CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Influencer Bengang Orang Pandang Serong Bila Anak Bising, Menangis Di Kedai Makan- Suruh Yang Tak Selesa Makan Je Di Rumah

21-2-2023 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10250| Komen: 185

Seorang influencer media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap orang sekeliling yang memandang serong terhadapnya ketika berada di sebuah kedai makan.

Ujar wanita itu, dia kecewa apabila pengunjung lain di kedai berkenaan seolah-olah tidak memahami sikap anak kecil yang kebiasaannya suka membuat bising atau menangis secara tiba-tiba.



"Saya tengah menunggu di dalam kereta sementara menunggu yang lain habis makan. Saya nak ulas sikit mengenai perkara ini.

"Kalau anda pergi makan di kedai, ada anak kecil menangis, tolonglah tak perlu pandang serong. Kalau tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak makan dekat rumah saja?
 
"Macam saya ni ada anak kecil. Biasalah budak kalau dah siap makan dan tak ada benda lain nak main, mereka akan bising. Anak saya menangis, sekali dia (pelanggan lain) pandang belakang," katanya menerusi video yang dikongsikan di TikTok.




Malah wanita turut mencadangkan agar mereka yang tidak boleh bertoleransi dengan situasi bising serta ragam kanak-kanak supaya membungkus makanan dan menikmatinya di rumah.

Perkongsiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meminta agar wanita ini mempertimbangkan semula luahan dan cadangannya.

Bukan itu sahaja, sebaliknya orang ramai mengharapkan wanita itu supaya makan di rumah kerana dianggap tidak mampu menguruskan ragam anak-anak ketika berada di tempat awam.

Masalah ini sebenarnya merupakan satu isu lama yang kerap kali menjadi topik perbahasan dalam kalangan netizen di media sosial.



Pendidik dan penulis ilmu keibubapaan, Dr Taufiq Razif pernah berkongsi mengenai cara mendiamkan anak di kedai makan yang berkesan.

Bercerita mengenai pengalaman sendiri, Taufiq menjelaskan bahawa anaknya sendiri suka menangis dan merengek di kedai makan.

"Kita punyalah nak enjoy makan tiba-tiba masa tu juga mereka nak menangis. Hinggalah saya acknowledge diri mereka.

"Menangis dan merengek tu tak salah. Tu memang sifat semulajadi anak. Tu juga memang kerja mereka. Mak ayahlah kena cari jalan kreatif macam mana nak manage sifat tersebut," katanya.



Menurut Taufiq, kebiasaannya ibu bapa akan menggunakan telefon pintar untuk mendiamkan anak-anak di meja makan.

Namun kata Taufiq ia merupakan satu kesilapan kerana terdapat kaedah lain boleh dilakukan untuk mengelakkan anak membuat bising.

"Rupa-rupanya perlu bawa buku dan mainan sahaja! Ni namanya misdirection.

Taufiq menunjukkan foto seorang kanak-kanak duduk dalam keadaan diam sambil membaca buku di sebuah kedai makan.

"Kita bawa fokus anak-anak daripada emosi dalaman kepada buku dan mainan di hadapan mereka.

"Sejak saya tahu ilmu ni memang berubah terus perangai anak di meja makan," tulisnya dalam hantaran dibuat.



Bagaimanapun katanya, budaya membawa buku dan mainan ke restoran merupakan satu perkara asing dan janggal untuk dilakukan di negara ini.

Bagaimanapun, dia tetap meneruskan kaedah berkenaan bagi memulakan budaya ini dengan harapan lebih ramai ibu bapa akan mencontohinya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 21-2-2023 10:10 AM
kpd wanita berkenaan, awak tu sepatutnya makan kat rumah...dah tau anak ramai dan buat bising di public...tak kan tak pandai masak?
Quote Samerosie 21-2-2023 10:15 AM
Edited by Samerosie at 21-2-2023 10:18 AM

Tak gini dek, akak rasa kau yg patut bungkus bawa balik.  Orang keluar makan kat luar bukan nak dengar anak kau melalak2 macam mati mak.  Tercekik2 tau tak orang nak telan makanan.  Tengok tu, anak letak atas meja makan apa ni, kusi tu for show je ke.  

Kau pun sendiri cakap biasa anak menangis macam tu abis tu?  Tak pun kalau ada al fresco dining, boleh duduk di luar, atau bungkus buat ala2 picnic makan kat taman, anak kau nak lari bogel menjerit2 pun orang tak kisah.  Macam marry brown makan bubur semangkuk tu jah?  Haiya balik le rumah.

