CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Miskin Hina Sangat Ke Kemaruk Duit?" Bekas Tunang Suruh Zarina Anjoulie Robohkan Pagar Atau Jual Cincin Kahwin

21-2-2023 03:44 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11320| Komen: 86|Original author: Saiful

Datuk Seri Khazrul Ezley tak 'hingin' nak melunaskan baki bayaran pagar berharga RM100,000 yang dibangkitkan pelakon tersebut sebelum ini sehingga dia terpaksa menanggung beban hutang.

Bekas tunang kepada Zarina Anjoulie itu sebaliknya meminta Zarina merobohkan pagar berkenaan kalau dah tak ada duit.


Dia juga mengungkit semua pemberiannya kepada Zarina termasuk sebentuk cincin tunang dan pernikahan selain meminta Anju menggadai barangan kemas tersebut untuk membayar kos tertunggak pagar.


Foto: IG

"Cincin tunang aku bagi, cincin nikah aku bagi percuma... semua percuma! Jadi jangan bertambah jadi bodoh dan bebal, jual barang-barang itu semua sambung pagar. Lagi nak RM8,000? Dah miskin hina sangat ke kemaruk duit? Awak sambunglah, pandai-pandai okay!

"Panas nampak? Hello dear, pagar itu sila robohkan saja, tak ada isu lain ke nak petik? Dah pakai ke duit nak sambung? RM8,000? Lebih baik saya sedekah pada orang lain daripada melayan benda bodoh.


"Mula kata tak nak, lepas itu nak sambung dan minta RM8,000. Dah miskin sangat ke tu? Tak ada duit nak bayar sewa ke? Rasakan bila orang buka aib awak macam mana," katanya.



Sebelum ini, Anju tertekan apabila terpaksa menanggung hutang selepas Khazrul didakwa hanya membayar wang pendahuluan pagar berharga RM100,000 sebanyak RM30,000 kepada kontraktor.

Dia juga kesal dituduh kaki kikis meskipun pagar mewah tersebut adalah hadiah daripada Khazrul.

Dalam masa yang sama Khazrul turut mengungkit isu kontroversi yang pernah melanda Zarina sebelum ini dan meminta aktres berkenaan cermin diri sendiri sebelum rancak membuka aib orang lain.



Khazrul juga bersyukur apabila pertunangan mereka tidak sampai ke jenjang pelamin dan berharap tidak dipertemukan dengan insan sepertinya lagi pada masa hadapan.

"Suka sangat buka aib orang. Awak rasa saya takut dengan awak? Silap orang okay.

"Allah tunjuk awal, dua minggu tunang kemudian putus. Syukur selisih malaikat 44, tak nak dah jumpa orang macam ini. Manusia tak ada adab! Cermin diri sendiri sebelum nak buka aib orang," katanya.

Pada 26 Januari lalu, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak lama selepas itu, mereka tiba-tiba mengakhiri hubungan tersebut.


Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Sejak itu, Khazrul dan Zarina dilihat saling berbalas kenyatan di media sosial masing-masing berhubung isu melanda mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 21-2-2023 03:49 PM
Takut aku kalau terkawan dgn jantan lagu ni. Nauzubillah
Quote dudaberhias 21-2-2023 03:51 PM
Jijik la nengok si muka alignment lari dengan muka tin beskot kemek ni. Pasal pagar je pun nak heboh, dah tahu pagar tak siap lagi yang engko buat hal dah kenapa anju??? Tu la tak cerdik! Muka pun muka taraf2 otak dan golongan aliitam. Kalau orang kata kau berdua adik beradik pun kaka percaya. Lain kali tunggu pagar siap dan secure semua harta serta kikis dulu sampai habis. Baru lah ko buat hal. Nak kata sebab nak jaga maruah. Maruah pun tak kenal kau berdua... Kalau di panggil Maruah ada ke tidak. Maruah pun tak menyahut...
Quote prettyuglybabe 21-2-2023 03:58 PM
kali ni anju jumpa sejenis mulut dia..
Quote ikan^goreng 21-2-2023 04:01 PM
lah ingatkan dah konpem ikat mati akan kawin hari tu..siap bagi rumah bagai... rupanya putuih jugekk
Quote emera 21-2-2023 04:05 PM
Choppp!! Pagar rumah tu kat rumah sapa? Yg hadiah rumah tu, dah beli ke rumahnye?
Quote jihyomelly 21-2-2023 04:10 PM
mulut dua2 sama hansuang..sorang londeh kain pelikat sorang londeh kain batik..netizen tgk je sapa bogel dulu
Quote cm_vungtau 21-2-2023 04:11 PM
Pagar apa sampai 100k? Boleh siap buat garage kot.
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 04:12 PM
anjuling...pulangkan jer cincin segala...tu pun klu kau belum gadai utk beli stock dadih
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 04:14 PM
emera replied at 21-2-2023 04:05 PM
Choppp!! Pagar rumah tu kat rumah sapa? Yg hadiah rumah tu, dah beli ke rumahnye?

ni rumah yg katanya dibeli oleh anjuling sendiri..dh  bertahun x siap2
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 04:15 PM
aku paling x blh blah bila si datu seri ckp anjuling cuma layak dpt reban ayam
Quote EriaDoritis 21-2-2023 04:30 PM
Kalau aku lah kan... kalau dah namanya ex, jangankan pagar...tapak kaki dia pun aku hapus
Quote KBW2 21-2-2023 04:35 PM
pagar apa eh? takde hujung pangkal. eh kessah plak haku.
Quote Fazzbulous 21-2-2023 04:38 PM
Burong_Hantuk replied at 21-2-2023 04:15 PM
aku paling x blh blah bila si datu seri ckp anjuling cuma layak dpt reban ayam

kakakakakak..mmg terkena la juling kli ni..tu la,sblum ni ko dok naya org...ko londeh aib org...jgn nti berdozaaa cple ngn atok ni sudeh laa...hahahaha..
Quote NazRysha 21-2-2023 04:44 PM
hahah silap banyak la anjuling
sebelum ni jantan2 sebelum ni tadah jer muka kena aib mcm2
skang ko rasakan
Quote Buritan 21-2-2023 04:48 PM
alieyrina: Takut aku kalau terkawan dgn j ...


Depa dua ni mmg jodoh untill.hell kot.. mmg pdn sggh..
Quote Buritan 21-2-2023 04:49 PM
NazRysha replied at 21-2-2023 04:44 PM
hahah silap banyak la anjuling
sebelum ni jantan2 sebelum ni tadah jer muka kena aib mcm2
skang ko r ...

Mendoza pun tarak mo jntn tuu.. aura teruk sgt.. anjuling jah yg nakk
Quote cikedee 21-2-2023 04:52 PM
citer banyak xder.. ada gambar pagar 100k tu? nak gak tengok
Quote kucingitam 21-2-2023 04:55 PM
bukan ritu dia kata sayang maut gila kat anju ke?
Quote cikatilia 21-2-2023 05:00 PM
alieyrina replied at 21-2-2023 03:49 PM
Takut aku kalau terkawan dgn jantan lagu ni. Nauzubillah

pung pang pung pang ckp mcm bagus
tup2 terkena dato hangsuang mcm gini... kena tipu kena perdaya mengongoi2.. aduhai..

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.083910 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top