Penyampai radio, Aliff Al-Farabby A Rahim, 36, mengumumkan hasrat bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk pada pemilihan kali ini dan borang permohonannya telah dihantar ke Wisma UMNO Bahagian Bagan Datuk.
Menurutnya, pertandingan itu bukanlah kali pertama tetapi yang kedua disertainya apabila pernah mencuba nasib pada tahun 2016 namun tewas bagi jawatan sama. Katanya, dia sudah banyak berbakti di peringkat cawangan dan tiba masanya untuk membantu pemuda bahagian pula. "Sebab itulah kali ini saya ingin menawarkan diri sekali lagi untuk kali terakhir sebagai Exco Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk memandangkan had umur bagi pemuda sehingga 40 tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Aliff Al-Farabby yang optimis untuk memenangi pada pemilihan kali ini menyeru anak muda yang mempunyai latar belakang profesional untuk berada dalam organisasi parti untuk menarik lebih ramai anak muda bersama UMNO. - CARI
|
ADVERTISEMENT