Sekian terima kasih.  Kejab lagi mesti ada yg kecam iols.
Quote rospinki 21-2-2023 10:16 AM
lapar perhatian  
dah memang anak hang hingak pi makan kt umah je la
aku paling tak suka tanguk itu budak terluncat2 dan jerit2
aku pun beranak pinak jugak la..siap2 aku cubit seblum masuk makan satgi hang pa hingak mak cubit lagi kuat. tapi tidakla serupa lembu..depa main jugak selalu jah anak2 kerusi terjatuh la meja terbalik bagai. kadang2
Quote jazaa100 21-2-2023 10:18 AM
Dari hulu banat mana dia ni.....
Aku memang x blh tgok budak duduk atas meja....tak de adab.....kecik² tak diajar dgn adab, nati besar jd mcm maknya....

Kebodohan diwarisi
Quote SiMontel 21-2-2023 10:20 AM
hmmmmm bukan ke dia yg patut balik...anak ko bising2 mengganggu org kot..melainkan ko terer boleh kawal dorang...haaaa itu next level
Quote talapia 21-2-2023 10:20 AM
mintak kena kecam la statement camtu..
aku pon anak ramai pelbagai usia.. betul.. anak2 memang akan bising.. main..  tapi apa usaha kita nak control?

Kalau nak makan senyap2.. aman2.. jangan makan kt family restaurant.. pi la makan kt kedai2 exclusive.. yg takde budak lari2..


tapi.. walau di restoran konsep keluarga pon.. bukan lesen untuk kita biar anak kita lepas laku.. duduk elok2 kat meja..  bagi la dorang aktiviti untuk dibuat .. supaya tak merambu merayap2 ke meja orang.. bising..

biasa aku akan borak2.. dengan anak2 sementara tunggu makanan sampai. aku tak gunakan gadget untuk senyapkan anak2..  kadang bawak buku conteng2 ..

tapi paling aku elak.. bawak ke kedai2 exclusive la.. takat kedai mamak.. apadehal.
Quote mamaazim 21-2-2023 10:24 AM
saya nak share pengalaman saya baru2 ni. demam on n off n decided to went to nearby clinic. Ramai orang yg demam n batuk longlai nampak masing2. tetapi.. tiba2 ada lah masuk couple ni with anak 3 orang. yg sorang je kot demam as i pun dah pening kepala concentration pun dah lari. tetapi yg best nye mak ayah terus lah cari tempat duduk n depa duduk sekali ngan anak yg sorang demam tu. mak paknye terus tengok hp masing2 yg anak diaorg lagi 2 orang (lelaki) dok main2lah kat depan ktorg2 yg menunggu tu. sambil nanyi2 jerit2 then golek2 atas lantai. yg kecik dok golek2 kat lantai sambil tangan dia doklah sapu lantai tu pas tu kejap tangan dah masuk mulut. lari sana lari sini.. iyelah budak2 kan. tetapi mak ayah dia langsung tak bangun dari tempat duduk cuma tengok hp lepas tu adalah dengar cam kata... abang dah dah .. adik dah dah .. ha cam tu jelah... i was like.. adik couple muda mudi ni sibuk kot ngan keje ke ape tangan tak leh renggang dari hp tapi ni kan kat klinik leh tengok orang lain cam sandar2 dah ke dinding masing2 tak larat kita leh nampak. n anak main cam tu kalau ada effort bangun ambik anak dukung then tenang2kan anak i macam fahamlah kan ini tak tengok anak tu asyik tengok hp je. lepas tu klinik kan di mana semua virus ada semasa orang tak sihat tu ko leh biar je anak tu golek2 kat lantai main2 cam tu sambil tangan anak pun dah usap2 lantai cam tu. anak yg kecik tu maybe dalam setahun kot umur dia.. ya ampun dik, mmg anak kecik2 n anak ramai ni kadg2 kita kene banyak sabar tapi kalaulah effort pun orang tak nampak nak tenangkan anak tu mmg orang lain pun rasa nyampah... tp sebab tengah demam n pening kepala kan malas nak buat scene pulak kat situ.
Quote midori888 21-2-2023 10:26 AM
Patut dia yg tapau food bawa balik....
Quote Samerosie 21-2-2023 10:29 AM
mamaazim replied at 21-2-2023 10:24 AM
saya nak share pengalaman saya baru2 ni. demam on n off n decided to went to nearby clinic. Ramai or ...

