CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Lima Bank Jadi Lubuk Duit Peminta Sedekah, Ada Yang Cadang Suruh 'Berkampung' Depan Pusat Zakat

22-2-2023 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3972| Komen: 65

Di laman Facebook, seorang pemuda membuat teguran mengenai tindakan peminta sedekah 'berkampung' di depan bank.

Dia memberi cadangan sinis supaya golongan peminta sedekah mengubah lokasi 'cari makan' mereka.


"Berkaitan budaya orang kita rajin duduk kutip derma depan bank ni, orang lain yang datang ke bank pun ramai yang cukup-cukup makan.

"Makcik yang bekerja hari minggu sapu sampah kat situ pun gaji tak seberapa. Keluar bank, duit paling-paling pun RM10, RM20, biasanya RM50.

"Cubalah kau duduk depan pejabat zakat, depan Majlis Agama, sebab memang tugas mereka untuk cari orang fakir miskin. Tak pernah aku nampak pula," ujarnya.


Foto: FB

Pemuda itu turut membuat andaian bahawa ada dalam kalangan peminta sedekah berkenaan sudah diberikan bantuan, namun tetap meraih simpati demi mendapatkan wang lebih lumayan.

Dia turut mengimbas kisah seorang wanita di kawasannya yang suka meminta sedekah, namun 'lesap' selepas perbuatannya dilaporkan kepada pihak tertentu.


"Atau semua ni jenis dah dapat bantuan tapi cuba dapatkan lebih lagi? Di kawasan daerah aku ni, tahun lepas ada aunty yang rajin ketuk tingkap kereta orang, paksa bagi duit nak makan.

"Dah bagi walaupun amount RM10, dia akan ketuk lagi kat orang lain. Setiap hari tiga jam kawasan sini, lepas tu kawasan lain sampailah malam.

"Apabila ramai cakap dan viralkan sampai maklumkan pada persatuan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan, lepas tu sampai hari ni tak nampak kelibat, dah setahun tak nampak.

"Tak pastilah kalau pindah daerah lain pula. Kaya beb kalau duduk je tiga jam seorang hulur RM5. Dapat dalam 30 orang dah RM150, sebulan dah berapa kalau kira," ujarnya lagi.

Di akhir perkongsian, pemuda itu memberi pesanan agar sedekah disalurkan kepada saluran yang tepat agar ia dapat memberi manfaat kepada individu kurang berkemampuan.

"Budaya bersedekah ni elok salurkan pada tempat yang betul, bukan sewenang-wenangnya sampai jadi barah dalam masyarakat kita.

"Kadang kita fikir nak buat baik, rupanya timbulkan masalah jangka masa panjang pada masyarakat kita," tegurnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang melihat golongan peminta sedekah meraih pendapatan lumayan di hadapan bank, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kesusahan mereka.

"Ya saya pernah tengok seorang ni depan bank, 15 minit je dia dapat dekat RM50. Seorang bagi RM5, RM10.

"Kat tempat kerja ada seorang pakcik. Hari-hari orang hantar dia naik motor. Dia akan duduk depan kedai mamak atau bank. Aku rasa paling kurang dalam sehari pakcik tu dapat RM100.

"Saya tak berapa setuju post ini sebab orang agama selalu cakap rezeki di tangan Tuhan. Jadi kita jangan pertikaikan rezeki orang," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 22-2-2023 11:38 AM
Sokong...yg duk minta derma, sedekah ni cuba pi berkampung depan pusat zakat, baitulmal, jkm sana.
Quote green~tea 22-2-2023 11:43 AM
Edited by green~tea at 22-2-2023 11:45 AM

Ye lahhh.. mana2 negeri pun bersepah puak ni duk buka tabung minta sedekah....

Restoran pun??? Tengah makan tibeerrrrr sua tabung mintak duit..... aku cukup pantang laa bila tengah makan pun kena kacau, that's my family bonding time tau babi.....

aku kan.. dah bayor zakat simpanan & pendapatan, as individual and as company as well....  beribu2 setiap bulan aku bayar...

tak reti bahasa ke puak2 ni pergi berkampung kat pusat zakat mintak sana je???????????
Quote Skuau 22-2-2023 11:44 AM
tak pernh bg sedekah berdasarkan alasan...drng dipergunakan...oleh pihak tertentu tuk meyara mereka.Walau sedih,kesian..tetap ku tahan jua drp menghulur...
Quote prettyuglybabe 22-2-2023 11:50 AM
sebabyang dok berkampung depan bank tu semua well known ada orang yang hantar amik tiap hari..
celah mananya nak dapat zakat..
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 11:51 AM
semak sgt2 esp yg bawak anak2 berderet ikut mintak sedekah kat dpn bank
Quote Highflyer19 22-2-2023 11:51 AM
Sindiket...ada driver lagi
Quote tripleid 22-2-2023 11:59 AM
senyum sinis ja tgk org dok bagi duit kat pengemis dpn bank..sbenarnya income dorg  sehari berkali ganda drpd yg bagi sedekah
Quote kucingitam 22-2-2023 12:12 PM
drg ni under sindiket je...tapi heran takleh tangkap sindiket tu ke eh?
Quote OsHiN_hOnEy 22-2-2023 12:25 PM
kalo di area rumah ni
mmg ramai yg dok jual mcm2
tengok tudung, baju kurung pun kita tau
ramai dari selatan thai
saja layankan dia tanya dari mana
dia kata kelantan, tapi tengok tudung tu dah outdated sungguh
so assume dia mmg org belah selatan sana
datang hari2 ada org bawa and mlm pick up
so dia bkn org miskin, dia tak layak dpt sedekah
dia pun bekerja mcm kita

