CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ular Batik 20kg Kekenyangan Lepas Baham Ayam Dalam Reban

21-2-2023 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 929| Komen: 6

KOTA BHARU – Seekor ular sawa batik seberat 20 kilogram ditemui dalam keadaan kekenyangan selepas membaham seekor ayam di dalam sebuah reban di Kampung Tapang di sini, hari ini.

Pemilik reban ayam berusia dalam lingkungan 50-an menyedari reptilia sepanjang dua meter itu kira-kira pukul 9 pagi tadi sebelum terus menghubungi talian kecemasan.


Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu berkata, dua anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 9.05 pagi.

Foto: APM

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan reban yang terletak di belakang rumah itu mendapati seekor daripada lima ekor ayam sudah dibaham ular tersebut.

“Anggota APM mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular itu menggunakan peralatan khas.

“Reptilia itu dibawa ke pejabat APM Daerah Kota Bharu dan akan diserah kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Menurutnya, pemilik reban ayam itu mendakwa beberapa ekor ayam miliknya pernah hilang sebelum ini dan mungkin ia dibaham reptilia tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-2-2023 08:57 AM
syukur nikmat rejeki ari ini katanya
Quote dua_chzy 22-2-2023 09:01 AM
Baik heshe makan sekor je tak tamak baham semua.
Quote Simunggu 22-2-2023 09:09 AM
ini namanya zakat binatang ternakan...
Quote isseliparjepun 22-2-2023 09:14 AM
Cantik corak batiknya.
Quote Sazreena 22-2-2023 11:44 AM
Lepas makan ayam golek, dia pun sama tergolek.
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 11:52 AM
seriau aku

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.032253 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top