Yang ni kan, i memang tak faham dari dulu.  Kalau suami isteri both ada, anak sorang je sakit, kenapa semua kena masuk tunggu.  Sometimes ruangan menunggu tu pun sempit, ayah ke mak boleh je tunggu dalam kereta with the other kids kan, sorang je bawa yg sakit jumpa doctor.  Memang tak faham some parents.
Quote She-Ra 21-2-2023 10:31 AM
takde anak tp ada ramai anak buah
mmg kalau mkn luar, dh sesiap bwk mainan dorg.. kdg2 dlm beg makcik dia ada dinosour la, kereta la, pen kertas segala
bdk2 bila dh bosan, dh siap mkn, mmg merengek la

hakak ni elok cri kedai mkn yg ada ruang permainan utk kanak2

pernah terbengang dgn sepasang kapel yg anaknya duk menangis
paknya pegi sumbat botol susu, maknya aman2 makan
bdk tu tetap nangis, paknya tetap paksa susu.. rasa nak aje tegur "boleh tak cuba bgn dan bwk baby tu berjalan atau dodoikan dia sambil jln" tp ditegah org kwn2 iols
sakit hati sb tgk maknya aman2 mkn mcm takde apa jd, paknya sibuk nk jgk sumbat puting susu ke anak walaupun bdk tu duk nangis2.. kang bdk tu tersedak tercekik susu, baru ko tauuu
tak lama tu, baru dia bgn dan berjalan, haaa baru bdk tu diam
sepasang makpak baru dpt baby.. tp takkan la takde belajar.. sekarang semua dihujung jari
Quote carly_lah 21-2-2023 10:33 AM
cikgu pra ni mmg x bleh kena tegur, asyik dia aje yg betul... entah la cemana dia kat sekolah....
Quote sara_thrash 21-2-2023 10:35 AM
aku pun ada anak tapi pandai2 la kawal anak tu. aku peratikan setengah manusia ni mcm senang sangat nak beranak so jaga anak2 tu sambil lewa je. ni kalau orang keliling pun dah pandang lain macam maknanya anak tu dah tahap melalak bukan menangis biasa lagi.
Quote ladybugz 21-2-2023 10:35 AM
i ni mmg syukur sgt dah sbb Allah bagi rezeki dapat sorg ja anak sbb Allah lebih tau kemampuan diri i. sbb bukan senang nk jaga anak ramai2 ni. cuma la bagi i, as parents mmg kita kena tau kawal anak kita sblm nk bawak keluar dari rumah. tp i pun bila nampak anak2 org lain jerit2 n tantrum i ni lebih kesiankan parents tu instead of jd judgemental. empathy towards them esp anak yg kecik2 ramai. as masyarakat cuba la jd more understanding juga.
Quote wafeloren 21-2-2023 10:35 AM
Sebuk betul ye tengok org kiri kanan mcm la femes sangat. Bende ni biasa je. Kalau anak ko mengganggu org ko nasihat bukan jeling org balik. Pastu bitter org jeling2 samb suh org bujang p bungkus. Seb baik dah block awal2. Patut tak keluar kat tt.
Quote cikatilia 21-2-2023 10:36 AM
org ada anak
kau pon nak ada anak.. tp tengin
Quote Noraniza_Iblis 21-2-2023 10:39 AM
eh kalau aku pun, kalau menangis tu xpe la..out of control kan..
biase la budak...tp kalau lari2.. terlanggar kerusi aku, meja ke..
mmg dgn budak tu..dgn mak2 die aku sound tepek..
Quote _blackbird 21-2-2023 10:39 AM
Entah siapa yg salah. ku tak tahu.
Quote Flake123 21-2-2023 10:42 AM
Budak2 kena didik dari rumah. Mak pak tu bila makan engage la anak2 dgn borak2 ke. So bila keluar diorang dah biasa n tak perlu gadget to keep them calm. Young parents nowadays aku tgk kalau keluar ngan anak2 masing2 tgk hp n bolayan je anak2. Kalau malas layan kids toksah la beranak. Anak tu manusia bukan patung
Quote sagiman91 21-2-2023 10:43 AM
boleh tak kalau aku nak cakap yang aku memang meluat dgn org2 yang so called "influencer" nih....

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.104893 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top