CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Suka Bagi Kera Makan, Buang Anjing Liar Sampai Tercemar Muzium Lukut

21-2-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1076| Komen: 7

PORT DICKSON: Perbuatan segelintir pihak memberi makanan kepada sekumpulan kera mengundang masalah kepada pihak Muzium Lukut apabila kemudahan yang terdapat di situ dirosakkan.

Ketua Muzium Lukut Jabatan Muzium Malaysia, Faris Akmal Ali berkata, kemunculan haiwan itu dari hutan berhampiran turut menyebabkan kawasan muzium dikotori sisa makanan yang diberikan kepadanya.



Foto: Libur

“Ada masyarakat yang kurang kesedaran dengan memberi makan kepada kera-kera ini di tepi-tepi jalan utama di hadapan muzium ini pada setiap petang.

“Keadaan ini menyebabkan haiwan liar ini yang datang dari atas bukit Kota Lukut turun dan melintasi pekarangan muzium untuk ke kawasan yang biasa mereka mendapatkan makanan. Pada waktu itulah monyet-monyet ini merosakkan kemudahan di muzium termasuk lampu jalan.

“Haiwan ini tahu pada setiap petang pasti ada orang yang memberi makan, apabila banyak makanan yang ada, ia akan menjadi sampah dan timbul pula masalah pencemaran. Ini sudah tentu menjejaskan imej Muzium Lukut sebagai tarikan pelancongan di daerah ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.


Beliau berkata, aduan ada dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) namun masalah berkenaan masih berlarutan.

“Sebelum ini mereka ada meletakkan sangkar perangkap namun mereka ambil semula sedangkan masalah kehadiran kera liar ini belum selesai. Saya tidak tahu mengapa mereka ambil semula sangkar berkenaan,” katanya.

Sementara itu, menurut Faris Ikmal, pihak muzium menghadapi isu kehadiran anjing-anjing di liar yang banyak di kawasan berkenaan.

“Anjing-anjing ini pada mulanya dipelihara penduduk di taman perumahan berhampiran namun ia cepat membiak dan ada penduduk yang membuang anak-anak anjing di beberapa kawasan berdekatan dengan muzium.

“Keadaan ini mengakibatkan ada kalanya anjing-anjing berkenaan memasuki kawasan pekarangan muzium. Ia membimbangkan terutama berkaitan faktor keselamatan pengunjung,” katanya yang berharap pihak orang ramai dapat memberikan kerjasama supaya isu berkenaan tidak terus berlarutan. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 21-2-2023 11:45 AM
Muzium ni walopon kecik, tapi best utk dilawat.. harap dpt jaga muzium ni dgn baik
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 11:51 AM
rasa teringin plak nk pegi
Quote SayaSayangMama 21-2-2023 05:09 PM
katanya nk kaut pahala bg makanan kt binatang hahahahha.

mak sedara iolsss baru jer buang kucing dia kat pasar baru ni, dari 27 tinggal 6 jer. 6 tu sedang elok la dlm sangkar skrg. selesa sikit. yg lawak ayat mak sedara ios, tak pelah selama ni kita dah jaga diorg elok elok bg makan. huhu. klu iols jd kucing hari2 mnyumpah kt tuan iolss sbb duduk sempit sempit dlm sangkat kecik. xkosser nk doakan tuan iolss yang tahu kumpul kucing tp xjaga elok elok pun. taik dr pg sampai malam xbuang. xtahannya… malam tunggu anak balik kerja baru suruh anak buang taik kucing.

semoga boleh survive la kucing yg kena buang tuh. dulu masa sekor je kucing 3 tahun lepas, xnk mandulkan dgn alasan dosa. ha skrg tgk dosa ke xdosa buang 21 ekor kucing kt pasar.
Quote isseliparjepun 21-2-2023 08:15 PM
SayaSayangMama replied at 21-2-2023 05:09 PM
katanya nk kaut pahala bg makanan kt binatang hahahahha.

mak sedara iolsss baru jer buang kucing di ...

Mentaliti sesetengah (atau ramai) orang ialah buang kucing kat pasar, ada makanan. Pasar adalah tempat yang kejam untuk kucing. Jarang I nampak kucing yang sihat dekat pasar tu. Lagi 1, asal nampak rumah orang tu banyak kucing, dia buang kucing dia dekat rumah orang tu. Eh sakitlah hati. Semua kucing yang dibuang tu, spesis yang dah sakit.

I yakin kucing kucing tu asalnya comel, gemuk. Tapi bila sakit, malaslah nak rawat. Nak nak sporo yang masa rawatan lama dan memerlukan duit tu. Jangan buang di rumah orang ya, PTS je lah sebelum orang lain pula buat dosa memaki maki.
Quote isseliparjepun 21-2-2023 08:20 PM
Anjing liar I beri makan. Tapi kalau kera I is tak berani. Anjing liar kawasan rumah I somehow tak ganggu orang, kita letak makanan, dia makan lah. I dengan jiran sebelah rajin bagi makan anjing liar. Dengan kucing I pun tak gaduh.

But kera ni, kasar. Tak dapat makanan, nanti dia masuk rumah. Naya.
Quote rosedemon 22-2-2023 08:52 AM
haiya cik sito pompuan banyak muda entahla lagu ni dlm paleotak aku tlis jela
Quote dekmieDandy 22-2-2023 10:46 AM
boleh add to list muzium ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.138432 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top