CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Curah Segala Keringat Kepada Malaysia, Safee Sali Umum Bersara

21-2-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1543| Komen: 15

Safee Sali, 39, tidak pernah rasa kesal dengan keputusannya bersara daripada karier bola sepak profesional kerana sudah mencurahkan segala keringat kepada Malaysia.

Bagaimanapun, hero Harimau Malaya ketika menjulang Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2010 meninggalkan pesan kepada pemain masa kini supaya melonjakkan kedudukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).



Foto: Kosmo

“Untuk Harimau Malaya saya sudah lakukan sehabis baik dengan mewakili negara di Pestabola Merdeka, Piala Asia dan memenangi Piala AFF. Saya lakukan sehabis baik saya mampu untuk menaikkan ranking Malaysia, jadi tiada lagi penyesalan dalam diri saya.

“Masa latihan percubaan dengan Cardiff City dulu (2011), jurulatih mereka mahukan saya tetapi ranking kita tidak lepas. Jadi, saya harap siapa pun main dengan skuad kebangsaan selepas ini, bantulah pasukan baiki ranking,” katanya pada Majlis Pengumuman Persaraannya semalam.


Turut hadir pada majlis itu adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail.

Mengulas lanjut tentang persaraannya, Safee akui keputusan itu adalah tepat kerana fizikalnya tidak lagi mampu bersaing dengan pemain masa kini dan ia dibuat untuk mengelakkan timbul beban kepada mana-mana pasukan diwakilinya.

“Walaupun saya tidak ada kecederaan serius, tetapi saya tidak mampu bersaing secara kompetitif dengan pemain lain dan sekarang adalah masa terbaik untuk umum persaraan. Berat apabila rakan sepasukan mahu saya bermain dalam kesebelasan, namun saya tidak mampu dan semua itu buatkan saya tidak bermotivasi serta tertekan.

“Memang sedikit emosi sebab sudah hampir 20 tahun saya dalam bola sepak, semua jatuh bangun saya sudah lalui sejak mula beraksi pada usida 19 tahun. Saya sudah boleh terima hakikat perlu beralih ke episod baharu kehidupan,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 21-2-2023 08:54 PM
Zaman kejatuhan safee ni sbb becerai dgn bini kawin dgn minah Indon on..ka aii salah?
Quote kepompong 21-2-2023 08:58 PM
kehkehkeh… safee saleh ni salah sorang yg kena sondol dgn geng friska…
Quote monsterwife 21-2-2023 09:06 PM
Pernah terjumpa dia dgn wife indon dan anak dia berbuka puasa. Mak oi...sasa betul wife dia, make up pun sekati
Quote rosedemon 22-2-2023 08:55 AM
k sapi rip
Quote glump 22-2-2023 09:30 AM
Dah lama kot dok bangku simpanan..kalau dah tak der nak simpan..umum bersara lebih bagus
Quote green~tea 22-2-2023 09:42 AM
orkid_amani replied at 21-2-2023 08:54 PM
Zaman kejatuhan safee ni sbb becerai dgn bini kawin dgn minah Indon on..ka aii salah?

Laaaaa CASH?????
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 11:08 AM
selamat bersara!!!
Quote shahirakay 22-2-2023 11:22 AM
ai olls baru tau dia cerai dan kawen lain dengan indon. malehnyaaaa nak gugel. suap plissss
Quote tripleid 22-2-2023 11:33 AM
sempat selkfi dgn beliau masa buat appointment klinik haritu..kat luar kurus keding ja rupanya
Quote Sazreena 22-2-2023 11:36 AM
Elok-elok naik dgn Selangor, bila dah masyuk kawen dgn neng indon sendiri mau ingatlah.
Quote DARSITA 22-2-2023 11:43 AM

Thank you for your service. :-)
Quote umbut 22-2-2023 11:44 AM
Gi indon main bola, bawak balik bini indon.. Muka pun cam indon..
Quote darkness 22-2-2023 11:54 AM
Mula jatuh sejak bercerai dgn bini..sendiri mau ingat
Quote Cekgushilla 22-2-2023 12:10 PM
Bg aku dia ni takde la jatuh mana
Kaya je lgi
Kalau nk bukak kelas bola utk budak2 guna nama dia rasa byk je yg dtg
Astro still pggil dia lgi utk show bola
Masa WC dulu mcm kerap jgk nmpk dia jd jemputan
Terigt team
Quote orkid_amani 22-2-2023 12:55 PM
green~tea replied at 22-2-2023 09:42 AM
Laaaaa CASH?????

Yaa la tu..sejak tu performance drop..ntah pa2 org antaq suruh p main bola dia p cari bini pulak kat Indon tu..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.094001 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top