CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anthony Loke Dipuji-Puji Naik Bas Ke Parlimen

21-2-2023 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1240| Komen: 12

Tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memperkenal perkhidmatan bas percuma kepada Ahli Parlimen, pegawai bertugas dan pengamal media menerima pujian pengguna media sosial.

Melalui hantaran gambar di laman Facebook Anthony Loke menaiki bas percuma untuk ke Parlimen pagi ini, dipuji masyarakat di media sosial dengan menyatakan tindakan Menteri Pengangkutan itu wajar dicontohi semua pihak.

“Selamat pagi. Saya sedang naik bas T851 ke Parlimen untuk menjawab soalan bus feeder di Dewan Rakyat,” kata Anthony Loke.


Foto: FB

Rata-rata pengguna media sosial yang menjengah ke ruangan komen Anthony Loke berkata, melalui perkhidmatan itu kerajaan juga dapat menjimatkan kos dan memudahkan urusan banyak pihak.

“Jimat ‘escort’ polis di jalan raya yang tidak membawa manfaat kepada pengguna jalan raya yang lain. Kalau Yang Berhormat lain semua boleh ikut, bagus lah,” kata James.


“Terbaik. Tempat pemimpin tertinggi negara mesyuarat untuk menyelesaikan masalah negara dan rakyat, di samping memajukan negara kita yang selama ini tidak dapat menyelesaikan masalah ‘parking’ di tempat mesyuarat sendiri akhirnya ada juga pemimpin yang mengambil langkah untuk cuba menyelesaikan masalah ini,” ujar Patrik.

“Terbaik YB Loke, Jadi tauladan pada semua pemimpin yang lain, seorang yang bijak dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai pemimpin,” kata Norzilan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 04:11 PM
drama jer ni...
Quote zamzam 21-2-2023 04:15 PM
Ek eleh...gomen terpaling. Bos kau naik heli relax jerr.
Quote stingerbumpy 21-2-2023 04:26 PM
zamzam replied at 21-2-2023 04:15 PM
Ek eleh...gomen terpaling. Bos kau naik heli relax jerr.

Takkheun bawah bos naik heli...bos naik bus?

Ko ini pun zam2...dendam kena jetsprout dulu dulu masih tsk hilang lagi kewww dgn nuart....?

Quote Body_language 21-2-2023 04:28 PM
Isu landasan LRT bengkok dah selesai belum?
Quote SayaSayangMama 21-2-2023 04:51 PM
zamzam: Ek eleh...gomen terpaling. Bos ...
Lahai mcm la hari2 naik heli,.. heli benda biasa kot artis pun mampu naik heli skrg ni
Quote Solokkk 21-2-2023 08:15 PM
Tak sangkut jem?
Quote Belibis 21-2-2023 08:17 PM
Burong_Hantuk replied at 21-2-2023 04:11 PM
drama jer ni...

Puji ler sikit..mesti boleh petik sepotong dua hadis jugak ni.
Quote che-cikL 21-2-2023 10:26 PM
Bas tu bertolak drp mana?
Quote helicornia 21-2-2023 10:40 PM
Klu setiap Kali pi parlimen naik feeder wajar dipuji.klu sekali naik sbb nk promot simpan je la pujian tu
Quote rosedemon 22-2-2023 08:54 AM
terpaling menteri ke uol
Quote Highflyer19 22-2-2023 10:20 AM
Lps ambik gambar turun naik vellfire semula...ahaks...muntri terpaling...menyamar sana sini lrt serupa tu jugak...tak habis2 rosak
Quote idayusoff 22-2-2023 04:10 PM
baiklah..teruskan usaha anda

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.107068 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top