CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hakim Berang Siti Bainun Asyik Lambat Masuk Mahkamah- "Mana Ada Hakim Tunggu Tertuduh Datang"

21-2-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2735| Komen: 29

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini, marah selepas pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dan peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf tidak berada di dalam mahkamah mengikut masa ditetapkan.


Hakim Izralizam Sanusi berkata, beliau sudah menetapkan prosiding kes bela diri pada hari ini bermula pada 9.30 pagi.

Foto: Bernama

"Peguam bela di mana? Semalam saya sudah tetapkan jam 9.30 pagi, betul?

"Awak ingatkan sikit anak guam. Dia orang kena tuduh (OKT), mana ada hakim tunggu tertuduh datang," katanya.

Menjawab pertanyaan Izralizam, pembantu peguam bela, Siti Zulaikha Zulkifli berkata, anak guam mereka sudah tiba, namun keluar sebentar berkemungkinan ke tandas.

Izralizam: Semalam lambat, hari ini lambat. Hari ini alasan apa?

Siti Zulaikha: Dia (tertuduh) mungkin ke tandas. Dia sudah sampai, saya percaya dia sampai dengan kami.


Izralizam: Jadi dia tak boleh tunggu dulu sampai saya naik 9.30 pagi?

Siti Bainun kemudian dilihat memasuki mahkamah dan hakim segera memintanya berada di dalam kandang tertuduh.

Izralizam: OKT pergi mana tadi. Kenapa masuk lambat?

Siti Bainun: Saya tak dengar tadi, saya dekat luar ada call (panggilan).

Izralizam: Make sure (pastikan) 9.30 pagi kena ada dalam ini (mahkamah). Kalau TPR (timbalan pendakwa raya) boleh ada, kenapa awak tak ada. Selepas ini 9.30 pagi kena hadir, saya tak nak mengganggu perjalanan kes lagi.

Prosiding kes bela diri terpaksa ditangguhkan sebentar sementara menunggu kehadiran peguam.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 21-2-2023 11:20 AM
mohon hakim ketuk org² lambat tu pakai hammer kayu tu [em:22:]
Quote prettyuglybabe 21-2-2023 11:22 AM
maafkan la dia tuan hakim..
muatan berat memang susah nak bawa laju..
Quote pittjie 21-2-2023 11:24 AM
tak malu ke sampai kena marah hakim macam tu. eh masukkan dlm lokap je la okt ni. baru boleh sampai mahkahmah on time. bawak naik truck polis tu.
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 11:28 AM
jenis lemban,,,jalan pun terhempap hempap
Quote JunkMail 21-2-2023 11:41 AM
Kabel kuat .. apa dia kisah. Confident tak bersalah lah tu..
Quote Samerosie 21-2-2023 11:45 AM
Dah set 9:30 kau buat apa kat luar lagi, masuk je lah tunggu, haish.
Quote acik79 21-2-2023 11:48 AM
Suka hati je datang lambat kes mahkamah… tak hormat hakim la org mcm ni
Quote makton 21-2-2023 11:51 AM
malu nya aku klu kena tegur pasal punctuality
Quote She-Ra 21-2-2023 11:58 AM
hakim bising OKT lambat  masuk berita
org awam ambik gamba dlm court tak masuk berita ekk
pastu gigil2 menjawab dgn hakim.. dtg setakat pegang fon update socmed, reply komen itu ini, silap2 isi perbicaraan pun tak dgr dan disalah ertikan.. abis perbicaraan, kemain cerpen penjang  lebar  bukan tak penah jd, ada jeee
Quote Rogue98 21-2-2023 12:10 PM
Bagi jer maximum 20 tahun penjara terus.
Quote sailormars 21-2-2023 12:25 PM
marah teruk sikit hakim dekat dia tu... kena ajar sikit org jenis x menghormati masa org lain nie...
Quote kucingitam 21-2-2023 12:26 PM
dia ingat court filem Anak Bapak ke hah, yang arif tunggu tertuduh..
Quote bulalof 21-2-2023 12:28 PM
kalau kes lain laju je buat keputusan.
Quote prince_marhaen 21-2-2023 12:28 PM
si babi hutan gemok sundal ni memang daripada awal sengaja lambat-lambatkan kes...macam2 trick si sial ni buaat ye...nampak sangat dia main-mainkan institusi perundangan... yakin ye belakang badan lemak gemok dia tu banyak back up.... memang celaka sungguh. ini kalau terlepas pun orang dah boleh jangka.
Quote zuliana29 21-2-2023 12:39 PM
main2 ya dgn hakim.. jenis tak hormat masa org lain. marah lebih sikit kat dia hakim.. peguam pun sama.
Quote cikatilia 21-2-2023 12:50 PM
sial aje si bam bam lembab2..
Quote Firenzza 21-2-2023 12:54 PM
Sapa yg call tu? Vvvip bagi jaminan lps kot
Quote AKAZ85 21-2-2023 01:04 PM
Sape kata gemok is awesome tu.. Ni masa hidup pon menyusahkan orang.. Dah tau badan berat jalan terhempap2 datang awal la sikit.. Ingat bapak ko ade share dengan hakim tu nak tunggu ko masuk lambat??
Quote pu3_rania 21-2-2023 01:07 PM
JunkMail replied at 21-2-2023 11:41 AM
Kabel kuat .. apa dia kisah. Confident tak bersalah lah tu..

Ini lah di namakan 'Malaysia Boleh'

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046343 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top