CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jika Tak Keberatan, Doakan Semoga Kami Dikurniakan Zuriat," Zulin Aziz

21-2-2023 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2629| Komen: 23

Zulin Aziz mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri selepas genap setahun mendirikan rumah tangga.

Luahan tersebut diungkap selebriti berusia 34 tahun itu menerusi perkongsian Instagram sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertamanya bersama suami, Farhan Norzaini.


Foto: IG

“Jika tak keberatan, doakan semoga kami dikurniakan zuriat. Semoga doa-doa kita diperkenankan, amin Ya Rabb,” tulisnya.

Dalam perkongsian istimewa tersebut, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz itu berkata, usia setahun perkahwinan yang dibina bersama suami merupakan fasa mereka mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.



“Setahun usia perkahwinan mengajar kita tentang mengenali satu sama lain. Menerima kurang lebih setiap dari kita. Memahami, terbiasa.

“Bawa ke tahun-tahun seterusnya. Makin lama makin cinta. Kita sederhana tapi bahagia. Syukur Ya Allah,” titipnya sambil meluahkan rasa cinta dan berdoa agar kekal selamanya bersama suami tersayang.



Luahan sayu pelakon yang juga bekas penyampai radio Suria FM itu mengundang komen peminat apabila rata-ratanya memberi sokongan agar doanya dimakbulkan kelak.

“Buat pejuang garis dua (golongan wanita yang berusaha mendapatkan zuriat), semoga dikurniakan zuriat pada tahun ini, amin,” komen seorang pengikutnya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan babe. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan saya doakan awak dikurniakan rezeki anak yang ramai selepas ini, amin,” titip rakan penyanyi, Idayu.



Sebelum ini, Zulin pernah meluahkan rasa berang sehingga hilang sabar dengan sikap netizen yang terus-menerus mendesak dirinya berhubung soal zuriat.

Menjawab pertanyaan tentang desakan tersebut, pelakon itu sekitar hujung September tahun lalu mendedahkan dia sebenarnya baru sahaja mengalami keguguran sebulan sebelum itu (Ogos).


Untuk info, Zulin mendirikan rumah tangga bersama Farhan yang juga rakan kongsi perniagaannya dengan sekali lafaz pada 20 Februri tahun lalu selepas dua tahun mengenali hati budi. –CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 04:16 PM
yer la tu
Quote Nozot 21-2-2023 04:21 PM
Aamin..
Dia nie kan asyik merempan pasal peribadi ja
Dulu tak ada laki, asyik merempan  pasal jodoh
Dah ada laki, merempan pasa madu la
Nie dah start merempan pasal anak
Nanti dapat anak, dok merempan nak jantina lain..
Pendek kata hidup tak pernah nak bersyukur..
Quote Rogue98 21-2-2023 04:23 PM
Doa sendiri tak boleh ke? Korang bukan nye favourite couple netizen pun.
Quote timah03 21-2-2023 04:31 PM
Hari tu bising bila orang jap2 tanya pregnant ke... Bila orang dah senyap, kau minta doa pula...
Quote stokingpanas 21-2-2023 05:52 PM
semoga dipermudahkan
Quote dudaberhias 21-2-2023 06:37 PM
ok amin... semoga di pemudahkan urusan melambung sampai ke syiling dan dapat anak... agitteww?? dah balik lah kembali terdampar kat tepi pantai... calling2 kren suruh angkut masuk balik ke laut...
Quote ohsoyaya 21-2-2023 07:34 PM
Semoga dipermudahkan. Iols tnggu 7 tahun nyah. Allah tahu bila waktu terbaik utk kita
Quote slyfynx 21-2-2023 07:38 PM
Oh, baru 34 kah?
Kupikir late 30s dah
Quote Purplehaz 21-2-2023 08:10 PM
Kawin agak lmbt..umur she mid 30s ...kebarangkalian dpt zuriat makin susah.
Bertabahlah
Quote AcikBuncit 21-2-2023 09:10 PM
Lahh bru setahun kwen rupanya.. Npe mcm dh lme acik bc berita psl dia je msti psl zuriat.. Ingatkan dh lme sgt kwen.. Sabo jela. Bru lg tu.. Enjoy je. Trlalu fkir n stress t lg sush nk lekat..
Quote shida81 21-2-2023 09:11 PM
timah03 replied at 21-2-2023 04:31 PM
Hari tu bising bila orang jap2 tanya pregnant ke... Bila orang dah senyap, kau minta doa pula...
{:8 ...

Kan aritu bkn main menyombong
Quote selipar_hijau 21-2-2023 09:21 PM
Dia ni kalau mulut tertutup tak bckp elok je muka. Jangan bagi dia start bckp bleh kemurungan masyarakat setempat
Quote namieamuro 21-2-2023 09:24 PM
aik. ritu marah2. arini suh doakan pulak. apoooo
Quote EriaDoritis 21-2-2023 10:54 PM
Jangan stress, jangan merempan.
Dapatlah anak nanti tu
Quote LadyCarefree 21-2-2023 10:59 PM
sendirilah doa
Quote Kurex 22-2-2023 02:00 AM
Semoga dapat anak. Dah. Jangan muncul lagi di industry seni hiburan Malaysia. Laki uols sedap. Tu jah
Quote doubleA 22-2-2023 03:58 AM
Semoga termakbul. Doakan iols juga mana tau antara mulut laser porumer ni ada yg doanya dikabulkan Allah
Quote rosedemon 22-2-2023 09:07 AM
adui asek anak2 buat jela dediam
Quote TerataiMelur02 17-4-2023 10:56 AM
Tengok ig macam lain je caption zulin

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.217608 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top