CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kanan Polis Mati Ditembak Isteri Sendiri Sebab Tertekan Masalah Keluarga

22-2-2023 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1418| Komen: 2

Seorang pegawai kanan polis maut ditembak oleh isterinya sendiri.

Dalam kejadian Ahad lepas, mangsa ditembak isteri sendiri di rumah sendiri.

Thaiger melaporkan, Leftenan Jeneral Panya Pinsuk maut akibat terkena dua das tembakan iaitu di dada dan tulang selangka.



Foto: Thaiger

Polis yang menerima laporan mengenai kejadian segera berkejar ke rumah mangsa di daerah Thawi Watthana, Bangkok dan menemui jasadnya di sebelah kereta sedan Toyota berwarna perak yang diletakkan di hadapan rumah.

Isteri mangsa, Pornprapha Pinsuk, yang ketika itu berada di rumah, mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Polis turut menemui sepucuk revolver.38 di atas almari dan pistol Glock di atas lantai dalam salah sebuah bilik di rumah mereka.

Pornprapha dibawa keluar dari rumah dalam keadaan terkejut, dan polis tidak menemui sebarang tanda pergelutan di dalam rumah.


Menurut pihak polis, tembakan itu berpunca daripada tekanan di mana Pornprapha didakwa menembak suaminya ekoran masalah peribadi dalam keluarga.

Wanita itu kini ditahan atas tuduhan sengaja melakukan pembunuhan. -CARI

Sumber: mStar/ Thaiger

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 04:00 PM
rest in peace...
Quote rosedemon 23-2-2023 08:39 AM
sian ek binik sendiri takleh kawal

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.148141 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top