CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sanggup Tangguh Hamil, Reen Rahim Pentingkan Lumba Kereta Daripada Anak

21-2-2023 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2017| Komen: 17

Reen Rahim sanggup menangguhkan perancangan memiliki anak dalam masa terdekat demi menyertai program perlumbaan kereta.

“Doakan tahun hadapan saya akan anak kembar terus.”

Foto: IG


Reen dah lama menyimpan hasrat untuk memasuki perlumbaan kereta selepas melihat rakan-rakannya menyertai acara Toyota Gazoo Racing.

“Sebenarnya ada kisah di sebalik Toyota Gazoo ini. Sama ada mahu anak atau lumba kereta.



“Dari dulu memang saya suka tengok kawan-kawan yang terpilih menyertai Toyota Gazoo.

“Nampak gempak sebab bukan senang untuk dapat berlumba di sini. Lumba betul-betul bukan main-main sampai terdetik dalam hati seronok kalau dapat sertai,” katanya.



Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, tawaran menyertai Toyota Gazoo diterima sejak tahun lepas iaitu tiga hari sebelum melangsungkan pernikahan. Ketika itu, dia ragu-ragu untuk membuat keputusan.

“Tiba-tiba tahun lepas, saya dapat tawaran Toyota Gazoo tiga hari sebelum bernikah.



“Saya sudahlah kahwin lambat, kalau sertai memang susah untuk ada anak walaupun pihak Toyota tidak keluarkan syarat.

“Tapi kalau fikir logik, memang tidaklah saya akan mengandung sebab kena berlumba sehingga bulan 10. Jadi, saya ketepikan keinginan dan terus tolak tawaran tersebut,” ujarnya.



Meskipun menolak tawaran tersebut kerana lebih memilih keluarga berbanding minat, pelakon filem Daddyku Gangster itu diberi peluang untuk berfikir.

“Saya berdoa dalam hati kerana runsing sama ada tawaran ini adalah ujian atau rezeki dan ikutkan sahaja aturan Allah.



“Selang dua atau tiga hari, pihak mereka menghubungi saya untuk mengesahkan sama ada saya benar-benar mahu tolak tawaran.

“Saya minta masa selama dua ke tiga hari untuk berfikir dan berbincang dengan suami,” katanya.

Selain suami, Reen turut meminta pandangan daripada ibunya berhubung penyertaan dalam acara terbabit.


“Suami pun runsing untuk membuat keputusan walaupun sering menyokong apa yang saya lakukan. Saya juga minta pandangan umi (ibu).

“Dia suka saya buat benda lasak, lebih-lebih lagi saya jenis pemalas dan memandu secara sangat perlahan sebab takut.Dia mahu saya melawan ketakutan tersebut,” jelasnya.

Setelah membuat pertimbangan, pelakon asal Klang itu nekad meneruskan minat dan menyahit tawaran sekali seumur hidupnya itu.



“Saya yakin ini rezeki yang Allah susun dan alhamdulillah tidak sangka dapat tawaran sebegini,” ujarnya yang kini secara rasmi bergelar TGR Family secara rasmi untuk musim keenam Toyota Gazoo Racing.

Terdahulu, Reen selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin pada 24 Disember 2022 setelah berkenalan selama dua tahun. –CARI

Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stokingpanas 21-2-2023 05:51 PM
semoga terus sukses
Quote dudaberhias 21-2-2023 06:35 PM
semoga di permudahkan... bila dah sedia beranak je lah gittuhhh...
asalkan tak gosok2 perut macam nuclear reactor boleh rasa panas sejuk... kejap nak beranak kejap tak nak gittuh...
Quote rayray28 21-2-2023 07:10 PM
Xpyh laaa cite nk tangguh ke apa..diam2 jeee sbb lom pasti thp subur diri kita tu cmne
Quote slyfynx 21-2-2023 07:39 PM
Ok, noted.
Quote adeqbun 21-2-2023 07:44 PM
Xyah explain...carry on je..keep the 0lan to yourself kan senang..
Quote Nham22 21-2-2023 07:47 PM
Best takde ank lg.. Mcm boleh buat byk benda...
Quote EriaDoritis 21-2-2023 10:49 PM
Oohhhh itu je ke ceritanya...

Mengandung tu bukan macam petik suiz, terus menjadi. Ada faktor lain gak...

Hmmm gud luck je lah
Quote kembarsiti 21-2-2023 11:14 PM
Netizen perlu tahu ke nyah pasal kau nak baby lagi ke tak ? Pasal ko nak fight malas ke tak? Nexttt
Quote Kurex 21-2-2023 11:27 PM
Iols ok jah dgn sheols sebab iols penah bersembang dgn sheols.. memang baik sheols ni
Quote Olumis 21-2-2023 11:28 PM
Ooo... Macam tu. Tapi kebanyakan yang mula2 cakap tak nak anak or tangguh2 ni, diuji pula susah utk dapat anak bila dah betul2 bersedia or nak. Ini mengikut pengalaman sendiri and rakan2 sekeliling la ya. Tapi mungkin ikut rezeki seseorang la kot. Maybe apa yang berlaku tu sekadar kebetulan atau suratan.
Quote Nham22 21-2-2023 11:29 PM
Pmt toyota asyukkkkkkk
Quote rosedemon 22-2-2023 09:08 AM
suka hati engkolahhhh
Quote toynme 22-2-2023 09:40 AM
Kurex replied at 21-2-2023 11:27 PM
Iols ok jah dgn sheols sebab iols penah bersembang dgn sheols.. memang baik sheols ni

lawo ekk dia...teringat dia belakon dgn ajak shiro...mengada yg tak menyampah
Quote Kurex 22-2-2023 09:46 AM
toynme replied at 22-2-2023 09:40 AM
lawo ekk dia...teringat dia belakon dgn ajak shiro...mengada yg tak menyampah

Lawa sekadar putih jah
Quote Suchi 22-2-2023 10:55 AM
Alah umur 35 kan takde nya terus lekat
Tp taktau laa ada je yg lewat kawen tp cepat plak buntingnya cam adik ipar iols kawen umur 33 terus bunting pelamin.
Kawan iols kawen masa nak masuk 40 tahun pun cepat gak pregnant. Dah 3 org anak dia umur rapat2 sbb yela dah lewat jd dia pun beranak jela selagi boleh dah alang2 masih subur cuma  jenuh ulang alik sepital laa memandangkn faktor usia kan jd risiko tinggi la bila pregnant.
Quote Zaien 22-2-2023 02:10 PM
dudaberhias replied at 21-2-2023 06:35 PM
semoga di permudahkan... bila dah sedia beranak je lah gittuhhh...
asalkan tak gosok2 perut macam nu ...

hahahaaah mcm boleh teka sapeeeeee hahahaha
Quote samshik 22-2-2023 05:19 PM
I olls rs she olls ank mami yg lawa... Even she olls sexy

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044444 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top