CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesian Pakcik Dan Makcik Tertipu- Tanah Tak Dapat, Lesap RM140,000

21-2-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4327| Komen: 47

KUALA LUMPUR – Sepasang warga emas berputih mata apabila hajat ingin memiliki tanah dan rumah tidak kesampaian apabila ditipu RM140,000 melalui sindiket jual beli tanah pertanian (lot lidi) di Jenderam, Sepang.


Suami isteri itu membeli dua lot tanah berkeluasan 7,000 kaki persegi daripada seorang individu di Batu 29, Jalan Jenderam Salak pada tahun 2017.

Individu tersebut bertindak sebagai pengurus yang menguruskan proses jual beli lot tanah tersebut menyatakan mereka telah melantik peguamcara yang akan menguruskan proses dokumentasi dan juga pendaftaran pemilikan bagi hartanah tersebut setelah membuat bayaran harga belian tanah itu.


Foto: kosmo

Dengan mempercayai maklumat yang disampaikan oleh individu tersebut, mangsa telah bersetuju membuat pembayaran penuh harga belian lot tanah tersebut kepada peguamcara dan juga syarikat yang berpangkalan di Shah Alam.


Mangsa yang ingin dikenali sebagai Azlan, 60, berkata beliau telah menandatangani perjanjian pembelian tanah tersebut pada 19 September 2017 lalu dan membayar secara tunai pembelian lot tanah itu, namun sehingga kini tidak dapat hak pemilikan tersebut oleh penjual itu.

Dia yang merupakan seorang pencen swasta berkata, sejak tahun 2017 pelbagai rundingan telah dilakukannya bersama individu dan peguam tersebut, namun tiada tindakan susulan dilakukan menyebabkan dia bersama isteri berasa tertipu berhubung pembelian tanah tersebut.


“Saya membeli tanah tersebut adalah bagi membuat rumah selepas pencen, usaha saya untuk mendapatkan individu tersebut bersama peguam di Shah Alam tidak berjaya berikutan pejabat mereka sudah tutup.

“Saya buntu dan tidak tahu bagaimana nak lakukan, bukan saya nak ambil hak orang lain, tetapi saya mahukan hak saya,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Sungai Besi, hari ini.

Ujarnya, dia juga meminta agar individu berkenaan untuk memulangkan semula duit pembayaran itu  bagi rawatan isterinya yang menghidapi masalah mata sejak beberapa tahun lalu.

Tambahnya, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dua minggu lalu, namun tiada tindakan lanjut yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Pihak polis ada menerima laporan ini, tetapi mereka cadangkan untuk lakukan tindakan di bawah kes sivil, saya berasa buntu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim meminta agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kes berkenaan dibawah jenayah tipu bagi memberi keadilan terhadap mangsa.

“Rata-rata daripada maklumat yang kita terima, apabila laporan polis dibuat berkaitan lot lidi ini sebahagian daripada pegawai penyiasat meminta supaya mengklasifikan kes ini sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) dan meminta pengadu untuk merujuk kepada majistret atau memulakan saman sivil.

“Ini mendukacitakan kita. Kalau kita nak memulakan saman kepada syarikat tersebut yang mempunyai reputasi saya tidak ada masalah sebab syarikat ini mempunyai aset,” ujarnya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 21-2-2023 04:05 PM
sgt kesian...
Quote koko2 21-2-2023 04:14 PM
aku antara yg terkait dgn pembelian lot lidi ni..
tanah di kpg  sg kembung bangi...beli 2 lot RM50K 4000kps thn 2009...

1 lot totally nama aku..utk anak 1st
2nd lot total nama ex laki  tapi duit aku 30k..duit ex laki 20k utk anak ke2..

PENDEK cerita..: putaq belit sana sini..mengamuk sakan...LOT AKU dpt geran ( tapi lokasi tanah berpindah ke salak tinggi..nasib baik dpt kawasan CUN)

Lot EX laki sampai hari ni tak dpt geran..agen lari..( dan ini adalah kifarah utk Ex laki jua sbb aniaya aku dan anak2 )

Lot aku dah siap buat rumah mini banglo
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 04:21 PM
banyak tu rm140k   
Quote menjad 21-2-2023 04:37 PM
Lot lidi Jgn beli. 1 geran maun berpuluh nama. Nak pecah geran guna byk duit gakkkkk
Quote Supersirap 21-2-2023 05:14 PM
Semoga si pelaku dapat diberkas
Quote koko2 21-2-2023 05:20 PM
koko2 replied at 21-2-2023 04:14 PM
aku antara yg terkait dgn pembelian lot lidi ni..
tanah di kpg  sg kembung bangi...beli 2 lot RM50K  ...

1lot 4000kps RM50k..2 lot RM100K...Duit aku cash 80k..

