CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangga Tumpang Kereta Oppa Tak Dikenali Di Korea, Wanita Dikecam Sengaja Cari Nahas "Entah Dia Buat Kau Tertidur Sedar-Sedar Dah Bogel"

21-2-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4725| Komen: 58

Baru-baru seorang wanita berkongsi pengalamannya melakukan tindakan berani ketika melancong ke Korea Selatan.

"Secara rawak (random) menaiki kereta orang tak dikenali yang tawarkan untuk menumpangkan saya dalam perjalanan sejam dari lapangan terbang ke 'airbnb' (tempat penginapan)," kongsi wanita tersebut menerusi aplikasi TikTok..


Dakwa wanita tersebut, dia berani mengambil risiko itu di Korea kerana beranggapan kadar jenayah di negara berkenaan adalah sangat rendah.



"Pernah cuba di Korea sebelum ini. Ok je. Hanya ambil nombor plat kenderaan dan hantar kepada seseorang. CCTV di jalan raya pun kita boleh tengok.

"Ada sesetengah orang yang mahu mencuba setidak-tidaknya sekali seumur hidup. Cubalah. Tapi Korea masih okay untuk cuba. Saya tak akan buat di negara lain," tulisnya lagi ketika menjawab pertanyaan di ruangan komen.

Bagaimanapun, perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang meluahkan kebimbangan jika perbuatan tersebut akan menjadi ikutan orang lain.


Seorang pengguna Twitter kemudian membuat perkongsian berkenaan di akaunnya bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dan dalam masa sama memberi peringatan agar mana-mana individu tidak sewenang-wenangnya bertindak berani.



"Tolong jangan lakukan macam ni. Korea memang negara crime rendah, boleh dikira selamat tapi macam ni bahaya tau. Kalau nasib malang, memang tak berbau. Korea ni crime dia seram walaupun jarang-jarang.

"Jangan bahayakan diri macam ni okay. Stay safe tak kisah solo travel atau berkumpulan," tulisnya.

Malah dia turut memberikan contoh mengenai kes pembunuhan bersiri paling menjadi tumpuan yang berlaku di Hwaseong sekitar 30 tahun lalu.

"Korea dengan Jepun memanglah kadar jenayah rendah sebab petty crime (jenayah kecil) tak banyak. Tapi kalau sekali jenayah berlaku, memang tahap misteri yang tak dapat diselesaikan.

"Kes Hwaseong ambil masa 30 tahun lebih, itu pun pembunuh sudah ada dalam penjara untuk kes yang berbeza.

"Kita ni selagi boleh elak bahaya, elakkan la. Ini nasihat untuk diri sendiri juga. Lagi-lagi yang perempuan. Bayangkan, entah dia buat kau tertidur sedar-sedar dah bogel, gambar dan video dekat group Telegram dah," katanya lagi.

Warga maya mengecam tindakan berani individu tersebut yang hanya mengundang bahaya.

Warga maya mengecam tindakan berani individu tersebut yang hanya mengundang bahaya.

Pandangannya turut disokong oleh rata-rata warga maya menerusi ruangan komen malah menambah, tindakan berani tidak bertempat hanya mengundang padah.

"Tetap sesuatu yang akan saya kata tidak. Tak ada gunanya ambil nombor plat dan ada semua bukti apabila kamu sudah 'pergi'. Saya akan elakkannya

"Korea kadar jenayah rendah? Sis, isu rogol tinggi tau dekat Korea. Pernah sekali tu ada demonstrasi sebab banyak sangat hidden camera.

"Tak ambil pengajaran ke daripada k-drama yang ada psychopath? Dah la ada daripadanya berdasarkan kisah benar.

"Nak jadi berani silalah bertempat sikit. Ini macam mencari bahaya je

"Gila betul. Dari kecil mak ayah penat-penat jaga keselamatan anak bagai nak rak, dah besar kau biar diri macam tu je," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 21-2-2023 04:59 PM
uishhh nak sape la nie
Quote ctaz 21-2-2023 05:02 PM
SEDOR2 BOGEL TAKPA....
SEDOR2 DALAM ALAM BARZAKH...
BARU MENDAPAT...
Quote cmf_premierleag 21-2-2023 05:05 PM
ctaz replied at 21-2-2023 05:02 PM
SEDOR2 BOGEL TAKPA....
SEDOR2 DALAM ALAM BARZAKH...
BARU MENDAPAT...

Sedor2 je terus dpt soalan Marrobbukaa
Quote ifanonline 21-2-2023 05:05 PM
walaupun negara2 maju crime rate dier rendah, dont take things for granted...sebab manusia semuanya asal yg sama...wanita ada burit, lelaki ada kote
Quote Supersirap 21-2-2023 05:09 PM
Jangan ambil risiko ya
Quote prince_marhaen 21-2-2023 05:10 PM
ni mesti jenis sundal-sundal acah-acah bagpackers hijabis yang sengaja nak kena rogol ngan oppa...pastu feeling jatuh cinta... kekonon lah.. from this to this katanya... hujung2 kena sembelih baru padan muka... kat sana crime rate rendah pun dia punya crime bukan takat cuit-cuit cikpek kau je, boleh sampai kau lesap dari muka bumi ye... bodoh pastu bangga share.. sundallll
Quote AbukRokok 21-2-2023 05:46 PM
anda terlalu gelap utk oppa
Quote Skuau 21-2-2023 05:55 PM
biorla..dh nak 'sonok camtu'...
Quote kitaserupaaa 21-2-2023 05:55 PM
Hitchhike? Maybe driver tu nak destinasi yg sama kot. Aku pernah gak hitchhike 2 kali masa travel obc sbb kawasan tu mmg takde public transport.  Tapi aku tumpang kete husband & wife &  kete geng researchers. Bila fikir semula, mmg kerja gila
Quote mohdcrow 21-2-2023 06:01 PM
benda dah takde nak jaga apa
Quote kepompong 21-2-2023 06:15 PM
sedor2 dah tkde kaki, tgn, mata pun dah kena korek dijual… tapi tak mati2 …. haaa seksa
Quote Tinot7 21-2-2023 06:20 PM
Alhamdulillah selamat.. jgn ulang lerr.. org lain pun jgn ikut..
Quote orenmango 21-2-2023 06:20 PM
How foolish! Jenuh la org buat kempen safety awareness, stranger danger utk kanak-kanak. Ni dah dewasa tua bangka tak reti-reti elak risiko. Patut la Malaysia ni mudah org kena scam.
Quote ladybugz 21-2-2023 06:28 PM
rode on a stranger's car? mula2 baca rasa pelik n quite funny. dah kenapa nk panjat kereta stranger's car n duduk atas tu. well, it's actually  got in / rode in a stranger's car. baru makes sense.
Quote jas7512 21-2-2023 06:29 PM
Kat msia pun i pernah tumpang strangers kat kae remote area..alhamdulillah masih selamat..baca doa byk2
Quote Kitty_catz 21-2-2023 06:34 PM
bodoh itu pilihan



Quote sailormars 21-2-2023 07:03 PM
jangan terlalu berani dik oooooiiiiii
Quote VespaSilbe 21-2-2023 07:29 PM
Baru ni je ada kes kat sana student tu nak kena culik.. nasib sheols sempat lari
Quote cmf_almondpecan 21-2-2023 07:35 PM
Walaupun statistik menunjukkan kebarangkalian kena tu rendah, takde gunanya kalau kita yang jadi statistik tu. Kalau data kata setahun sorang je kena bunuh, takde maknanya kalau kita jadi sorang tu.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073331 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top