Megax Fox menegaskan tidak wujud orang ketiga dalam kemelut dengan bekas tunangnya, Machine Gun Kelly. Pelakon Hollywood terkenal itu membuat penjelasan berkenaan selepas timbul spekulasi mendakwa hubungannya dengan penyanyi berkenaan retak dek gangguan orang ketiga.
Kembali mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya, Megan, 36, membuat satu hantaran meminta semua orang agar tidak mudah percaya dengan khabar angin tersebut. "Tidak ada campur tangan orang ketiga dalam hubungan ini. Anda semua perlu hentikan cerita ini dan jangan libatkan orang tidak bersalah," tulisnya. Pelakon Transformers itu juga telah memadam semua gambar-gambar terdahulu dan hanya meninggalkan satu hantaran di laman sosial terserbut. Masalah dalam hubungan Megan dan Kelly banyak kali diperkatakan apabila mereka sering bergaduh selepas mengumukan bertunang pada Januari tahun lalu.
Menerusi satu kenyataan, aktres tersebut nekad memilih jalan untuk menamatkan hubungan mereka dan tidak lagi memakai cincin pertunangan. Sumber: mStar
|
Antifake replied at 21-2-2023 03:59 PM
Bekas laki dah helok ko carik yang senget ni..
Antifake replied at 21-2-2023 03:59 PM
Bekas laki dah helok ko carik yang senget ni..
anony-mous replied at 23-2-2023 02:40 AM
I ingat lps dia kahwin terus elok sikit imej. Dgn jd mak, nmpk matang gitu. X sangka masih yg lama ...
ADVERTISEMENT