CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Cair Tengok Beto Kusyairy Pakai Baju Melayu, Siap Belanja Bunga Silat

21-2-2023 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8140| Komen: 78

Penampilan aktor hebat Beto Kusyairy dengan memperagakan koleksi baju Melayu teluk belanga sambil melakukan gerak bunga silat di pentas peragaan jenama pakaian hari raya, Bulan Bintang baru-baru ini ternyata meraih perhatian ramai sekali gus tular di laman sosial.


Malah, ramai peminat yang 'melting' (cair) melihat ketampanan pelakon filem Mat Kilau itu berjalan di pentas peragaan dan nampak malu-malu ketika memperagakan koleksi baju melayu berkenaan.


Foto: IG

Netizen juga menjangkakan baju melayu teluk belanga yang digayakan Beto itu akan menjadi pilihan ramai sempena sambutan Aidilfitri tahun ini gara-gara penangan aktor hebat itu.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata warganet memuji penampilan Beto yang nampak segak hingga ramai yang berminat untuk memakai koleksi sama pada Aidilfitri nanti.



"Happy Birthday Beto! Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Disebabkan hang pakai baju teluk belanga Bulan Bintang, habis satu Malaysia tergila-gilakan baju tu tau," komen netizen.

"Abang punya pasal aku teracun nak beli baju melayu teluk belanga untuk raya nanti. Hensem!," komen seorang lagi netizen.

"Disebabkan Beto bersilat pakai baju melayu teluk belanga itu. Aku ingat tahun ni raya nak beli yang tu la. Terasa darah pahlawan mengalir pulak kat aku," komen netizen lagi.



Selain Beto, beberapa selebriti terkenal tanah air turut menjadi duta koleksi jenama pakaian terbabit iaitu Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahya, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagramnya pula, Beto memaklumkan dia juga meraikan ulang Tahun kelahirannya yang ke-43 tahun.

"Di usia ini, aku dah malas serba serbi nak beratkan hati dan fikiran dengan isu yang tak berbaloi untuk aku beratkan.

"Aku lebih nak hargai orang yang aku sayang dan cipta momen dan rasa yang 'best' bersama mereka. Entah esok lusa sampai masa, manakan tahu," tulisnya.



Pada masa sama, Beto juga meminta peminatnya untuk menonton filem Imaginur lakonannya yang ditayangkan di pawagam tanah air bermula 23 Februari ini.

"Sebagai hadiah hari jadi dan tanda apresiasi serta sokongan kalian ke aras diri ini, aku minta ke pawagam menonton filem Imaginur. Mungkin, kalian akan faham apa yang aku maksudkan nanti," tulisnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-2-2023 02:08 PM
beto kusyairi nyahhhhh (noreen mode on)
Quote purplelilac 21-2-2023 02:08 PM
Sweet muka dia time catwalk tu tak sama mcm i jmp dia time dia dtg opis i last year. Dgn baju besar, rambut ikat siput mak limah dgn x berapa tinggi nye haha.
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 02:10 PM
heols dh nampak kertu
Quote Nnasda53 21-2-2023 02:11 PM
Suka tengok senyuman dia.
Quote Nurul8001 21-2-2023 02:14 PM
purplelilac replied at 21-2-2023 02:08 PM
Sweet muka dia time catwalk tu tak sama mcm i jmp dia time dia dtg opis i last year. Dgn baju besar, ...

Onglelaki senang nak nampak hensem. Ko potong rambut kemas2, nampak presentable

Harap ramai pakai baju Melayu tahun ni. Kalau tak asyik jubah n kurta je. Baju Melayu cekak musang lebih bergaya saya rasa.
Quote hareeeesah 21-2-2023 02:26 PM
Btul… x semua org kena pakai baju teluk belanga ni. Nasib hubs iols ok je ikut ckp i pilih baju apa pun sbb iols suka lagi baju cekak musang nampak lebih sasa heheh
Quote dudaberhias 21-2-2023 02:34 PM
Nampak kemas dan wangi la, tapi hakak tetap tak berair nengok, lagi berair tengok singa jantan kat animal planet tengah kejar2 singa betina...
Quote Madel 21-2-2023 02:37 PM
Nampk mcm mesra, pemalu tpi dia ada vibes sombong., rekan2 retis dia pun yg set2 urban acah pelakon gred A.
Quote jejaka_hensem 21-2-2023 02:41 PM
Subhanallah!
Sape yg cair tengok dia?
Quote cikmouse 21-2-2023 02:42 PM
Manisnyaaa tetap adaaa di situu...
Quote prince_marhaen 21-2-2023 02:44 PM
..Disebabkan Beto bersilat pakai baju melayu teluk belanga itu. Aku ingat tahun ni raya nak beli yang tu la. Terasa darah pahlawan mengalir pulak kat aku,..


elehhhh...padahal ramai yang komen ni hadek-hadek feeling yang mengalir air djubo tengok video Beto tu... ompuan ompuan jangan cakap lah..semua komen macam ibarat oyster kena picit limau nipis---berbuih-buih ye.
Quote She-Ra 21-2-2023 02:48 PM
Madel replied at 21-2-2023 02:37 PM
Nampk mcm mesra, pemalu tpi dia ada vibes sombong., rekan2 retis dia pun yg set2 urban acah pelakon  ...

pernah jumpa dia kt show wings di HRC KL sebelum PKP
helok je menyapa peminat, melayan ambik gamba segala
dia dtg dgn azhan rani.. wife dia tak perasan lak, nak kena telek gamba
Quote hyie 21-2-2023 02:50 PM
tapi memang nampak smart pon heshe pakai teluk belangan tu
Quote Themilo 21-2-2023 04:16 PM
hareeeesah replied at 21-2-2023 06:26 AM
Btul… x semua org kena pakai baju teluk belanga ni. Nasib hubs iols ok je ikut ckp i pilih baju apa ...

agreed. cekak musang lebih nampak kemas. btw, letopan la kaler grey tahun ni yach.
Quote SherryZass 21-2-2023 04:27 PM
Themilo replied at 21-2-2023 09:16 AM
agreed. cekak musang lebih nampak kemas. btw, letopan la kaler grey tahun ni yach.

Wah weolls pun nak berdondon warna grey tahun ni yach Lakiku sejenis tak suka teluk belanga, mesti nak cekak musang
Quote syamzana 21-2-2023 04:33 PM
idok la cair nengoknya tapi baju melayu tu terletak helokk kat dia. iols nak cari baju camni gak la utk anak teruna. baru perasan bulan bintang ni beso amatss kat bangi ni haaa. ni brand marhaen ke kayangan ke so so je?
Quote hareeeesah 21-2-2023 05:13 PM
Themilo replied at 21-2-2023 04:16 PM
agreed. cekak musang lebih nampak kemas. btw, letopan la kaler grey tahun ni yach.

Pilihan memasing kan… ikut kesesuaian badan juga.. janji boleh enjoy mkn raya tenang jgn tambah hutang  
Apa lagi brand lain yg ok baju melayu forumers boleh suggest?
Quote PuanAbby 21-2-2023 05:59 PM
jejaka_hensem replied at 21-2-2023 02:41 PM
Subhanallah!
Sape yg cair tengok dia?

Ramaiiii… mungkin di kalangan kawan2 i taste dgn beto. 30 ke atas
Quote miss_strangers 21-2-2023 06:04 PM
Bertiang jauh fattah Amin tinggalkan Beto xensem ni. Bukan mat Beto ni pnah xpuas hati ke dgn fattah sbb menang award bintang plg fofular kot

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.046884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top