Datuk Khaidiriah Abu Zahar tidak lemah semangat biarpun dilabel sebagai budak-budak, paling bongsu dan paling muda. Kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu, ia sedikitpun tidak melemahkan semangatnya bersaing merebut jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO pada pemilihan parti bulan depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim itu berkata, biarpun apa juga stigma yang diberikan, beliau yakin kehadirannya menawarkan diri bertanding jawatan yang dikosongkan penyandangnya, Datuk Zahida Zarikh Khan adalah tepat. Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin itu, hasrat menawarkan diri sebagai calon kerana ingin mengembalikan aura taring sayap UMNO seperti awal penubuhannya suatu ketika dahulu. Tegasnya, dia yakin mampu menawarkan kepimpinan yang lebih ampuh jika diberi peluang. “Setakat ini saya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri secara solo dan jika ada mana-mana calon lain yang ingin bersama saya ia tidak ada masalah.
“Walaupun barisan kami ini muda tetapi misi kami adalah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Jasin pada PRU16 dan mengembalikan kegemilangan UMNO Bahagian Jasin,” ujarnya. Sumber: Suara Merdeka |
ADVERTISEMENT