CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

56 Syarikat Britain Kekal Kerja Empat Hari Seminggu

21-2-2023 08:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 918| Komen: 7

Kebanyakan syarikat British yang mencuba bekerja empat hari seminggu kebanyakannya memutuskan untuk mengekalkannya.

Keputusan itu dibuat selepas program perintis enam bulan yang dilakukan dianggap berjaya.


Harian Metro melaporkan, pekerja di 61 syarikat di seluruh Britain bekerja secara purata 34 jam sepanjang empat hari antara Jun dan Disember 2022, sambil memperoleh gaji sedia ada.


Foto hiasan EPA

Daripada jumlah itu, 56 syarikat, atau 92 peratus memilih untuk meneruskan jadual kerja seperti itu, dengan 18 daripadanya secara kekal.

Percubaan terbesar di dunia setakat ini, menurut Autonomy, sebuah organisasi penyelidikan yang berpangkalan di Britain yang menerbitkan laporan itu bersama sekumpulan ahli akademik dengan sokongan daripada kumpulan '4 Day Week Global' yang berpangkalan di New Zealand.

Kebanyakan syarikat yang terlibat, merentasi pelbagai sektor dan saiz dengan 2,900 kakitangan secara keseluruhan berkata, produktiviti berjaya dikekalkan.


Menurut kakitangan terlibat, kesejahteraan dan keseimbangan kehidupan kerja mereka bertambah baik manakala data menunjukkan pekerja kurang berkemungkinan berhenti kerja berikutan polisi kerja empat hari seminggu.

Dalam satu kenyataan, pengarah kempen Joe Ryle berkata, detik kejayaan terbesar itu membawa pergerakan ke arah minggu bekerja empat hari seminggu tanpa kehilangan gaji benar-benar berkesan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-2-2023 08:35 PM
Kat sana ada byk PH mcm kat Malaysia x?
Quote CiliPadiSedap 21-2-2023 09:36 PM
4 hari seminggu wajib efisien dan cost cutting . Kalau malaysia buat 4 hari seminggu confirm bangla rohingya tepuk tangan.

3 hari seminggu penuh bangla nepal rohingya dekat cameron genting.

Quote ninja boy 22-2-2023 12:01 AM
Malaysia selagi boleh kerah kerah hari2
Quote jas7512 22-2-2023 12:30 AM
Klu blh capai kpi keje..2x seminggu keje pun x mengapa
Quote sayurmayur88 22-2-2023 07:41 AM
sebb kt sana public holiday kurang. Malaysia ni rasanya 40% drpd setahun tu public holiday.
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 08:02 AM
harap2 malaysia bakal ikut jejak UK
Quote kucingkarate 22-2-2023 09:50 AM
best aaa klu dpt mcm tu. masa pkp ari tu, buleh la gilir keje tp skarang mimpi sajork...
tp 'yg tersayang' keje gilir2 juga kt sini. 3 ari seminggu, ju,aat sabtu cuti. cuti lain pun mcm gomen. kami 'yg anak tiri' ni keje 6 ari seminggu, gaji tetap kena ...ehem-ehem

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048552 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top