Datuk Bandar London Sadiq Khan dijangka mengumumkan pemberian makanan sekolah percuma akan diberikan kepada setiap kanak-kanak sekolah rendah di London, dengan peruntukan 130 juta euro (RM615 juta).
Harian Metro memetik Metro.co.uk melaporkan, sebanyak 130 juta euro (RM615 juta) peruntukan disediakan bagi skim yang ditawarkan di seluruh ibu negara selama setahun berkuat kuasa mulai September. Tawaran makanan sekolah percuma kepada semua murid sehingga akhir tahun enam bertujuan untuk membantu isi rumah yang bergelut di tengah krisis kos sara hidup. Skim itu dibiayai oleh pendapatan kadar perniagaan tambahan dan akan membantu kira-kira 270,000 kanak-kanak, menjimatkan kos sara hidup keluarga sebanyak 440 euro (RM2,081.56) bagi setiap anak. "Krisis kos sara hidup bermakna keluarga dan kanak-kanak di seluruh bandar, kami sangat memerlukan sokongan tambahan," katanya.
Beliau menyatakan sudah berulang kali menggesa kerajaan untuk menyediakan makanan sekolah percuma untuk membantu keluarga yang sudah terdesak, tetapi mereka gagal bertindak. "Inilah sebabnya saya melangkah ke hadapan dengan skim kecemasan 130 juta euro yang akan memastikan setiap murid sekolah rendah di ibu negara menerima makanan sekolah percuma. "Ini akan menjimatkan ratusan (pound sterling untuk) keluarga sepanjang tahun, memastikan ibu bapa tidak bimbang mengenai cara mereka memberi makan kepada anak mereka," katanya. Beliau menekankan bagaimana skim itu 'menjamin' setiap pelajar sekolah rendah adalah makanan yang sihat dan berkhasiat bermakna mereka 'tidak lapar di dalam kelas dan boleh menumpukan perhatian dengan lebih baik pada pelajaran'. "Saya dan adik-beradik saya bergantung kepada skim ini untuk makan ketika di sekolah dan ibu bapa saya bergantung kepada mereka untuk memberi keluarga kami sedikit ruang bernafas dari segi kewangan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT