CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakit Hati Sebab Gaji- Pekerja Ketuk Kepala Majikan 10 Kali Dengan Tong Gas Sampai Mati, Culik Bayinya

22-2-2023 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1248| Komen: 13

Jakarta: Siasatan pembunuhan wanita berusia 29 tahun yang juga pemilik kedai ayam goreng di Sukakarya, Bekasi, Jawa Barat mendapati kes itu bermotifkan dendam kerana sakit hati terhadap mangsa yang sering berdalih mengenai masalah gaji.


DetikNews melaporkan, dua suspek berusia 21 dan 14 tahun yang juga pekerja wanita itu mengaku melakukan pembunuhan itu dan menculik bayi mangsa berusia setahun lima bulan kerana berterusan menangis ketika mereka melakukan jenayah terbabit.

Pengarah Polis Metro Jaya Hengki Haryadi dilaporkan berkata, kronologi pembunuhan bermula pada jam 8 pagi, 16 Februari lalu, ketika mangsa menutup pintu geluncur kedai kerana mahu menguruskan bayinya yang masih berusia 17 bulan.

Foto: Agensi

Katanya, suspek tiba-tiba muncul dan memukul kepala mangsa dengan tong gas sehingga wanita itu terbunuh.

"Melihat mangsa masih hidup, suspek kembali memukul kepala mangsa dengan tong gas sebanyak empat kali. Keseluruhannya suspek memukul korban dengan tong gas sebanyak 10 kali," kata Hengki.


Selepas membunuh majikan mereka itu, kedua-dua suspek menculik bayi mangsa dan merancang membawanya ke ke Yogyakarta, namun gagal kerana kedua-dua suspek tidak memiliki wang mencukupi.

"Akhirnya, mereka meninggalkan bayi itu di pos ronda kosong di Subang, Jawa Barat. Ketika meninggalkan bayi itu di situ, mereka meninggalkan kad pengenalan mangsa bagi membolehkan bayi berkenaan ditemukan dan dipulangkan kepada warisnya," katanya.

Pada Rabu, siasatan mendapati, suspek juga mencuri wang dan telefon bimbit mangsa,

"Kedua-dua suspek merancang melarikan diri dengan membawa wang 950,000 rupiah (RM277) dan telefon bimbit milik mangsa," kata jurucakap Polis Metro Jaya Trunoyudo Wisnu Andiko dan menegaskan polis masih lagi menjalankan siasatan kes itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-2-2023 02:29 PM
Tong gas 16kg?? Sekali hayun pun dah arwah,inikan pulak 10x..
Quote cikatilia 22-2-2023 02:41 PM
sesuai kena kat boss haku
Quote nakkomenjugak 22-2-2023 02:55 PM
Jangan memain wehhhhh gaji orangggggg
Quote plywood 22-2-2023 02:56 PM
kenapa tak bagi gaji? ... hari-hari tak dapat gaji ni boleh sebabkan fikiran jadi gila.
Quote maharani_gebu 22-2-2023 03:17 PM
actually diorang ada jugak hati nurani sikit dgn tidak mencederakan bayi malang itu. Dan diorang bantu polis dgn memudahkan mengesan waris..

I percaya diorang berada dalam situasi sangat tertekan ketika itu....
Quote myakayina 22-2-2023 03:27 PM
dgn keadaan skrg semuanya tengah susah dan perlukan duit..nekad betul dorg ni..tapi kesian baby dah takde maknya..
Quote tungkai 22-2-2023 03:38 PM
Rasanya yg 3kg punya. Tu pun sakit gak kalau kena..
Quote primarikey 22-2-2023 03:52 PM
Tu la
Lain kali jgn aniaya pekerja
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 03:57 PM
nasib baik dia x bunuh budak kecik tu
Quote Rdizz 22-2-2023 04:03 PM
Perut hijau sanggup bunuh org, tak bagi gaji mintk lah, tuntut gila2, tak bagi jugak berenti kerja cari kerja lain.

Ada kah sepadan tak byr gaji sampai sanggup bunuh.
Quote ladybugz 22-2-2023 05:37 PM
i pernah x diberi gaji atau pun buat tak tau my gaji for 3 months. walaupun waktu tu just a part time thing tp gaji tu terasa seolah kerja kita dihargai and setimpal. i diamkan sampai dah masuk akhir bulan ketiga, i just text directly to the bos. baru la yg bawah kecoh2 la nk bg gaji kita. hmm.. entahla.
Quote rosedemon 23-2-2023 08:39 AM
yendon kan mmg pkirin deme ni singkat
Quote KamikuP 23-2-2023 10:34 AM
Kedekut tak bayar gaji akhirny nyawa melayang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.275674 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top