Baru-baru ini, tular posting seorang lelaki warga Singapura di sebuah laman Facebook komuniti berikutan menemui serangga mati pada biskut kering yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Murai melaporkan, Muhammad Haiqal menerusi Facebook COMPLAINT SINGAPURA, pada 9 Februari berkongsi pengalamannya memakan biskut krim Hup Seng.
“Baru makan separuh, ketika mencelup biskut saya ke dalam teh, dan kemudian saya melihat sesuatu yang pelik muncul,”- tulisnya di posting. Sangkaan awalnya yang menyangka ia adalah dakwat meleset selepas dilihat lebih dekat dan mendapati bahawa terdapat bangkai kering lipas yang melekat pada biskut. Dalam ruangan komen posting itu, Haiqal memaklumkan kepada netizen bahawa dia telah membeli biskut itu dari sebuah pasar mini di Rivervale, Sengkang, Singapura. Haiqal turut menambah, dia terus membuang keseluruhan paket biskut itu dan mendakwa tidak akan memakan biskut dari jenama itu lagi. Sementara itu, Hup Seng mengeluarkan kenyataan melalui laman web rasmi syarikat mendakwa maklum mengenai isu itu dan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan dan kebersihan makanan sentiasa menjadi keutamaan dalam amalan pembuatan mereka. Bersama kenyataan itu, pihaknya turut memohon maaf atas kejadian berkenaan. - CARI
|
mesmerize replied at 21-2-2023 07:54 PM
serious ar.. akak n family suka sangat biskut hup seng ni.. yang cream crackers plastik hijau kuning ...
Atata replied at 21-2-2023 08:26 PM
Omg. Begitu cantik terletak lipas tu. Disyaki lipas ni bergaul sebati dengan doh biskut pastu dicera ...
kepompong replied at 21-2-2023 07:54 PM
Dipercayai ada anti aging properties kat lipas kalau dimakan… sbb lipas boleh hidup tanpa kepala dl ...
Suchi replied at 21-2-2023 09:15 PM
Saya suka jacob sbb kurang minyak, hap seng mcm berminyak.
Lagipun jacob ada byk choice yg tawar heb ...
kepompong replied at 21-2-2023 08:54 PM
Dipercayai ada anti aging properties kat lipas kalau dimakan… sbb lipas boleh hidup tanpa kepala dl ...
ADVERTISEMENT