CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Bela Kambing Jadi Anak Angkat- Tidurkan Dalam Bilik, Pakaikan Lampin, Bangun Tengah Malam Bancuhkan Susu

22-2-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1815| Komen: 22

Seekor biri-biri baka Barbados Black Belly meraih populariti luar biasa, kurang sebulan dah berjaya kumpul lebih 20,000 peminat di media sosial.

Video-video comel memaparkan biri-biri yang dinamakan Abu Barbados itu meraih ratusan ribu tontonan sejak ia diperkenalkan menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.


Menurut pemilik, Suhana Othman, 41, dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk membela haiwan itu seperti anak sendiri, namun menganggap 'pertemuan' mereka sebagai takdir yang terindah.


"Saya tak sangka boleh terjebak. Keluarga saya di Felda Ulu Penggeli, Kluang, Johor memang bela haiwan untuk dijual bagi kenduri aqiqah. Suatu hari saya balik kampung, ada seekor anak biri-biri yang terkapai-kapai selepas kematian ibunya.

"Ayah minta saya tolong selamatkan Abu. Saya tinggal di bandar, duduk pula di taman perumahan. Saya kata pada abah, saya tak boleh jaga. Tapi ayah kata, tolong bagi susu je. Masa tu sayu tengok Abu tiada ibu, siapa yang nak susukan?


"Selepas bincang dengan suami dan anak, kami setuju untuk bawa Abu balik. Tak apalah, kami sama-sama ambil tanggungjawab. Bawa dia balik dulu. Macam mana nak buat, itu fikir kemudian. Saya baru je ambil Abu, umurnya pun tak sampai sebulan lagi," ujarnya kepada mStar.



Menurut Suhana, dia menjaga Abu seperti seorang bayi biarpun agak kekok kerana sudah 13 tahun tidak menguruskan anak kecil.

Malah, rutin hidupnya juga mula berubah apabila dia perlu bangun pada waktu malam untuk memberi susu dan menukar lampin biri-biri tersebut.

"Hari pertama Abu datang ke rumah, kami pakaikan lampin pakai buang macam bayi. Saya pun banyak belajar dengan Abu. Saya hanya ada anak tunggal, anak pun dah berumur 13 tahun.

"Suasana hidup kami dah berubah, seolah-olah ada bayi. Cuma yang ini baby empat kaki. Kita bangun malam buat susu, tukar Pampers jam 3 pagi.

"Yang menariknya, Abu tak mahu ditinggalkan. Jadi, Abu akan tidur dalam bilik anak saya. Kalau tinggalkan di ruang tamu, Abu akan cari seseorang untuk temankannya," ujar Suhana lagi.



Bercerita lanjut, Suhana berkata dia yakin ada hikmah di sebalik amanah itu dan menganggap Abu sebagai satu rezeki buat keluarganya.

"Hadirnya Abu ni saya tak tahu apa hikmahnya. Tapi saya fikir, Allah pilih kami untuk jaga Abu, pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah sejak ada Abu, keluarga kami lebih ceria.

"Sekarang semua benda buat sama-sama. Kami jadi lebih gembira. Abu pula seekor haiwan yang periang," ujar Suhana yang mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai pengeluar produk makanan berasaskan durian crepe.

Dalam pada itu, Suhana berkata dia tidak menyangka video Abu yang dikongsi menerusi TikTok akan meraih perhatian ramai.



Malah, ada individu turut menghubungi Suhana untuk berkunjung ke rumahnya dan berjumpa dengan Abu.

"Ini pengalaman pertama saya. Jadi saya hasilkan video untuk abadikan sebagai kenangan. Saya minta anak buat akaun TikTok untuk Abu, khas untuk Abu. Kami sendiri tak sangka video Abu akan viral.

"Jiran yang tak pernah lepak pun datang lepak sekarang sejak ada Abu. Setiap malam ada appointment, orang nak datang jumpa Abu. Ramai yang tengok dari TikTok. Yang duduk di taman-taman berhampiran pun kenal Abu," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 22-2-2023 10:47 AM
demi nak famous..
Quote CiliPadiSedap 22-2-2023 11:04 AM
kalau kat langkawi yang suka bela kambing dalam rumah rohingya je.
Quote Decaffeinated 22-2-2023 11:06 AM
Kan dah kata manusia ni hipokrit. Harap biri2 lain merusuh.
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 11:07 AM
x bau busuk ke???
Quote zuraidah1 22-2-2023 11:43 AM
Wei, aku yg Bela kambing boo xpenah g bwk masok umah ni LG nk belai2...bau Nye sebatu bleh hidu...kencing dia tu LG la bacin...
Quote DARSITA 22-2-2023 11:47 AM

Soon boleh lah jumpa kan Abu dgn Siti Nur Kakak.
Quote tikusmontok 22-2-2023 11:52 AM
Decaffeinated replied at 22-2-2023 11:06 AM
Kan dah kata manusia ni hipokrit. Harap biri2 lain merusuh.

Tak boleh bayang
Quote Atata 22-2-2023 11:55 AM
Ingatkn berita dari barat. Org putih ramai mcm ni. Segala lembu gedabak bawak masuk rumah lepak2 tengok tv.
Quote sangbara2020 22-2-2023 12:00 PM
pastu jd lamb chop...fuhhhh
Quote pembacagosip 22-2-2023 12:24 PM
moga baik2 jela
Quote midori888 22-2-2023 12:25 PM
Tahan betul hidung diorg dgn bau hamis kambing
Quote vanillaninja 22-2-2023 01:09 PM
I baca tajuk thread ni tadi I ingat kejadian di India. Rupanya..
Quote nakkomenjugak 22-2-2023 02:03 PM
Leluhur dari Rohingya keeee neh??
Udah ghoper cite Travis cimpanzee
tapi tak rasa laa yang ni bakal merosakkan muka orang macam travis tu
Quote Suchi 22-2-2023 02:14 PM
Takleh aku bela lauk sebagai pet
Quote rospinki 22-2-2023 02:17 PM
gulai kambing kari pekat style india sedapni
Quote Belibis 22-2-2023 02:27 PM
Nak bela tu bela jer lahhh.takyah sampai ber' anak angkat' bagai..biar lah ia tetap menjadi sekor biri2.
Quote matchstick 22-2-2023 02:28 PM
kambing ni sejenis binatang yg suka manusia pet dia mcm kucing jgk kan..aku bila balik kmpg ada anak kambing bapak aku lepak dpn rumah dia pandang je aku..aku pun pegi la gosok2 kepala dia mcm aku gosok kucing tu..suka dia
Quote AJENALI 22-2-2023 03:03 PM
Comel je nama abu.. semoga sentiasa sihat ye abu.. i harap kebersihan rumah masih tip top (pakai pampers kan) n abu selalu dimandikan
Quote Decaffeinated 22-2-2023 03:10 PM
AJENALI replied at 22-2-2023 03:03 PM
Comel je nama abu.. semoga sentiasa sihat ye abu.. i harap kebersihan rumah masih tip top (pakai pam ...

Kambing mana boleh kena air. Silap2 boleh mati makhluk tu.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048872 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top