Sebuah kompleks percutian yang mewajibkan pengunjungnya berbogel diarahkam mahkamah agung Sepanyol supaya amalan itu dihentikan serta merta. mStar melaporkan, kompleks pangsapuri itu mempunyai peraturan wajib di kawasan komuniti mereka dengan mengupah pengawal untuk memastikan tiada pakaian dikenakan di kawasan taman atau kolam.
Namun, tidak semua pengunjung dan penduduk gembira dengan keputusan itu sehingga kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Agung Sepanyol, lapor Washington Post. Terdahulu, peraturan bogel mandatori itu diluluskan persatuan pemilik rumah kompleks di Vera, Almería yang turut digelar apartmen Natura World. Laman web pelancongan serantau menyatakan bahawa kompleks itu merupakaan kawasan bebas pakaian yang paling banyak menerima kunjungan pelancong di Sepanyol dan mempunyai akses terus ke sebuah pantai bogel.
Menurut ABC Sepanyol, 80 peratus daripada isi rumah Natura World adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup berbogel. Pada Khamis lalu, mahkamah memutuskan bahawa penguatkuasaan dasar wajib bogel di kawasan tersebut adalah kesalahan yang melanggar hak asasi penduduk kerana disifatkan sebagai diskriminasi ke atas penduduk yang ingin kekal berpakaian. Menurut pihak mahkamah, walaupun berbogel di kawasan terbuka adalah "pilihan peribadi yang sangat dihormati dan sah," "tetapi amalannya tidak boleh dituntut tanpa asas." Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT