CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Apa Nak Gaduh-Gaduh, 5 Artis Berjaya Buktikan Poligami Itu Indah

21-2-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5547| Komen: 57

Dalam industri seni hiburan tanah air, selebriti juga tidak terlepas daripada terpalit kontroversi walaupun poligami itu bukan satu perkara yang salah dalam agama.

Berikut, lima selebriti tanah air yang berpoligami dan dapat hidup dengan bahagia.


Pelakon, pelawak dan pengacara, Salih Yaacob menjadi antara selebriti yang mengamalkan poligami bersama tiga isteri, Norlizah Mamat, Norfara Wahida Sulaiman dan Samihah Sheikh Eli.

Foto: IG


Bahagia tanpa sebarang isu yang heboh, Salih hidup bahagia bersama tiga isterinya menerusi ketiga-tiga perkahwinan itu, dia dikurniakan 13 anak serta enam cucu.

Pelakon, Ashraf Muslim juga tidak terlepas daripada terpalit dengan kontroversi saat mengumumkan mengenai keputusannya untuk berpoligami.


Foto: IG


Namun, Ashraf membuktikan bahawa kehidupan berpoligami juga dapat dijalankan dengan bahagia bersama dua isteri, Wan Sakinah Wan Saburi dan Noor Dayana Lokman.

Lama tidak mendengar nama penyanyi, Salima Habibi atau Salima AF. Dia juga antara selebriti tanah air yang membuktikan bahawa poligami bukan satu permasalahan.


Foto: IG

Bahkan hubungannya dengan isteri pertama kepada suaminya, Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre juga baik. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin juga antara yang berjaya membuktikan kehidupan sebagai isteri kedua kepada suami, Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar mampu bertahan sehingga 25 tahun.

Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Menariknya, Zarina pernah berkongsi mengenai bagaimana dia bertemu isteri pertama Abu Raihan, Datin Seri Noorhashimah Mohd Noor untuk memohon restu.


Foto: IG

Menurut Zarina, dia mengingatkan golongan isteri supaya mempunyai kesabaran tinggi dalam menangani pelbagai isu rumah tangga.

"Kalau benar kita sayang, terima dia seadanya sebab seorang suami lebih menghargai yang pertama, yang susah senang dengannya dan teman mendengar yang setia.

"Kita ini perempuan... merendah dirilah. Suami lebih kasih pada insan yang memahaminya berbanding insan yang asyik melawan cakapnya.

"Wanita itu cantik bila dia pandai menghargai suami. Cinta selamanya sehingga kematian memisahkan," katanya.


Foto: IG

Aura pelawak Rahim bukan sahaja mampu mencuit hati peminat, bahkan turut mencuri perhatian dua isterinya, Norazlin dan Lily.

Kedua-duanya berbahagia bersama suami kesayangan mereka, bahkan pernah berlakon bersama dalam sketsa pendek dalam satu program masakan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwakacau06 21-2-2023 10:43 AM
semua dlm list ni poyo much...
laki salima tu...lama mna dh xblik sg...
saleh yakob klau berjaya...knpa bercerai dgn no 2...
am tu ..bercakar jgk bini2 dia awal dulu...skrg pn no 2 ja pegang2 laki bila bergambar...no 1 mcm tersisih...
zarina pulut kuning...prnh ja update psl laki mrh2 bila ank kemalangan
Quote moonela 21-2-2023 10:46 AM
jiwakacau06 replied at 21-2-2023 10:43 AM
semua dlm list ni poyo much...
laki salima tu...lama mna dh xblik sg...
saleh yakob klau berjaya...k ...

menangis dalam diam sis...
yang tak elok takkan nak potray di media sosial..

kita manusia biasa...

Quote cawanmilosuam 21-2-2023 10:48 AM
ini semua sembang kari
Quote dudaberhias 21-2-2023 10:50 AM
Edited by dudaberhias at 21-2-2023 10:52 AM

indah dari luar je nyah... celah mana berjaya buktikan tu???

yang first tu dah merempan takde job.... yang kedua pernah ada konflik... yang ke empat tu ermmm tak nak la cerita dengan detail... yang pasti kena tebas2 pakai mesin rumput dulu gittew!!! pakai wax pun tak jalan sebab wax tu yang tercabut....
yang pasti dia rajin betul duk upload kena hempuk dek anak... memang itu je konten dia suka tunjuk kena hempuk dek anak... lonely kah? ke fefeeling bdsm gittuhhh... harini kena hempuk... esok kena debik.... lusa kena smackdown...
Quote slyfynx 21-2-2023 10:51 AM
Bongok nye.
Kalau camtu, amik gmbr retis yang miskin tapi bahagia.
Pastu buat nasihat, x yah cari duit.
Contohi yang miskin tapi bahagia ni.

Buat "artikel" berdasarkan ape yang ko nmpk luaran je, dengn tgk IG.
Monyet pun boleh tulis kalau camtu.
Quote Girl-N-Roses 21-2-2023 10:52 AM
makan hati jugak..nmpk je masing2 senyum
aku teringat ayat permaisuri agong bila org tanya pasal poligami
dia jawab ni bukan masalah adil ke apa
tapi ni bab hati dan perasaan
mana ada pompuan yg sanggup tgk laki dia dgn pompuan lain
mesti ada jeles gak kalau dh melibatkan perasaan
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 10:56 AM
..............
Quote awex^returns 21-2-2023 11:00 AM
so kesimpulannya apa, nak bagitau kena support poligami ke
aku baru dengar UAI cakap
poligami ni tak salah, tak dilarang tapi tidak pula digalakkan
kalau rasa sorang pon ko tak mampu bela zahir batin baiklah sorang je

ni ko sibuk nak ikut sunnah bab poligami je
bab solat rukun islam lain ke laut dalam perginya

Quote shida81 21-2-2023 11:37 AM
yg ko nampak indah je
yg mengalami je tau indah x indah..
g la tny bini2 dorang tu
Quote Thunderclouds 21-2-2023 11:47 AM
Mana ada indah dekkk..
Yg xpoligami ni pn kengkadang busuk pekung.
Acah² indah voley lerr
Quote moonela 21-2-2023 11:52 AM
Thunderclouds replied at 21-2-2023 11:47 AM
Mana ada indah dekkk..
Yg xpoligami ni pn kengkadang busuk pekung.
Acah² indah voley lerr

kuensss ....
Quote umbut 21-2-2023 11:53 AM
Indah apanya.. Semua tu phuiiiiiii
Quote Orix 21-2-2023 11:55 AM
bukti keindahan poligami based on gambar ke ?
Quote Citarasawani 21-2-2023 11:56 AM
Berjaya kawin lebih dr 1,ya..berjaya menjaga hati,mendidik dan adil antara isteri2,belum tentu..
Quote vanillaninja 21-2-2023 11:58 AM
Nak comment tapi takut masuk Melaka
Quote asfaz 21-2-2023 11:58 AM
Yihhhh..nak tahu bahagia ke tak p la Tanya wife 1.
Quote _blackbird 21-2-2023 12:04 PM
nurul zuhud tak masuk list? kan heshe paling terpaling, siap madu pinang heshe dengan bismillah. ahhgituhhh...
Quote akuHavocczz 21-2-2023 12:08 PM
semua pernah ada kes sebab poligami.. berjaya lah sangat
Quote matseh 21-2-2023 12:35 PM
Wanita dah kawin mmg x suka poligami.
Wanita yg dah umur lewat 20an. X der boypren lagi " Saya Pasrah Jodoh Di tangan tuhan"
Wanita muda "Tak hensem x pe, janji kaya"

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.126647 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top