CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fathul Bari Mohon Jangan Besarkan Isu Pakaian Dan Replika Senjata "Pandangan Saya Tiada Salahnya"

22-2-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 791| Komen: 9

Isu melibatkan sekumpulan Pemuda Pas Terengganu yang melakukan perarakan bertemakan pakaian dan replika senjata tajam di sebuah resort di Setiu baru-baru ini tidak harus diperbesarkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebaliknya isu yang lebih tepat untuk dipersoalkan adalah kebenaran perarakan.



Foto: kosmo

“Kecoh bergaduh perihal isu pakaian. Cukup-cukuplah. Pada saya senjata-senjata tersebut hanya replika sama seperti senjata animasi yang melakukan promosi perarakan di seluruh dunia.

“Cuma naratif yang lebih tepat, adalah isu kebenaran perarakan bukan soal pakaian. Selagi mana senjata tersebut bukan merbahaya, pakaian patuh syariah, perarakan mendapat keizinan pemerintah, maka pandangan saya tiada salahnya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, kata Fathul Bari, teguran yang penting adalah pakaian-pakaian di atas bukan bermaksud lebih islamik berbanding dengan pakaian tentera Malaysia hari ini.


“Islam mengiktiraf pakaian tempatan dengan syarat menutup aurat, tidak ketat dan tidak jarang. Pakaian tentera dan anggota polis kita memenuhi syarat tersebut.

“Jadi, tak usah lah gaduh soal hina pakaian dan senjata Islam. Selain pedang, tombak, keris dan pisau, perkembangan teknologi senjata seperti M-16, pistol, meriam, peluru berpandu dan nuklear juga islamik,” ujarnya.

Tambahnya, antara bukti pengiktirafan agama terhadap kemajuan dan perkembangan teknologi adalah kisah Nabi Sulaiman AS yg dipotretkan di dalam al-Quran.

“Allah anugerahkan mukjizat perjalanan di udara sehingga para ulama i’jaz al-Quran berpandangan itu adalah isyarat bahawa perjalanan di udara lebih pantas berbanding di darat.

“Maka lahirlah penciptaan helikopter, kapal terbang dan jet di mana semuanya menepati tuntutan Islam,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 23-2-2023 02:16 AM

Esok lusa bila kaum India berarak bersama senjata replika jangan mengaum pulak.

Esok lusa kaum cina pakai baju bintang tiga + senjata replika pakat pakat senyum sudah :-)
Quote Orenn1 23-2-2023 02:23 AM
Dah start dah tunjuk perangaiii terrorist taliban terang2 phuii
Quote Orenn1 23-2-2023 02:23 AM
Haramkan parti pas taliban ni
Quote jejaka_hensem 23-2-2023 02:50 AM
Boleh la join perarakan hari merdeka nanti.
Tayang aset2 dan senjata.
Harus dunia kecut perut nanti

Quote iman_kasih 23-2-2023 07:31 AM
Besar salahnya tu...llepas ni kalau bangsa lain buat lagu ni jangan ada pulak melayu2 yang tersinggung dan besar2kan ya..hangpa jugak kan kata xde apa.
Quote Samerosie 23-2-2023 07:32 AM
Orang dah senyap lupa pastu kau sebut lagi memang la naik balik isu ni.
Quote rosedemon 23-2-2023 08:37 AM
yelah setad
Quote FOTHER-MUCKER 23-2-2023 08:40 AM
Memalukan orang Islam Malaysia. Budak tadika lagi pandai

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.032173 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top