Isteri Ibnor Riza, 62, iaitu Sarimah Sulaiman memaklumkan keadaan penyanyi popular era 80-an semakin baik dan sudah sedar serta boleh bercakap. Sarimah, 51, dilaporkan Harian Metro, hanya mengetahui suaminya mula sedar dari ditidurkan ketika melawat di hospital pada jam 1.15 petang semalam.
"Suami sudah boleh makan melalui saluran tiub dan hanya dibenarkan minum susu sahaja. "Jika keadaan kesihatannya bertambah baik, doktor akan memindahkannya ke wad biasa," katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, Ibnor masih ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan pemantauan doktor dan keluarga menghadkan hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan melawatnya. "Insya-Allah, jika suami sudah dipindahkan ke wad biasa, barulah kami benarkan orang ramai termasuk rakan artis dan peminat untuk melawat," katanya. Ibnor dilaporkan dimasukkan ke Hospital Port Dickson dan ditidurkan selepas pengsan pada Ahad lalu. - CARI
|
ADVERTISEMENT