CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Maran RM350 Juta Jadi Dibina Atau Tidak?

21-2-2023 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 816| Komen: 2

MARAN: Status Hospital Maran bernilai RM350 juta yang diluluskan dalam Bajet 2023 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kini ibarat ‘digantung tidak bertali’.


Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menegaskan bahawa Belanjawan 2023 diteliti semula dan tidak terikat dengan belanjawan yang lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, usul khas akan dikemukakan dalam sidang Dewan Rakyat dengan membawa harapan masyarakat daerah itu supaya projek hospital tersebut diteruskan mengikut kelulusan asal.




“Status Hospital Maran ketika ini menjadi tanda tanya dan melalui jalan berliku berikutan perubahan tampuk pemerintahan selepas PRU15.

“Saya sebagai pencetus idea hospital ini tetap memperjuang pelaksanaannya yang sudah pun diluluskan pada era bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi berdepan penangguhan ekoran pergolakan politik negara sejak 2018,” katanya di sini semalam.


Mengulas lanjut, Ismail berkata, tapak pembinaan Hospital Maran di Kampung Batu 55, Jalan Kuala Sentul-Maran hanya menunggu masa untuk dibangunkan.


Foto: Utusan

“Saya akan terus memperjuangkan supaya hospital ini dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun ini. Saya juga akan kemukakan kepada Perdana Menteri supaya peruntukan RM350 juta untuk Hospital Maran tidak akan dikeluarkan daripada pengumuman bajet asal.

“Paling tidak pun sebahagian peruntukan awal, sebab kerja-kerja tanah telah pun bermula di samping harapan tinggi kira-kira 140,000 penduduk yang menanti puluhan tahun hospital ini,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-2-2023 08:52 AM
mlaysia masih aman bawah bangnon
Quote Suchi 22-2-2023 09:06 AM
Kemain lama dr zaman najib sampai skrg mati2 ingatkan dah siap.
So yg dh siap sepital kat bera tu jelaa yek?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083083 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top