CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beberapa Wilayah Di China Tawar Cuti Kahwin 30 Hari Bergaji

22-2-2023 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 784| Komen: 2


Pengantin baharu di beberapa wilayah di China menawarkan cuti bergaji selama 30 hari.

BH Online memetik Reuters melaporkan, ia bagi menggalakkan perkahwinan dan meningkatkan kadar kelahiran yang semakin berkurangan secara ketara.


Perkembangan itu dimaklumkan lidah rasmi Parti Komunis China, People's Daily Health, hari ini, dengan wilayah Gansu dan Shanxi kini memberikan cuti selama 30 hari, manakala Shanghai (10 hari) dan Sichuan kekal tiga hari.


Gambar hiasan - Reuters

Cuti perkahwinan bergaji minimum di China adalah selama tiga hari, namun beberapa wilayah menetapkan kadar sendiri yang lebih lumayan, sejak Februari.

Dekan Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial Universiti Kewangan dan Ekonomi Barat Daya, Yang Haiyang, dipetik berkata lanjutan tempoh cuti perkahwinan adalah antara kaedah berkesan bagi meningkatkan kadar kesuburan.


Beliau berkata, pelbagai dasar sokongan lain masih diperlukan, termasuk subsidi perumahan dan cuti bersalin berbayar bagi bapa bayi.

"Lanjutan cuti perkahwinan penting bagi beberapa wilayah dan bandar dengan pembangunan ekonomi yang agak perlahan," katanya sambil menambah terdapat keperluan mendesak untuk mengembangkan tenaga buruh dan meningkatkan kepenggunaan.

Berdasarkan data rasmi, penduduk China tahun lalu, buat julung kali berkurangan dalam tempoh enam dekad, perubahan yang dijangka menandakan permulaan tempoh penyusutan berpanjangan, selain mencatatkan kadar kelahiran terendah iaitu 6.77 bagi setiap 1,000 orang.

Sebahagian besarnya berpunca akibat dasar 'satu anak' diperkenalkan pada 1980 hingga 2015.

Selain itu, ramai memilih untuk tidak mempunyai lebih daripada seorang atau tidak melahirkan anak sama sekali berikutan lonjakan kos pendidikan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 03:44 PM
ermm...untung Laaaa
Quote DARSITA 23-2-2023 02:12 AM

Di China - nak kawin kena dpt kebenaran terlebih dahulu

Dah kawin, nak buat anak kena dpt kebenaran juga

Kalau ada dua anak - dikenakan cukai atau anak itu diambil oleh gov

Sekarang segalanya mahal ..padanla muka bila generasi sekarang tak nak kawin dan yang dah kawin tak nak anak or just one child.

Imagine satu anak ni kena tangung emak & ayah + datuk nenek dari dua belah family. 6 orang. Kalau berkahwin kena tanggung pulak family dari pihak wife. Mampuih!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.037792 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top