CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pelajar SPM Mengadu Susah Di Twitter, 'Goreng Je Jawapan Sebab Soalan PAI Susah!

22-2-2023 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2954| Komen: 19

Baru sahaja memasuki hari ketiga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), luahan pelajar berkenaan kesusahan menjawab kertas ujian Pendidikan Islam Malaysia (PAI) hari ini ‘trending’ di Twitter.


Di laman Twitter, rata-rata pelajar SPM 2022 tidak menjangka soalan yang diperoleh hari ini berbeza jauh dengan topik ramalan yang digemburkan kepada mereka sebelum ini.

Topik-topik ramalan sebenarnya adalah perkara biasa apabila menjelang peperiksaan besar namun, topik ramalan hanyalah ramalan semata-mata dan tidak boleh dituruti 100 peratus.

Gambar Hiasan

“Aku dah ‘pro’ bab haji dan umrah. Sekali yang keluar aqiqah dan korban,” luah @afyqsy4fiqqq.

“Mana haji dan umrah, mana sunnatullah, mana rasuah?,” soal nurfarahrsln.

“Ujian hari ini tujuh per 10 sebab soalan senang dan soalan keluar Khulafa Ar-Rasyidin. Saya hanya baca khalifah. Saya hanya akan sasar A- untuk PAI,” tulis @ayunisyzani.


Selain ramai pelajar meluahkan rasa kecewa dan hilang harapan untuk cemerlang untuk subjek PAI hari ini, ramai juga tetap tenang dan mula melakukan persediaan bagi menghadapi ujian subjek Sejarah kertas satu dan dua esok.

“Kena siap sedia mental untuk esok, penentuan layak mendapat sijil atau tidak. Buat yang terbaik untuk subjek Sejarah esok!,” ciap @rwkqt. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 22-2-2023 03:29 PM
syukur masa meols dulu bab haji tak keluar langsung yach dahla babtu meols tak baca langsung terus rasa lega sesangat hahaha
Quote sukacactus 22-2-2023 03:54 PM
Ank aku geleng kepala je td
Siap ckp dia reka hukum sdr
Quote makneng 22-2-2023 03:56 PM
Ntahlah dik, acik rasa spm ni mmg sepanjang zaman soalan yg kau spot tak masuk exam. Pun begittew, tetaplah ada yang score yach! So uolls tanyalah diri uolls kenapa tak dapat jawab soalan yg keluar
Quote Myhappyending 22-2-2023 04:05 PM
Zaman ahkak dulu pai ni senang nak dapat A
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 04:09 PM
ermm...bertabahlah dekkk
Quote kitaserupaaa 22-2-2023 04:09 PM
Zaman aku dulu ramai budak batch amik subjek tasawwur untuk tambah bilangan A dalam result. Katanya senang score. Tapi time result spm, ade few yg tak dpt straight As sebab tasawwur B
Quote esbok 22-2-2023 04:11 PM
lagi satu pesanan, kalau kawan ko sesama kata susah, ada time dia tumpang vibe merempan je, esok2 kalau result dia keluar A kau jangan terperanjat. Jadi toksah la caya orang yang kata susah susah, hang pulun sehabis boleh.
Quote dua_chzy 22-2-2023 04:13 PM
Myhappyending replied at 22-2-2023 08:05 AM
Zaman ahkak dulu pai ni senang nak dapat A

Senang je actually kalau ada belajar...
Quote Adrif 22-2-2023 04:18 PM
Myhappyending replied at 22-2-2023 04:05 PM
Zaman ahkak dulu pai ni senang nak dapat A

same. easy A sepanjang sekolah. tapi dulu la, sekarang ni tak tau la syllabus diorang camane
Quote Adrif 22-2-2023 04:20 PM
kitaserupaaa replied at 22-2-2023 04:09 PM
Zaman aku dulu ramai budak batch amik subjek tasawwur untuk tambah bilangan A dalam result. Katanya  ...

aku pun amik Tasawwur Islam, additional subject. belajar sendiri, takde cikgu. tiap kali exam, A jugak. sampai cikgu kelas sebelah marah student dia, sebab budak kelas kami, takde cikgu ajar, semua straight A, kelas dia ada cikgu ajar, ke laut result masing2  
Quote nononcrux 22-2-2023 04:48 PM
susah nak score takpe yang penting tahu basic.. jgn rukun islam pon tak ingt
Quote matseh 22-2-2023 05:16 PM
PAI dulu aku dpt A+ masa SPM. Senang sangat. TQ kpd ustazah aku yg sll buat quiz tiap2 minggu soalan yg sama. Bila SPM keluar pulak benda yg sama. Tak sia2 aku drop paper Add Math yg for sure aku akan dpt 6 terbalik. Ha Ha Ha.

Quote mrsbob87 22-2-2023 05:20 PM
bahasa,sejarah,pendidikan islam, english, tu semua paper kacang
Quote takayama 22-2-2023 05:22 PM
anak kaka amik PSI, dia ckp kwn2 yg amik PAI kata okay aje
Quote akies 22-2-2023 05:38 PM
Subjek PAI la senang score.
Senang je nak dapat A+
Quote makita 22-2-2023 05:41 PM
Susah sbb tak belajar kan sbb pegi belajar yg ramalan je.
Quote jas7512 22-2-2023 09:11 PM
Subjek fav masa spm.add math dan kimia..malangnya bila keje...x apply pun dua2 subjek tu..huhu
Quote lurve82 22-2-2023 09:18 PM
Pai aku dulu dpt A. Sonang yo. Skrg xtau la. Aku dulu penah ajar tuisyen add matg. Student ni masa form 4 xpernah amik addmath. Amik masa form 5. Aku ajar silibus dr form 4 mmg nak bg dia lulus je sbb mak dia cakap asal lulus dah la sbb dh ketinggalan form 4. Nk cover form 5 plak tu. Budak ni mmg cepat tgkap. Terus dpt c ke b ntah masa spm. Lepas tu dia hadiah dkt aku kain sari beli dkt india. Huhu kenangan betul ngajo tuisyen
Quote rosedemon 23-2-2023 08:39 AM
ha goreng la uol xlulus kang menangis. 7g tp xpela kembar 7g skrg dah kayo

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top