CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Wanita Je, Lelaki Pun Kacau Suami," Dynars Mokhtar Bagi Amaran Kepada Penyondol

22-2-2023 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1913| Komen: 10

Dynas Mokhtar mengakui bimbang dengan isu diganggu orang ketiga atau ‘penyondol’ dalam rumah tangga.

Selepas melalui kegagalan dalam perkahwinan yang pertama, kali ini dia lebih mengutamakan dirinya dan memilih untuk jadi lebih bijak.


Foto: IG

“Tipulah cakap kalau tak risau. Saya dah berkahwin dua kali. Alhamdulillah, saya ada keluarga yang bahagia.

“Tapi apa yang paling penting, kita kena jaga diri kita sebagai seorang wanita. Nak cakap bagi kepercayaan seratus peratus tu terpulang kepada individu.

“Tapi saya pilih langkah yang selamat, saya mengutamakan diri saya. Saya pilih jadi bijak, kalau anda faham apa maksud saya,” katanya kepada Melodi.



Menurutnya, sebagai suami dan isteri, kedua-dua pihak memainkan peranan untuk mengingatkan antara satu sama lain untuk mengelak daripada godaan seperti itu.

“Kita kena tahu batas masing-masing dan sentiasa beringat kita tu bini dan laki orang,” jelasnya.



Disoal sama ada suaminya pernah didekati wanita-wanita di luar sana, dia mendedahkan bukan hanya kaum wanita sahaja yang cuba mendekati pasangan hidupnya.

“Bukan perempuan je.. (ketawa) Tipulah cakap kalau takkan goyang. Tapi kena sentiasa ingatkan dia ‘ha jangan lebih-lebih, kalau awak boleh buat, saya boleh buat 10 kali tau’. Nampak sikit-sikit je kita bagi,” ujarnya.



Pada masa sama, Dynas turut memberi pesanan kepada perosak rumah tangga.

“Kepada penyondol-penyondol di luar sana, awak tak kenal ke saya siapa? Dah tengok ke belum cerita-cerita gangster saya?” katanya berseloroh. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 22-2-2023 02:09 PM
semua musim nak claim ye
Quote dudaberhias 22-2-2023 02:30 PM
ponen muka pecah mengalahkan pelabuhan klang kena taufan atau cikki muka tempoyak meletop je la kot yang gigih nak menyondol laki kau tu... jadi takyah risau, asalkan ko lagi cantik dari mereka, ada la peluang2 laki tak kena sondol...
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 02:32 PM
si sendu nih nak jugak mencapub
Quote Kurex 22-2-2023 05:30 PM
Siapa jah nak sondol laki kelam kepam kau tingtong oiiiiiii
Quote fair_iza 22-2-2023 05:36 PM
Dynas ni bukan sj2 mencabut. Wartawan melodi tanya dia soalan tu. Dia dlm event promo produk waktu tu. Skrg musim penyondol, sikit2 wartawan interview psl ni kt retis dh berkawin. Bosan gila.  
Quote LadyCarefree 23-2-2023 05:46 AM
hiduplah kamu semua dgn rasa risau pasangan kena sondol. Betapa merugikan je. Just enjoy what you have la. One day kalau pasangan curang, buat apa yg patut dan bye bye kan je.
Quote teen_angelJB 23-2-2023 06:12 AM
Dynas ni kalau berlakon mak anak dgn daiyan tu sesuaiiiii ssgt...
Tiberrr..haha
Quote rosedemon 23-2-2023 08:48 AM
lantakkan jela kalau ada yg nak menyondal kesahhhhhhhhhhhhhhh
Quote KamikuP 23-2-2023 10:42 AM
Sapa je yg nak menyondol laki ko tu...
ko tu pon sama kaki main kari masa kat Perlis haritu.. hahahahaekekekeke
Quote doridori_hi 23-2-2023 01:27 PM
teen_angelJB replied at 23-2-2023 06:12 AM
Dynas ni kalau berlakon mak anak dgn daiyan tu sesuaiiiii ssgt...
Tiberrr..haha

Yahhh... Muka nk dekat sama... Taste pun have2..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.059311 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top