Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan telah menyerahkan borang pencalonan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Exco Pemuda UMNO pada Selasa, lapor Sinar Harian. Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang berbuat demikian bersama anaknya, Muhammad Amin Daniel berkata, keputusan kali pertama itu dibuat kerana ingin menabur lebih banyak bakti terhadap kepimpinan UMNO di peringkat nasional. 10 tahun berkhidmat, katanya sudah tiba masanya untuk beliau bergiat lebih aktif di peringkat lebih tinggi. Dalam masa sama, Jalam mengulas keputusan anaknya itu adalah kerana ingin membawa satu wajah baharu parti tersebut kepada generasi muda di seluruh Malaysia, bertepatan dengan kredibiliti anaknya yang sebelum ini merupakan ahli Exco Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar. FB Jamal dan Muhammad Amin dilaporkan menyerah borang pencalonan tersebut bagi sesi pemilihan 2023-2026 parti itu di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. - CARI |
ADVERTISEMENT