CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Menyamar Jadi TMJ, Minta Duit Kononnya Untuk Urusan Bisnes

22-2-2023 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 737| Komen: 2

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan suspek yang mengaku sebagai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi meminta sejumlah bayaran konon untuk urusan perniagaan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Komisioner M. Kumar berkata, polis Johor  menerima laporan pihak media Istana Johor berkenaan satu tangkap layar Instagram melalui ‘direct message’ dengan menggunakan akaun Tunku Mahkota Johor pukul 2.35 petang tadi.


Beliau berkata, tangkap layar tersebut memaparkan mesej suspek mengaku sebagai Tunku Ismail dan telah dihantar kepada beberapa pihak serta meminta sejumlah bayaran untuk urusan perniagaan.


Kumar, Foto: Kosmo

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengubah dan menggunakan gambar profil serta akaun Instagram Tunku Mahkota Johor agar mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan Tunku Ismail.

“Setakat ini, dipercayai mesej itu telah diedarkan kepada lapan buah syarikat dan ada antaranya telah terpedaya dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diarahkan suspek untuk mendapatkan projek yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (penyamaran) yang mana boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya.

Tambah beliau, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu) yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh juga didenda.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 10:17 AM
orang yg menyamar tu nk beli rumah kat forest city kot
Quote rosedemon 23-2-2023 08:34 AM
abang besar tu ko sje cari pasei

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.030692 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top