utk adik2 yg kerja jual kek pulak
kalo nak laku jualan tu, mulut dan muka biar lar manis dik
dok tunduk malu tengok henset tu sampai ke mlm pun takda org nak beli

dulu kan kat pasir gudang ada viral tau kisah pompuan dgn anak jual nasi lemak
org kesian sampai ke mlm, so berbondong lar yg buy up supaya dia boleh rest early
laki dia htr jer, pastu kaki letak atas dashcam and ZZzzZZ

sekali pecah tembelang, rumah 2 tingkat, reno pakai ID
ada kereta lain continental kat porch rumah

Quote ais_kosong 22-2-2023 02:08 PM
annoying yang berkampung depan bank
ingat semua yang keluar duit tu kaya ke?
silap haribulan yang berkampung tu lagi kaya dari yang keluarkan duit
Quote matchstick 22-2-2023 02:37 PM
mcm setiap cawangan maybank ada peminta sedekah masing2 kan..diorg masuk tender dgn maybank ke katakan lah satu hari ada org lain minta sedekah dkt branch yg sama, adakah peminta sedekah yg asal akan suruh orang baru tu pegi cawangan lain
Quote matchstick 22-2-2023 02:41 PM
maybank dkt rumah aku ada sorang budak bentang tikar letak kerepek..dh 2 tahun jgk budak tu duk situ sampai ke malam. mmg tak sekolah, nmpk mcm org tempatan.
aku pernah pegi makan kt secret recipe sebelah maybank tu terserempak budak tu nk membeli kek..mewah jgk peminta sedekah pun
Quote jazaa100 22-2-2023 02:45 PM
Yg duduk dgn tong tu dibayar gaji....10thn dulu rm50sehari....skrg mgkin rm100 kot....

Mcik² yg dah x kuad nk keja tu, amik je lah job tu...dpt gak rm100 sehari....9am-5pm
Pastu mlm rohingya pulak sambung
Quote esbok 22-2-2023 02:59 PM
memang tak patut pun duk depan pintu bank. orang bank tak boleh kah suruh kosong kan ruangan depan tu, atas dasar keselamatan bank. Hari2 ada orang duduk depan pintu, boleh hafal pin code orang ni, dengar bunyi tet tet tet tet
Quote arasham 22-2-2023 03:46 PM
OsHiN_hOnEy replied at 22-2-2023 12:25 PM
kalo di area rumah ni
mmg ramai yg dok jual mcm2
tengok tudung, baju kurung pun kita tau

Akak baru baca ah so kat beduk duduk minta sedekah kat mrt. Sehari dapat sg300+ kat rumah siap ada maid
Quote arasham 22-2-2023 03:49 PM
Hati saya agak keras dalam hal2 sedekah dan zakat ni. Sbbnya niat saya agar sedekah atau zakat saya dapat membantu dan memberi manfaat kepada yang benar2 memerlukan. Insya Allah. Jadinya saya sangat selektif..
Quote Orix 22-2-2023 04:03 PM
iols malas betul nak melayan peminta sedekah yg kekonon menjual bam buah pala la, jual sticker ayat Quran la bagai bila isi minyak dekat stesen minyak pdahal ko nk duit sedekah dengan buat muka kesian kan... iols kalo diorg dtg kt iols buat x dengar je mcm diorg tu halimunan.. iols perati jah ramai yg xbeli brg diorg tapi sedekah rm5 rm10 kt diorg n diorg amek je... pdahal kaki tangan mulut mata telinga semua lengkap sempurna kejadian... yiiiihhhhh sgat
Quote ina_na 22-2-2023 04:07 PM
Semalam aku keluarkan cash..ade gak peminta sedekah guna alasan nk duit p hospital..nsb baik aku tgh sakit sgt..mls nk layan..Kalo x sakit..nak je aku ckp meh aku anto ko p hospital mn ko nk pg
Quote dekmieDandy 22-2-2023 04:11 PM
fuh kalau cimb taman melawati tu, penuh wei kalau weekend

nak masuk cucuk duit pun seram, berbaris semua depan bank

segala jenis peminta ada, yang miskin, scammer, madrasah, surau, jual insurans, semua ada

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057112 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top