CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Gomen Dicekup Khalwat Dengan Janda Anak 11, Bagi Alasan Anggap Macam Kakak Je

21-2-2023 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2820| Komen: 25

MELAKA – Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan tunangan orang yang bakal berkahwin pada April ini dalam satu serbuan di Taman Maju, di sini, kelmarin.

Lelaki itu yang merupakan duda berusia 35 dan wanita 46 tahun dicekup Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 3.20 pagi.


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketika serbuan dilakukan, wanita tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu.


Foto: Kosmo

“Pemeriksaan lanjut bahagian dalam menjumpai seorang lelaki berada di atas katil di bilik hadapan bersama seorang remaja berusia 16 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun sedang tidur di bilik belakang.

“Hasil soal siasat lelaki itu yang merupakan seorang anggota unit beruniform mengakui tidak mempunyai hubungan sah dengan wanita terbabit dan memberikan alasan tumpang bermalam selepas rumahnya tiada bekalan air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Ujarnya, lebih mengejutkan hasil pemeriksaan lanjut wanita tersebut didapati pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini dan pernah ditangkap khalwat pada dua tahun lalu.

“Wanita ini merupakan janda anak 11 dan semakan rekod kita dapati dia pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan berkhalwat.

“Dia turut memaklumkan merupakan tunangan orang dan dijadualkan akan berkahwin pada April depan,” katanya.

Tambahnya, lelaki terbabit mendakwa dia berkawan dengan anak wanita tersebut dan menganggap janda itu sebagai kakak angkatnya.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman manakala anaknya wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 34 Enakmen sama kerana bersubahat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 21-2-2023 02:11 PM
Ramainya anak sheols. Sampai 11 orang. Umur 46 pun gigih bertunang ye. Nape tak terus nikah je.

Kesian anak2 sheols dapat mak begini.

Quote prince_marhaen 21-2-2023 02:28 PM
...Pemeriksaan lanjut bahagian dalam menjumpai seorang lelaki berada di atas katil di bilik hadapan bersama seorang remaja berusia 16 tahun..


Kenapa tak claim underage grooming???? tidur dalam bilik dengan anak perempuan tu???????? kenapa lapor khalwat je??? OMG!!!
Quote ChildrenOfBodom 21-2-2023 02:34 PM
kucing aku beranak 2 kali baru 5 ekor anak
Quote nononcrux 21-2-2023 03:33 PM
makan jamu ke laju betul
Quote sukacactus 21-2-2023 03:38 PM
Uiii ramainya ank dia
Mesti lawa ni
Anak ramai pun laku
Quote Belibis 21-2-2023 03:42 PM
Tumpang tido untuk hantar air..kannnnn??
Quote sayurmayur88 21-2-2023 03:52 PM
anak 11? okay !
Quote AKAZ85 21-2-2023 03:54 PM
Sundal betul laa janda ni.. Tak padan anak 11..banyak kali lak tu kena tangkap basah.. Malu laa sikit kat 11 anak tu.. Garik nak mampus
Quote KamikuP 21-2-2023 03:57 PM
Dia tido ngan anak lelaki ke anak pompuan janda itu?
Quote AbukRokok 21-2-2023 04:00 PM
Asyik melake melake melake
Quote arm_band 21-2-2023 06:48 PM
wow kenchang betul kaka J melaka ittewwww
Quote Kitty_catz 21-2-2023 06:50 PM
air tu kes dude jatuh flat pun melake

ni pun melake.. ramai bini2 janda2 dude2 laki2 gersang duk melake darul hawau tu kut

porom cari pun apa kurangnyeeeee

anak 11 tu tak longgar ke???
Quote menjad 21-2-2023 06:51 PM
Ramai anak... Kumpul laki pulak lagi. Gigih kau kak
Quote blue_blur 21-2-2023 08:26 PM
11anak tu boleh jadi kot semua muka bervariasi.. kalau semua bin/binti berbeza, boleh masuk MBOR lah...
Quote dua_chzy 21-2-2023 08:31 PM
KamikuP replied at 21-2-2023 07:57 AM
Dia tido ngan anak lelaki ke anak pompuan janda itu?

Yang umur 16 jantina tak tahu, tapi yang umur 12, jantina perempuan kata artikel.

Bodoh punya betina. No wonder anak 11.
Quote _kelly 21-2-2023 09:01 PM
ChildrenOfBodom replied at 21-2-2023 02:34 PM
kucing aku beranak 2 kali baru 5 ekor anak

Hahaha ni win
Quote Firenzza 21-2-2023 09:04 PM
AbukRokok replied at 21-2-2023 04:00 PM
Asyik melake melake melake

Melaka dh rampas juara liga kes khalwat dr kedah
Quote Simunggu 22-2-2023 07:40 AM
gila 1 team bola..nak tambah pemain simpanan lagi kah?
Quote she 22-2-2023 07:43 AM
Laku betol acik nih
Umor 46 pun masih bertunang tunangan

Mesti helokkkk
Ada gambau tanpa pixel Minecraft?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037095 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top