CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak OKU Hilang Di Kuala Pilah 19 Jan, Jumpa Semula Sedang Merayau-Rayau Di Kuala Lumpur 13 Feb

22-2-2023 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1241| Komen: 9

Kuala Pilah: Wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 19 Januari lalu ketika menunggu nombor giliran mengambil ubat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, sudah ditemukan di Kuala Lumpur dan dimaklumkan kepada keluarganya 13 Februari lalu.


Ibunya Azizah Husin, 56, berkata, anak tunggalnya, Rabaah Laily, 33 yang juga OKU pekak dan bisu ditemukan orang ramai pada 31 Januari lalu merayau-rayau tanpa hala di ibu kota, namun dia hanya dimaklumkan penemuan itu minggu lalu.

Katanya, kesihatan anaknya itu itu juga stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Rabaah (kanan) Foto: Harian Metro

"Rabaah diserahkan kepada polis kemudian dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disebabkan keadaan kesihatannya ketika itu tidak stabil menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat peribadi daripadanya.

"Ia berikutan anak saya itu menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi selain pesakit psikiatri dan kesihatannya terjejas selepas tidak mengambil ubat sebaik hilang dari rumah.


"Apabila keadaan kesihatannya semakin baik selepas dirawat selama dua minggu, dia kemudian dapat menulis nama dan maklumat diri sebelum pihak berkaitan membuat semakan dan menghubungi saya," katanya ketika ditemui, hari ini.

Dia berkata, anaknya kemungkinan menaiki bas ke Kuala Lumpur dan percaya dalam tempoh berkenaan ada yang bersimpati menghulurkan makanan kepada anaknya itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani dilaporkan menerima laporan berhubung kehilangan anak pada 20 Januari lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 22-2-2023 01:43 PM
Nasib xde yg ambik kesempatan nampk elok orangnya..
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 01:59 PM
lawa jugak anak istimewa ni
Quote sailormars 22-2-2023 01:59 PM
alhamdulillah...mesti seronok sgt bile dia dpt jumpa semula dgn keluarga dia...
Quote JunkMail 22-2-2023 02:02 PM
Errr macam mana boleh sampai KL tu? Ada yang bawa ke? Muda lagi dah kena kencing manis darah tinggi bagai...ciannnn
Quote arm_band 22-2-2023 02:18 PM
ya ampun camne dari spital pilah boleh sampai ke kl tu? agaknya ditinggalkan sebab xleh komunikasi kot
Quote vanillaninja 22-2-2023 04:14 PM
Syukur jumpa balik dalam keadaan selamat.
Quote dekmieDandy 22-2-2023 04:18 PM
jauh jugak tu, camnelar boleh sampai yer
Quote Adrif 22-2-2023 04:39 PM
lamanya hilang. alhamdulillah selamat
Quote rosedemon 23-2-2023 08:38 AM
nsib xkena je minah ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.031745 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top