape Town semua Alhamdulillah saya dah jejak.

"Setiap kali pramugari pergi ke mana-mana destinasi, terutamanya overseas, kami akan diberikan masa berehat sekurang-kurangnya 24 jam di negara itu sebelum boleh memulakan penerbangan pulang ke tanah air.

"Selalunya masa berehat akan lebih dari 24 jam, mungkin dua hari macam tu. Jadi dalam masa berehat tu, kami boleh la pergi melawat pusat bandar dan membeli ole-ole.

"Rindu tu mesti la rindu, syukur saya dah dapat merasa semuanya. Sampai sekarang saya masih keep-in-touch dengan rakan seperjuangan yang pernah jadi flight attendant suatu masa dahulu," kata Niza mengimbau kenangan.

Niza menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana untuk tidak berputus asa walaupun hidup mungkin dirasakan sebegitu sukar.

"Bagi sesiapa yang tak ada kerja atau diberhentikan dan tak tahu macam mana nak mula semula, saya boleh cakap yang kita tak perlukan apa-apa modal pun untuk restart.

"Apa yang kita perlukan sebagai modal hanyalah tindakan kita. Itu yang paling penting. Platform media sosial pun sentiasa tersedia untuk kita memulakan perniagaan, contohnya TikTok Shop.

"Macam untuk saya, selain berniaga ayam di pasar waktu pagi, saya ada jual kerepek-kerepek untuk bulan puasa dan popcorn di media sosial. Ini semua pendapatan sampingan saya, demi menyara hidup," kata Niza mengakhiri bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 03:51 PM
bagus la...at least dia ni berusaha cari rezeki halal
Quote Tinot7 22-2-2023 03:54 PM
Nnt anak2 sambung la legacy..
Quote manehnya 22-2-2023 04:02 PM
janji masyuk
Quote orkidorkido 22-2-2023 04:14 PM
Alhamdulillah, bagus, rajin. Asal rajin insyallah ada jalan kan
Quote hareeeesah 22-2-2023 04:19 PM
Semangt terus bdn akak dh xkerja airlines ye hehhe. Janji happy ada income masuk bkn org yg nk bg kita mkn
Quote ffbeauties 22-2-2023 04:19 PM
Pramugari cuma waitress je kan? bezanya gaji mahal dari waiter darat, yela hi risk sebab kerja atas awan. Waiter pun ramai je yang educated.
So takde la downgrade ke apa kalau potong ayam
Quote nononcrux 22-2-2023 04:44 PM
akak aku pon bekas pramugari pastu keje hotel now kerja sendri..
Quote midori888 22-2-2023 04:44 PM
ffbeauties replied at 22-2-2023 04:19 PM
Pramugari cuma waitress je kan? bezanya gaji mahal dari waiter darat, yela hi risk sebab kerja atas  ...

Waitress tu cuma tugas sambilan diorg sajer. Tugas utama adalah sebagai safety officer di udara. Kena pergi safety class, belajar psl kapal terbang, A380 ke B737 ke, kena tau semua safety equipment dan procedure dlm kapal. Ada test dan ada lesen jugak kalu tak salah. Tak pass test, tak bole fly.
Kena tau mcm mana nak handle emergency situation masa dlm flight, contoh ppuan beranak ke, org tercekik ke...
Quote wikedsaikel 22-2-2023 04:56 PM
midori888 replied at 22-2-2023 04:44 PM
Waitress tu cuma tugas sambilan diorg sajer. Tugas utama adalah sebagai safety officer di udara. K ...

