CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mas Idayu Bengang Nabil Ahmad Tanya Soalan Bodoh, "Jangan Rendahkan Level Mummy"

21-2-2023 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9408| Komen: 103

Segmen 3 Pagi Era yang bersiaran pada Selasa gamat apabila pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mendapat respons pedas daripada Mas Idayu selepas dia mencadangkan penyanyi berkenaan menyertai program Gegar Vaganza musim kesepuluh tahun ini.


Mas Idayu, 51, menyifatkan soalan ditanya Nabil sebagai bodoh kerana ia sekali gus menjatuhkan taraf bagi seseorang artis yang sering menjadi juri tetap dalam pertandingan nyanyian.

Foto: IG

"Itu soalan bodoh... bagi mummy itu memang stupid," katanya.

Mas Idayu menjawab soalan itu ketika muncul sebagai tetamu menerusi segmen berkenaan yang turut dikendalikan oleh Azad Jazmin dan Radin.



Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, sekiranya pelawaan itu dibuat 12 tahun lalu mungkin masih relevan untuk dia menyertai pertandingan dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Pada tahap ini kata penyanyi lagu Cintaku 100% itu, jika seseorang artis sering dipanggil untuk menjadi juri tetap, mereka tidak seharusnya merendahkan taraf artis itu.



"Sebenarnya kalau 12 tahun dulu, boleh sebab belum betul-betul establish sebagai juri tetap.

"Bukan tak ada nama, ada... tetapi mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan dan tak payah sebut Gegar Vaganza, mana-mana program lain pun mummy akan masuk.

"Pada tahap ini, artis yang sudah jadi juri tetap dan sentiasa dipanggil jadi juri rasanya jangan jatuhkan level kami," jelasnya.



Mas Idayu yang terkenal dengan sikap tegas ketika mengadili peserta dalam pertandingan nyanyian pernah dicabar netizen agar menyertai Gegar Vaganza bagi membuktikan dia seorang penyanyi berkaliber.

Desakan itu semakin kuat apabila baru-baru ini Mas Idayu ditempelak netizen kerana bertindak memarahi pasangan duo Sissy Imann dan Naim Daniel menerusi program Famili Duo. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keys 21-2-2023 02:31 PM
Kecutttt disuruh masuk bertanding. Mmg dari dulu pon sore ko tak sedap. Amelina dan Sheeda jauh lebih sedap.
Quote 800214 21-2-2023 02:32 PM
Aishah lagi diva kot dr dia ni. Elok je bertanding. Menang lagi.. Queen liza pun masuk. Hahaha
Quote prince_marhaen 21-2-2023 02:40 PM
Kalau Queen Amelina tak tersilap langkah hilang masa kontroversi kahwin dengan laki keparat yang kurung dia 12 tahun tu dulu....Iwan kawin ngan mak Senrose sisters.... kau takkan dapat peluang ni semua mendonia sorang-sorang bawah muzik dangdut... sebab masa tu kau takde competitor...so sejak azali memang kau takut persaingan kan nokkk...
Quote bondeh 21-2-2023 02:41 PM
Hazami, Dia Fadilla, Noryn Aziz tuh taraf guru vokal plak, now Noryn Aziz siap jadi juri AJL lagi.
Quote marchikobonzo 21-2-2023 02:48 PM
Takut lettew nt orang tau dia takleh nyanyi semua genre..pandai bising je
Quote dudaberhias 21-2-2023 02:49 PM
Bodoh dan jatuh taraf apanya. Taraf kau tu dah lama terjatuh dek perangai mak lampir suka menjerit2 mencari batang. Yihhhhh!!! Geli tengok kau menjuri, komen pun sekadar, eh mami suka, mami tak suka. Mami nak jerit. Itu jer????? Baik gantikan kau dengan burung kakak tua yang dah di latih sebut dua benda, *Mami suka* *Mami tak suka*. Sama sahaja fungsinya. Buat perabih duit je jemput nenek kerepot macam kau jadi juri tapi komen taraf2 binatang pun boleh buat. Yihhhhh sekali lagi.... Bawak duduk umah belai laki dan memasak lagi baik. Kurang2 dapat pahala.
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 03:01 PM
acik ni bila nk masuk GV????
Quote pittjie 21-2-2023 03:04 PM
gambar dia dari tepi dlm ig era fm tu dah iras rosmah mansur betul. mmg muka org cucuk2 ni end up jadi serupa mcm lahir dari rahim yang sama ek.
Quote Kepot 21-2-2023 03:06 PM
perahsantan hebat mummy ni.
Quote KamikuP 21-2-2023 03:10 PM
Meolls geli tengok dia acah2 romantis ngan laki dia si pian tu.. euwww
Quote cikatilia 21-2-2023 03:18 PM
taraf menda
ko ingat ko ctdk ke..
Quote likilu 21-2-2023 03:22 PM
Suara dia dengan erra siapa lagi tak best nyanyi?
Quote alieyrina 21-2-2023 03:37 PM
Balik2 lagu tu jugak. Memang takdak lagu lain dah. Mcm mana nak compete
Quote Belibis 21-2-2023 03:51 PM
Burong_Hantuk: acik ni bila nk masuk GV????

Ko pun nak kena ' stupid' jugak ke?[em:22:]
Quote prettyuglybabe 21-2-2023 03:55 PM
paper qualification pun tadak taraf apa kau cerita..
Quote slyfynx 21-2-2023 04:02 PM
Acik, kalau ko duduk aras bawah tanah, xde istilah jatuhkan ko dah.
Sile sedar diri
Quote EriaDoritis 21-2-2023 04:07 PM
Edited by EriaDoritis at 21-2-2023 04:09 PM

Bosan lah mami ni. Asal dia je... content begini je lah. Mendabik dada...acah hebat...jerit-jerit... Cuba create content bermanfaat sikit
Quote purplelilac 21-2-2023 04:13 PM
Level ape lah sgt kau mummy oi haha, ramai lg berbakat jadi juri kau pun nyanyi sore tersekat kat lubang hidung ceh! Bingit!
Quote 3chanceno 21-2-2023 04:18 PM
Alasan yg dia dah siap2  bikin, kalau ditanya pasal bertanding...kalau berani, masuk bertanding lah tak kira pernah jadi juri ke tidak  

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056968 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top