Wanita dibunuh teman lelaki kerana memaksanya untuk berkahwin di Nagaur. India Today melaporkan, polis menyiasat lelaki tersebut yang dikenali sebagai Anoparam yang mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap.
Penahanan suspek dilakukan selepas mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya. Badan mangsa dikenali sebagai Guddi turut dipotong suspek sebelum mayatnya ditemui 25 hari selepas dia dibunuh. Anoparam memberitahu polis bahawa dia membuang bahagian mayat mangsa ke dalam sebuah perigi berhampiran Kampung Derva. Operasi mengeluarkan mayat mangsa dilakukan di Telaga Sune selama tiga hari oleh pihak berkuasa. Kamera dron turut dipasang pada masa pencarian untuk mengesan bahagian badan mangsa.
Mangsa merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin dari kampung Balasar di kawasan Balai Polis Sri Balaji daerah Nagaur manakala ujian poligraf terhadap tertuduh akan dijalankan di Jaipur. Sumber: Sinar Harian
|
Mangsa merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin dari kampung Balasar di kawasan Balai Polis Sri Balaji daerah Nagaur manakala ujian poligraf terhadap tertuduh akan dijalankan di Jaipur.
ADVERTISEMENT