Cucu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Najua, 37, tidak pernah meletakkan sebarang harapan terhadap tempoh royalti karya agung datuknya itu dilanjutkan selepas ia bakal tamat pada tahun ini. Najua yang juga anak bongsu kepada Allahyarham Nasir P Ramlee berkata, pada masa sama dia juga keberatan mengulas perkara itu kerana berasa ia adalah perkara sensitif untuk dibincangkan kerana bimbang ada hati yang akan terluka.
"Bila isu tempoh wang royalti 50 tahun bakal berakhir, ramai menghubungi bertanyakan reaksi saya mengenainya, namun saya tidak memberi apa-apa komen. "Saya memang tak tahu nak jawab apa. Bagi saya, jika dilanjutkan, silakan. Kalau tak berjaya, tidak mengapa. Saya tak terkesan pun," katanya. Menurutnya, urusan pengagihan royalti dibuat mengikut kaedah faraid dan jumlah yang diterimanya juga tidak banyak selepas diagihkan kepada lapan waris termasuk bapa saudaranya, Sazali.
"Selepas arwah bapa meninggal dunia, Amanah Raya Berhad memberi mandat untuk saya menguruskan royalti ini. Jadi, sebanyak 50 peratus wang royalti yang diterima, saya serahkan kepada Uncle Sazali, manakala bakinya diagihkan kepada adik-beradik lain. "Sebagai anak perempuan, jumlah yang diterima tak banyak mengikut faraid. Pernah berlaku wang royalti diterima hanya RM19.90. Apabila lihat dalam akaun, saya sangka itu adalah wang hibah insuran, tetapi rupa-rupanya royalti arwah datuk. "Bila kenang semula, rasa lucu pula. Disebabkan itu, saya tidak mengharapkan sangat," katanya. Menurutnya, dia tidak boleh menolak, apatah lagi menjadi waris yang dilantik oleh Amanah Raya untuk menguruskan pengagihan royalti. "Jika saya menolak, semua waris lain tidak akan dapat wang royalti. Jadi, saya tidak mahu waris lain susah kerana saya tahu mereka sangat memerlukan wang royalti ini. "Jujurnya, saya tidak kisah mengenai wang royalti. Ini adalah duit arwah (P Ramlee), kami hanya menumpang rezekinya," katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sazali P Ramlee merayu agar bayaran wang royalti bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) yang bakal tamat diteruskan untuk tempoh beberapa tahun lagi. Sazali dipetik berkata, sekiranya mempunyai anak sudah tentu dia tidak perlu bergantung dengan wang royalti bapanya, namun keadaan yang berlaku membuatkan dia terpaksa merayu kepada pihak bertanggungjawab untuk mempertimbangkan kontrak wang royalti bapanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Amelyn22 replied at 21-2-2023 01:17 PM
Dian P Ramlee tu ade kaitan juga ke dgn Najwa ni ek
wirazam replied at 21-2-2023 02:16 PM
Takkan takde sorang pun anak cucu pramlee nih yg berjaya as retis??
prince_marhaen replied at 21-2-2023 02:36 PM
Anak TS P.Ramlee, Nasir P.Ramlee (ayah Najua ni) antara pemuzik terbaik di RTM pada zaman awal 80- ...
wirazam replied at 21-2-2023 02:16 PM
Takkan takde sorang pun anak cucu pramlee nih yg berjaya as retis??
prince_marhaen replied at 21-2-2023 02:36 PM
Anak TS P.Ramlee, Nasir P.Ramlee (ayah Najua ni) antara pemuzik terbaik di RTM pada zaman awal 80- ...
prince_marhaen replied at 21-2-2023 02:36 PM
Anak TS P.Ramlee, Nasir P.Ramlee (ayah Najua ni) antara pemuzik terbaik di RTM pada zaman awal 80- ...
Amelyn22 replied at 21-2-2023 01:17 PM
Dian P Ramlee tu ade kaitan juga ke dgn Najwa ni ek
Paiya replied at 21-2-2023 02:14 PM
cucu Tan Sri P Ramlee yang sorang ni memang baik kan?
Mudah2an rezekinya sentiasa murah dalam bidan ...
prince_marhaen replied at 21-2-2023 02:33 PM
Najua pun serba salah ye.... nak amik kang berapa sen sangat lah..tak amik kang ada yang meratap mer ...
ADVERTISEMENT