CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Manja Dan Kelakar, Siti Bainun Lebih Sayang Bella Berbanding Anak Lain

21-2-2023 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1272| Komen: 12

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun memberitahu dia lebih menyayangi Bella berbanding anak lain kerana remaja sindrom Down itu disifatkan manja dan kelakar.

Selain itu, wanita itu juga berkata tiada keperluan untuk mengambil remaja perempuan itu semata-mata untuk menderanya.



Foto: Kosmo

“Layanan saya kepada Bella adalah sama, mungkin lebih sayang kepada Bella berbanding yang lain sebab Bella ini kelakar dan manja. Dia suka menyanyi dan saya memang suka sakat dia kalau dia menyanyi seorang diri depan cermin. Saya juga bawa dia membeli-belah baju-baju sebab dia diberikan kepada saya dari JKM dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Layanan saya sama sahaja semenjak saya mengambil Bella pada bulan Julai 2020. Tiada keperluan saya nak ambil Bella untuk simpan dan dera,” katanya.

Semasa prosiding, Siti Bainun juga turut memberitahu mahkamah dia tidak mendapat duit dan menjalankan pelbagai perniagaan untuk menampung hidup Bella dan anak- anaknya yang lain.


“Saya tidak pun dapat duit untuk menjaga Bella, saya tidak pernah kutip derma untuk menjaga Bella, saya tidak pernah mempamerkan muka Bella pun dekat mana-mana minta orang puji atau bantu saya dalam menguruskan Bella,” katanya sebak.

Tambahnya lagi, dalam prosiding sama, Siti Bainun juga menjelaskan Bella diikat hanya pada bahagian kaki supaya dia tidak merayau pada waktu malam.

Tambah Siti Bainun, dia memilih untuk pindah ke rumah kondominium bagi menyediakan hidup yang selesa serta melindungi mereka daripada sikap yang kurang sopan oleh penghuni Rumah Bonda.

“Saya buat kerana sayangkan mereka dan niat saya nak beri tempat yang lebih baik, saya pindah agar Bella selesa dan tidak terikut cara percakapan kasar sesetengah penghuni yang berlainan latar belakang,” ujarnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi esok. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sailormars 21-2-2023 06:58 PM
oooo ye ke...ok ok...lembu saya percaya cakap awak...
Quote EriaDoritis 21-2-2023 07:10 PM

Lagi...? Story lah lagi...
Quote sharlenetexas 21-2-2023 07:36 PM
Uwekkkk

Quote ctaz 21-2-2023 08:24 PM
"wow....terharunyaaaaaaa......"
kata kambing ketua kampung saya
Quote Firenzza 21-2-2023 09:22 PM
Err....ada cctv x nk sokog stt ko tu?
Quote whimsicalmusic 21-2-2023 11:28 PM
ni bkn bella yg kelakar tp bainun
Quote MisXoXo 21-2-2023 11:43 PM
Semoga kes ni mndpt keadilan sewajarnya.bainun juga layak mendpt pembelaaan.kita kena baca juga dokumen mahkamah utk kita bersikap adil dan xdgr satu side shj.adik bella..semoga terus ceria ya
Quote matjerk 22-2-2023 02:02 AM
Benon syg betol anak2 zurianty tu dulu smpai bawak jln2 obersea
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 08:12 AM
bainun  ni terencat otak kah???
Quote rosedemon 22-2-2023 08:57 AM
babi je yg pcaya ckp ko benon
Quote cikatilia 22-2-2023 09:37 AM
rosedemon: babi je yg pcaya ckp ko benon

mungkin kita patut percaya babi dari benon...
Quote iolss 23-2-2023 04:38 PM
ckpla apa pon benon utk bela diri...selagi ada masa ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037523 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top