CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Bersekedudukan, Lelaki Dera Anak Teman Wanita Usia 6 Tahun

21-2-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2449| Komen: 30

IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mendera anak teman wanitanya yang berusia enam tahun.

Tertuduh, Muhammad Aiman Razali, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki yang tidak bekerja itu didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.


Foto: kosmo

Perbuatan tersebut dilakukan bekas pemandu lori itu di sebuah rumah di Cherry Apartment di sini masing-masing pada pukul 1 pagi, 25 November 2022 dan 14 Februari 2023.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee manakala tertuduh diwakili peguam, Dayang Nor Emilia Azman Shah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Perbuatan lelaki itu terbongkar ekoran laporan polis dibuat datuk kanak-kanak itu pada Selasa lalu, selepas diberitahu oleh ibu mangsa bahawa cucunya didera suspek.

Difahamkan, suspek yang tinggal serumah dengan ibu mangsa kerap memukul kanak-kanak terbabit menggunakan tangan. namun kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepada polis.

Suspek telah ditangkap dan ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 Februari lalu hingga hari ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 21-2-2023 12:11 PM
Yang maknya bodoh tak buat report polis tu kenapa? Nasib baik datuk budak ni fikir kebajikan cucu. Lepas tu hadap jugak dengan pemandu lori yang mendera anak sendiri.

Some women.. kebodohan theyols tu is beyond me.
Quote tipah89 21-2-2023 12:45 PM
kat sini maknya yg patut kena heret skali biau je anak kena pukul dgn bf. bersekedudukan satu hal, dera anak satu hal. bodo punya pompuan
Quote cikatilia 21-2-2023 12:48 PM
celaka manusia ni dah la buat dosa pastu dera2 budak.. the emak pon gatai bijik rela anak kena dera demi sekelumit sosej.. dasar
Quote _blackbird 21-2-2023 12:57 PM
entah siapa yg salah ku tak tahu. mcm mana ya otak perempuan yg hadap biawak ni berfungsi? siapa sini yg ada berlakikan or berboipren biawak care to share? curious iols
Quote AKAZ85 21-2-2023 12:59 PM
Sundal betul janda ni.. Memang boleh mampus ke kalau tak berservis fuki ko?? Anak kena dera pon buat tak reti je.. Bangang punya janda
Quote ina_na 21-2-2023 01:14 PM
Ms muda demi pencil 2B rela anak didera..nanti dah tua renta mula merentan anak x ambik peduli..pdhal ms kecik pentingkan jantan dr anak
Quote eetodee 21-2-2023 01:20 PM
keji betul laa perangai. dah laa biawak hidup. keje ngulit jekee?. anak plak dera suka suki. merempatlah ko dalam penjara
Quote sayurmayur88 21-2-2023 01:29 PM
mak budak aka penternak bewak hidup tu tak angkut sekali ke????
btw muka pendera tu nampak tua sgt , tak nampak umo 25??
Quote kepompong 21-2-2023 01:35 PM
kenapa OpS Gelenyar tak tangkap makwe pakwe duk serumah camgini.

gigih ambush rumah org yg menumpang… orgsewa bilik , yg tungkus lumus cari rezeki tak terpk langsung nak  maksiat2
Quote makita 21-2-2023 02:02 PM
Semua mak syg anak. Yes, yg dera tu boifren mak ye dak
Quote Jajabeans 21-2-2023 02:10 PM
aku penah sewa bilik dgn org bersekedudukan ni masa aku budak intern. cmni gak la.. ppuan tu janda ada anak sorg. masa menyewa x bgtau pun menyewa dgn sape2. sekali jantan tu selamba kluar masuk rumah tu mcm xde pape siap tido situ. xsangka akak tu cantik lemah lembut bertudung pulak tu.. ish2.
Quote kelip2_07 21-2-2023 02:12 PM
abis mak dia xde kena ape2 ke?dh byk kali ank ko kena pkul buat xreti plk..selagi xmati ko biarkn

dh byk kes dh bl pompuan janda ade bf..ank jd mangsa

syg kotey dr ank

dsyat2 cite dr ipoh arinie
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 02:28 PM
dah ler x kerja...poastu dera ank org plak...setan !!
Quote KamikuP 21-2-2023 03:58 PM
Mak budak ni gatal kamikup ke sampai tak report polis.. biut betoi
Quote arm_band 21-2-2023 06:52 PM
nasib baik laaaa ada atuk....
Quote Kitty_catz 21-2-2023 06:56 PM
bodoh lahai mak budak ni

dah le buat dosa hari2.. . pehtu kapel pulak dgn biawak ringan tangan
Quote Kitty_catz 21-2-2023 06:58 PM
Jajabeans replied at 21-2-2023 02:10 PM
aku penah sewa bilik dgn org bersekedudukan ni masa aku budak intern. cmni gak la.. ppuan tu janda a ...

tudung tu bukan ukuran keiman dah jaman la ni

tudung tu dah jadi pakaian je.. mcm baju,, kut tak pakai kira topless

tak lebih, tak kurang dr itew

yg dlm porom ni pantek berlendir pun set2 bertudung litup jughekkk
Quote Pixie902 21-2-2023 07:04 PM
Harap court bagi budak ni pada JKM, lepas tu kalau datuknya sanggup bela dan jaga kebajikannya, serahkan pada datuk.  
Maknya tak layak bela anak.
Bapanya tak ambil tau pasal anak ke?
Quote zie_indah 21-2-2023 08:58 PM
Mak budak ni sgt bodo demi sorang jantan...biaq mak budak dan jantan tak guna ni sana2 kene hukuman yg berat

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.178752 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top