CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Ladang Teh Jadi Hamba Seks Penyelia, Terpaksa Akur Takut Hilang Kerja

22-2-2023 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1876| Komen: 5

NAIROBI, Kenya – Beberapa pendedahan mengejutkan dibuat mengenai eksploitasi seksual terhadap pekerja di ladang-ladang teh Kenya yang menjadi pembekal kepada beberapa jenama pasar raya paling digemari di Britain termasuk PG Tips, Lipton dan Red Label.


Menurut laman berita Thaiger, wartawan Badan Penyiaran Britain (BBC) bernama Katy (nama samaran) yang menyiasat isu itu mendedahkan realiti lebih 70 wanita di ladang teh Kenya menjadi mangsa penderaan seksual oleh penyelia mereka.


Foto: Thaiger

Katy yang menyamar sebagai pekerja ladang secara rahsia merakam senario pengurus ladang tempatan meminta habuan seks daripadanya. Pengurus itu telah diambil bekerja di ladang teh milik syarikat Unilever dan James Finlay & Co.

Selepas dihubungi BBC, James Finlay & Co berkata bahawa tiga pengurus itu telah digantung tugas serta-merta, manakala pihak syarikat turut membuat laporan polis. Pihak syarikat turut menyiasat sama ada terdapat masalah sistemik keganasan seksual dalam operasinya di Kenya.


Lebih membimbangkan apabila Unilever sebelum ini pernah menghadapi dakwaan serupa lebih 10 tahun lalu dan telah melancarkan pendekatan ‘toleransi sifar’ terhadap gangguan seksual, serta sistem pelaporan dan langkah-langkah lain.

Bagaimanapun, siasatan bersama oleh dokumentari BBC, African Eye dan Panorama mendedahkan bahawa langkah itu tidak dilaksanakan.

Pekerja wanita di ladang teh mendedahkan pengalaman mengerikan yang mereka alami. Mereka juga mendakwa bahawa tidak mempunyai pilihan selain akur kepada tuntutan seksual daripada pengurus ladang kerana peluang pekerjaan sangat terhad.

Seorang pekerja wanita yang ditemu bual berkata: “Saya tidak boleh hilang pekerjaan kerana saya mempunyai anak.”

Seorang wanita lain mendakwa bahawa seorang pengurus menghentikan kerjanya sehingga dia bersetuju untuk melakukan seks, manakala seorang lagi dijangkiti virus kurang imun (HIV) daripada penyelianya.

Semasa menyamar sebagai pekerja ladang teh, Katy juga mengalami gangguan seksual di lokasi yang dikendalikan oleh Unilever. Dia ditugaskan dalam pasukan merumput yang memerlukan buruh selama enam hari seminggu.

Unilever menyatakan pihaknya ‘sangat terkejut dan sedih’ dengan dakwaan itu dan menjual operasinya di Kenya semasa BBC menjalankan siasatan.
Pemilik baru ladang itu, Lipton Teas and Infusions menyatakan bahawa pihaknya telah menggantung tugas dua pengurus itu dan memulakan ‘penyiasatan penuh dan telus’. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 10:22 AM




Quote imanamsyar 22-2-2023 11:05 AM
teringat cerita 12 years a slave..camni la..hamba kulit hitam jadi tempat pelepas nafsu tuan tanah...kalau ingkar kena cemeti sampai koyak kulit belakang... dengar nya cerita tu based on true story..berkisar tahun awal hamba2 masuk ke amerika.
Quote umbut 22-2-2023 11:41 AM
imanamsyar replied at 22-2-2023 11:05 AM
teringat cerita 12 years a slave..camni la..hamba kulit hitam jadi tempat pelepas nafsu tuan tanah.. ...

Yes. Based true story. Benci aku tgk michael fassbender dlm citer ni.. Jahat keje merogol je.. Menjadi lak tu watak jahat tu
Quote Decaffeinated 22-2-2023 12:51 PM
Motif Katy pun guna nama samaran. Takut kena saman menipu ka? Macamana nak bagi award wartawan cemerlang terpaling berani kalau public tak tau siapa.
Quote rosedemon 23-2-2023 08:33 AM
sian ek dala miskin mmg ditindas2

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074430 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top