1 lot dpt geran..tapi lokasi bertukar..
Lot Ex laki KATAnya tak dpt geran..( tak tau la kalo ex laki menipu..)
Quote koko2 21-2-2023 05:23 PM
pengajaran jua utk pompuan/ bini org..JGN percaya LAKI seniri..
Quote kitaserupaaa 21-2-2023 05:36 PM
Aku ade gak beli lot geran kongsi kawasan TPG dekat ngan SKVE. Actually lot tu takde geran pun, cuma ada perjanjian dgn owner tanah. Satu tanah besar pecah kepada 20 lot kot. Tapi hampir semua lot dah ada rumah. Aku je malas nak buat rumah lagi. Tu pun jiran lot sebelah tanya nak jual tak lot aku. Maybe lokasi tanah tu easy access to highway & dekat ngn sekolah, hypermarket. Harap pewaris kepada owner tanah tu tak tamak.
Quote kitaserupaaa 21-2-2023 05:40 PM
koko2 replied at 21-2-2023 04:14 PM
aku antara yg terkait dgn pembelian lot lidi ni..
tanah di kpg  sg kembung bangi...beli 2 lot RM50K  ...

Lokasi tanah baru tu owner asalnya sama dgn lot tanah lama ke? Sib baik dapat tanah ganti
Quote koko2 21-2-2023 05:58 PM
kitaserupaaa replied at 21-2-2023 05:40 PM
Lokasi tanah baru tu owner asalnya sama dgn lot tanah lama ke? Sib baik dapat tanah ganti

Owner lain...1st mmg lot lidi..tanah ganti dah pecah lot..geran asing2...ni hasel AMUKAN bertubi tubi kaw kaw kaw punya

dari maseh laki bini hingga bercerai berai la..
Quote Decaffeinated 21-2-2023 08:07 PM
dan meminta pengadu untuk merujuk kepada majistret atau memulakan saman sivil.

Kalau saman sivil abis2 bangkrap. Apa dia takut dah ada standby plan with proxy. Kalau kena masuk penjara baru takleh wakil.
Quote rosedemon 22-2-2023 08:54 AM
siannya kumpol duit bape taun tu
Quote bottombikini 22-2-2023 09:18 AM
kitaserupaaa replied at 21-2-2023 05:36 PM
Aku ade gak beli lot geran kongsi kawasan TPG dekat ngan SKVE. Actually lot tu takde geran pun, cuma ...

nak tanya
1) kalau beli tanah yg geran kongsi ni ada brp nama dlm geran tu
2) geran siapa yg pegang

tgh plan2 nak beli tapi takut kena scam cam ni la
minta tolong guide bole tak


Quote CiliPadiSedap 22-2-2023 09:43 AM
koko2: aku antara yg terkait dgn pemb ...


Lot gombak, lot area putrajaya cm sepang and sewaktu dengannya banyak lot scammer lot lidi

Geran kongsi. Satu ekar tanah boleh ada sampai 30 nama. Gila.

So sebelum beli cari ilmu .
Quote kitaserupaaa 22-2-2023 12:31 PM
Edited by kitaserupaaa at 22-2-2023 11:38 PM
bottombikini replied at 22-2-2023 09:18 AM
nak tanya
1) kalau beli tanah yg geran kongsi ni ada brp nama dlm geran tu
2) geran siapa yg pegan ...


Nama je geran kongsi tapi rasanya nama tanah lot lidi ni takde dalam geran tanah besar tu. Pemilik2 lot lidi ni ada surat pemegang amanah dengan owner tanah yg nama ade dalam geran tu. Geran tanah still owner tanah yg besar pegang kot. Risiko bila owner tanah besar tu meninggal la, kot2 pewarisnya gila harta.
Quote green~tea 22-2-2023 12:36 PM
CiliPadiSedap replied at 22-2-2023 09:43 AM
Lot gombak, lot area putrajaya cm sepang and sewaktu dengannya banyak lot scammer lot lidi

Geran  ...

Oooooo gitu kesah nya..

Kawan2 ofis penah ajak aku beli tanah area hulu langat kongsi2 tp bukan lidi la tp kena nama beberapa dlm 1 geran..

Sib baik aku tak join takut kena tipu gini lah.. aku tak join tu sebab aku rasa jauh ke dalam je not convenient aku buat rumah situ and nak commute ke ofis bukan ada public transport.. nak drive plak jem dan tak dekat punnnnnnn dengan ofis.
Quote green~tea 22-2-2023 12:37 PM
koko2 replied at 21-2-2023 05:23 PM
pengajaran jua utk pompuan/ bini org..JGN percaya LAKI seniri..

Maybe put in a nicer words.. part caya tu kena ada.. tp bab harta jangan kongsi...
Quote bottombikini 22-2-2023 12:45 PM
CiliPadiSedap replied at 22-2-2023 09:43 AM
Lot gombak, lot area putrajaya cm sepang and sewaktu dengannya banyak lot scammer lot lidi

Geran  ...

so camne nak tau scammer tanah ni sis

nak plan beli tanah kecik2 je utk diri sendiri masa retire karang


Quote kyrana 22-2-2023 12:45 PM
Payah beli tanah lot ni...nk puas ati cari satu geran satu nama dpt 1 ekar pun jadilah.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047045 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top