CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pas Dan Pembangkang Lain Tak Perlu Jadi Jurucakap, Biar SPRM Dan Polis Buat Siasatan

22-2-2023 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 663| Komen: 1

Pas dan pihak pembangkang lain dinasihatkan Menteri Dalam Negeri supaya berhenti menjadi ‘jurucakap’ kepada pihak berkuasa berhubung sebarang siasatan terhadap pemimpin mereka.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, tidak perlu membuat sebarang kenyataan sebaliknya biar polis dan Suruhanjaya Pencegaahn Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka.



FB

“Kertas siasatan nak siap bila, nak serahkan bila, ada kes atau tidak. Sekarang jadi trend di mana Tan Sri Muhyiddin dipanggil SPRM,  dia buat kenyataan bukan suspek cuma saksi. Pas pula kata ucap terima kasih kepada polis sebab tidak ada kes.

“Jangan ambil peranan jadi jurucakap SPRM ataupun polis. Itu lebih baik,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media berhubung kenyataan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) berhubung siasatan SPRM dan siasatan polis mengenai kes perarakan pakaian replika senjata, baru-baru ini.


Awal hari ini, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin berterima kasih kepada Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa yang mengesahkan gambar tular disyaki anjuran sebuah parti politik hanyalah acara perarakan pakaian, replika senjata dan warisan Islam.

Khairil Nizam berkata, polis juga mengesahkan perarakan tersebut merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan pada program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) di Terengganu 2023 yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media mengenai Penghantaran Pulang Kanak-Kanak Bangladesh Yang Ditemui Dalam Kontena Di Atas Kapal Pelabuhan Klang akhirnya akan pulang ke negaranya malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MUHD NA’IM, 21 FEBRUARI 2023.

Sebelum ini, timbul dakwaan terdapat perarakan berkonsepkan cosplay Himpunan ‘Himpit’ di Terengganu sebagai unsur yang boleh disiasat di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

“Berikan ruang kepada polis untuk siasat tak perlu jadi jurucakap polis dia luar, biar polis uruskan dan buat kenyataan,” katanya lagi. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 6-3-2023 10:52 AM

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.035885 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top