CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Jahanam Kereta Dan Motor, Jalan Rosak Dan Berlubang Sana Sini

22-2-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1075| Komen: 8

KULIM – Tiada apa yang lebih diharapkan oleh kira-kira 2,000 penduduk Taman Damai dan Kampung Paya Ketiau di Padang Serai dekat sini, selain mengharapkan tindakan segera daripada pihak berwajib untuk memperbaiki jalan yang rosak sejak lebih enam bulan lalu.


Penduduk mendakwa, mereka kini berdepan kebimbangan dengan risiko terlibat kemalangan maut sekiranya jalan tersebut masih belum dibaiki.

Rata-rata pengguna jalan raya yang ditemui mahu pihak berkaitan menurap semula jalan sepanjang kira-kira 10 meter tersebut untuk memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjamin.


Foto: kosmo

Seorang penduduk, K. Murthy, 57, berkata, laluan itu sering digunakan penduduk untuk ke Sungai Karangan, Merbau Pulas dan Kuala Ketil selain untuk menghantar anak ke sekolah berhampiran.

“Jalan itu juga menjadi laluan utama penduduk untuk ke bank serta kedai serbaneka,” katanya ketika ditemui semalam.


Katanya, jalan rosak tersebut mempunyai banyak lubang dan sangat membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Seorang lagi penduduk, Yusuff Ahmad, 67, berkata, terdapat beberapa lubang yang ditutup menggunakan sisa bahan binaan seperti batu.

“Biasanya ia hanya bersifat sementara dan kembali berlubang. Memang bahaya kepada penunggang motosikal terutama penduduk luar yang jarang melalui kawasan ini,” ujarnya.

Pesara T. Maniam, 40, berkata, dia pernah hampir terjatuh akibat hilang kawalan ketika melalui jalan berlubang di laluan itu beberapa minggu lalu.

“Ketika itu hujan baru berhenti dan saya tak nampak lubang yang berada di tepi jalan. Nasib baik saya sempat mengelak daripada terjatuh,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 10:17 AM
ini ler malaysia....mcm daif sgt2 negara kita ni
Quote prettyuglybabe 22-2-2023 10:31 AM
kalau ada kenderaan berat lalu, 10 kali turap pun jahanam jugak..

anyway, mudanya t maniam dah bersara..
Quote aienul 22-2-2023 01:19 PM
Elok viralkan je
Quote airmineral 22-2-2023 01:45 PM
elok sgt ler diviralkan
biar panas bontot org2 yg terlibat
Quote JunkMail 22-2-2023 01:58 PM
prettyuglybabe replied at 22-2-2023 10:31 AM
kalau ada kenderaan berat lalu, 10 kali turap pun jahanam jugak..

anyway, mudanya t maniam dah bers ...

Pesara tentera kot tu.. untonglah umur 40 dah bersara..
Quote sangbara2020 22-2-2023 02:16 PM
kat tmpt iolls pendudu yg bancuh simen tutup lobang...
sian kan...
Quote arm_band 22-2-2023 02:43 PM
aik takde wakil rakyat ke padang serai nun? kena viral juga? bertabah je laa, alangkan tengah ibu negara ni pun macam permukaan bulan, apa lagi nak diharap kat luar bandar
Quote rosedemon 23-2-2023 08:34 AM
xsdah2 masalah jalan lobang apedaa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073263 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top