Tetap dengan pendirian memberitahu perkara sebenar, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya mendedahkan isu dalaman negara termasuk rasuah ketika kunjungannya ke luar negara. Beliau tidak berselindung mengakui Malaysia sedang bergelut dengan masalah dan melakukan islah atau usaha membetulkan keadaan.
"Ada yang sebut saya mengecam Malaysia di luar negara... ini kenyataan, sama ada di Jakarta (Indonesia), Thailand... saya akan sebut. "Mengapa saya hendak beritahu Malaysia negara yang 100 peratus bersih, nampak sangat saya penipu... saya beritahu apa sebenarnya, kita sedang bergelut melakukan islah kerana ada masalah," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai pelantikan anggota pentadbiran tertinggi yang berdepan kes di mahkamah ketika ini menjejaskan agenda Malaysia Madani.
Semalam, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mendakwa ucapan Perdana Menteri ketika lawatan kerja ke luar negara seolah-olah menghina rakyat Malaysia dengan mendedahkan situasi yang berlaku dalam negara. Sumber: BH Online
|
Orix replied at 21-2-2023 07:16 PM
adoiiii inilah dia piyem pujaan ummah pi-esh
berapa bulan lg la dia ni jadi piyem....
pu3_rania replied at 21-2-2023 08:02 PM
Semoga cuma beberapa bulan aje lah dia jadi PEEyem
Percepatkan lah di adakan PRN 6 negeri
axl_bach replied at 21-2-2023 08:28 PM
Aparaaa Bangnon oiiii....org pi luar tarik pelabur, bukan cerita kelemahan sendiri yg membuat kan pe ...
ADVERTISEMENT