CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga 'Kantoi' Tukar Nama Menu RM5 Jadi Menu Rahmah

22-2-2023 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3038| Komen: 31

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengesan terdapat peniaga di negeri ini yang menjual Menu Rahmah tanpa berdaftar dengan kementerian berkenaan.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, para peniaga perlu memahami tujuan inisiatif itu diperkenalkan dan tidak mengambil kesempatan melariskan jualan menggunakan nama Menu Rahmah untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Katanya, pemantauan yang dilakukan secara berkala mendapati ada menu yang berharga RM5 sebelum ini tetap dijual pada harga sama.


Foto: Harian Metro

“Terdapat peniaga terutama di gerai-gerai tepi jalan menjual Menu Rahmah tanpa melalui KPDN, mereka kata menu ini Menu Rahmah, tetapi apabila kita periksa, memang harga asal RM5.

“Perkara ini tidak boleh berlaku kerana mesti ada perbezaan harga, jika harga sebelum ini RM5, maka mereka boleh jual pada harga RM4.50 atau RM4.80 untuk Menu Rahmah, bukannya menukar menu RM5 tersebut kepada Menu Rahmah,” katanya pada sidang akhbar Program Pelupusan Eksibit di sini Krubong, di sini, hari ini.


Tambahnya, pihaknya akan memberi advokasi kepada peniaga berkenaan yang berkemungkinan tidak cakna dengan syarat yang ditetapkan.

Sementara itu, ditanya mengenai penyertaan Menu Rahmah di Melaka, Norena memberitahu, sehingga kini sebanyak 23 premis menyediakan menu berkenaan termasuk tiga buah hotel. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 23-2-2023 03:17 AM
Tadi lalu depan burger king, nmpk iklan menu rahmah.
Quote rosedemon 23-2-2023 08:39 AM
why not kan sama je
Quote dekmieDandy 23-2-2023 09:19 AM
memang kena daftar ke??? sebab rasa baca sebelum ni, janji jual rm5 dah boleh panggil rahmah dah
Quote venom1 23-2-2023 09:22 AM
menu rahmah ni semua golongan boleh beli ya? hatta T20?
Quote Highflyer19 23-2-2023 09:22 AM
Ingatkan sebelum ni harga 4rgt tiba2 naik jd 5rgt tu baru menipu tp kalau harga pun dah sama apa salahnya...mungkin kna boh nma lain kot bg lg komersial...menu ramona ka
Quote Cokoro 23-2-2023 09:26 AM
Kiranya nk guna nama menu rahmah pun kena brdaftar jgk.
Quote pearl.silver 23-2-2023 09:27 AM
Hahaa i ada jumpa dah
Menu tu mmg harga rm5 kt kedai dia, kategori mahal la untuk nasi lemak biasa. Tp bangga dia panggil tu menu rahmsh
Quote zorrro_03 23-2-2023 09:31 AM
pening aaaa puak2 ni.  tukar jadi menu hancing ah senang.  nak kena daftar segala bagai.  kau ingat orang2 niaga tepi jalan ni ada masa ke nak lalu segala hacky panky ni semua????  orang cuma nak cari sesuap nasi utk ahli keluarga pun kau banyak cekadak.. ke nak suruh negara ni huru hara?  
Quote zorrro_03 23-2-2023 09:32 AM
pening aaaa puak2 ni.  tukar jadi menu hancing ah senang.  nak kena daftar segala bagai.  kau ingat orang2 niaga tepi jalan ni ada masa ke nak lalu segala hacky panky ni semua????  orang cuma nak cari sesuap nasi utk ahli keluarga pun kau banyak cekadak.. ke nak suruh negara ni huru hara?  
Quote Samerosie 23-2-2023 09:41 AM
Menu rahmah ni 24 jam ke atau ada certain timeframe.  Haritu nampak poster menu rahmah aeon first come first serve 12noon - 2pm je.

Btw, gambar menu rm5 tu sebijik cam menu rahmah so kenapa tak boleh juga jual at rm4.50 or rm4.80?
Quote mizruncing 23-2-2023 09:45 AM
lahhh biar jela nk buat menu rahmah. knp smpai nk kne register plak. halahhh kerajaan pn
Quote Skuau 23-2-2023 09:49 AM
Edited by Skuau at 23-2-2023 09:51 AM

betul la tu...kan dia habaq.. 'menu rahmah'  tu maksudnya kena murah drp harga asal/sebelumnya.Kalo letak 'standard' RM5...kan sebelum ni RM4.50....tiber ada peniaga meneguk di kuah yg keruh guna 'menu rahmah' tu...letak RM5..tu dah tak betul tu....
Quote apech 23-2-2023 10:43 AM
Alah KPDN pun....itu pun nak semak. Sepatutnya semak samada portion rahmah yg diorang jual tu sepadan tak. Kalau jual RM4.80 tp portion dia sikit tak rahmah mana la jadinya
Quote KamikuP 23-2-2023 10:51 AM
Org yg bernama Rahmah mesti glamer kembang hiung kan nama disebut2 saban hari.. ekekeke
Quote Perwira2022 23-2-2023 10:51 AM
Ni namanya lembu punya susu sapi dapat nama.... Susah payah keringat peniaga, gomen nak dapat nama
Quote Tinot7 23-2-2023 12:49 PM
Kena daftar ni sbb nama menu rahmah dah jadi intelektual property ka sbb asa geran ka apa?
Quote Amelyn22 23-2-2023 01:35 PM
apech replied at 23-2-2023 10:43 AM
Alah KPDN pun....itu pun nak semak. Sepatutnya semak samada portion rahmah yg diorang jual tu sepada ...

Nak citer semalam husband pegi 1 kedai mamak ni nak mkn menu rahmah tghari kt situ nasi lauk ayam grg, tapi ayamnye cinonet je alahai hmm sesuai la kot dgn harga kan.
Quote Lagubestbest 23-2-2023 01:36 PM
gomen selalu nak buat susah. macamla korang tu pantau sangat.
Quote vanillaninja 23-2-2023 02:07 PM
venom1 replied at 23-2-2023 01:22 AM
menu rahmah ni semua golongan boleh beli ya? hatta T20?

Boleh je. Bukan kena check pun B40 ke T20 ke. T20 nak beli Menu Rahmah tiap2 hari pun takde masalah.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052129 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top