Louder!!! Ingat waitress kedai tom yam siam ke yg sapa sapa boleh je ambil bekerja. Macam kawan aku cikgu matematik tambahan. Ada sorang parent ni dabik dada cakap dia engineer sebab tu dia boleh ajar anak dia sendiri. Kawan aku cakap dalam hati - habis aku ni babysitter ke kalau kau rasa cikgu ni not good enough. Kawan aku degree engineering kot tapi dia tak beritahu la.
Pramugari Mas aku respek lebih sikit. Sebab macam lebih kemas dan refine gitteww. Pramugari mat saleh aku tak suka. Kasar sikit.
Quote cmf_premierleag 22-2-2023 05:18 PM
Sbb tu kene beringat..jgn attached sgt dgn kerja....once kene retrenched, susah nk move on and asyik la teringat2
Everyone can be retrenched and replaceable
Zmn MAS in 2016 tu mmg patut kene restructuring pun
Dah la financial pun bleeding
Dgn kroni, adik beradik, sedara mara sume dlm tu.performance ke laut
Quote Nurul8001 22-2-2023 05:27 PM
wikedsaikel replied at 22-2-2023 04:56 PM
Louder!!! Ingat waitress kedai tom yam siam ke yg sapa sapa boleh je ambil bekerja. Macam kawan ak ...

Khennn. Mudah naw nak rendah2 kan kerja org. Ingat minah rempit boleh ke jadi 'waitress' atas kapal?
Quote midori888 22-2-2023 06:38 PM
wikedsaikel replied at 22-2-2023 04:56 PM
Louder!!! Ingat waitress kedai tom yam siam ke yg sapa sapa boleh je ambil bekerja. Macam kawan ak ...


kat darat kalu ada medical emergency, senang bole gi hospital...kalu kat udara, mana bole landing secepat mungkin sesuka hati....flight tgh lalu atas laut ker kan...
jadi these FA di trained utk hadapi situasi medical emergency masa dlm flight....
Quote tripleid 22-2-2023 06:52 PM
Drpd gamba2 beliau..gah nya MAS dolu2 ada flight ke Paris,Amsterdam,LA..crew cabin terbaik dunia..fast foward 20thn apa dah jadi dgn MAS skrg??..better la ko kena benti kak, kalo keje pun wat malu je dgn stewardess SQ kalo slisih kat epot..
Quote likilu 22-2-2023 07:02 PM
ffbeauties replied at 22-2-2023 04:19 PM
Pramugari cuma waitress je kan? bezanya gaji mahal dari waiter darat, yela hi risk sebab kerja atas  ...

Betul jugak, macam upgrade lagi ada

Tapi besela kita ni kena ukur taraf seseroang melalui gaji nya
Quote caca_eric 22-2-2023 08:03 PM
ffbeauties replied at 22-2-2023 04:19 PM
Pramugari cuma waitress je kan? bezanya gaji mahal dari waiter darat, yela hi risk sebab kerja atas  ...

Bukan waitress lah
Diorg penyelamat jika berlaku kecemasan, kemalangan kecil.. customer service dlm flight juga
Semua ilmu st john tu kena hadam..
Quote diss69 22-2-2023 08:11 PM
Walau badan dh berisi sket,ttp nmpk cntik...
Quote Decaffeinated 22-2-2023 08:15 PM
Think positive. Dapat tutup aurat. Tak perlu serve arak.

Memanglah tak perlu modal. Cer tanya mak ko yang mulakan bisnes tu modal air liur ja ka.
Quote Decaffeinated 22-2-2023 08:20 PM
ffbeauties replied at 22-2-2023 04:19 PM
Pramugari cuma waitress je kan? bezanya gaji mahal dari waiter darat, yela hi risk sebab kerja atas  ...

Salah sangat. Tapi kamu dimaafkan sebab itu yang sengaja dipromosikan oleh airlines, asian especially. Worse they were presented almost as comfort women demi menarik pelanggan.

Qantas satu masa dulu cabin crew ramai jantan ja. Cuma tak pasti la lurus ka tak
Quote nini_azmi 22-2-2023 08:23 PM
Dah kenapa org sll beranggapan peramugari kerja glemer.
Sama aje mcm kita2 ni kerja basic + ot.
Lgpun kerja2 servis gini kurang digalakkan dlm agama utk pompuan. Kerja tu halal tp dgn pakaian ketat, mekap menonjol, jadinya kurang keberkatan
Ni iols share je apa iols dgr dari ceramh2

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054890 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top